Menu

 

A+ A A-

RIADAH YANG SIHAT

AKAL yang sihat terdapat pada tubuh yang sihat. Oleh itu kegiatan tubuh perlu dalam membentuk kecerdasan akal dan kejernihan fikiran.

Para ibu bapa dan pendidik tidak seharusnya menyekat, malah mereka sepatutnya memberi kesempatan serta bimbingan kepada anak-anak untuk bermain, berlari, berjalan-jalan dan apa juga bentuk pergerakan yang boleh membantu perkembangan tubuh dan akal mereka.

Bermain juga mendatangkan kecergasan badan, mengelak daripada bermalas-malas, melatih pancaindera dan memberi keseronokan dalam kehidupan kanak-kanak. Jika mereka bermain dalam kumpulan, ini dapat melatih dan membina akhlak mulia seperti:

  • Melahirkan semangat kerjasama
  • Melatih kanak-kanak menjadi ketua
  • Mengubah sikap mementingkan diri sendiri kepada mengutamakan kumpulan
  • Belajar menjadi seorang pemaaf
  • Menyuluh dan menilai diri sendiri
  • Melahirkan anggota masyarakat yang patuh pada undang-undang
  • Memupuk kasih sayang hormat menghormati.

 

Perkara-perkara yang perlu diperhatikan oleh ibu bapa:

Permainan itu tidak membahayakan dan sesuai bagi peringkat umur kanak-kanak tersebut. Galakkan kanak-kanak bermain permainan yang sesuai dengan fitrah semula jadi mereka, sesuai dengan fizikal dan sifat kelembutan yang Allah kurniakan untuk mereka. Bermain anak patung tidak dilarang oleh syariat, malahan diharuskan untuk menanam sifat keibuan dalam jiwa kanak-kanak perempuan.

  • Kanak-kanak perempuan hendaklah dilarang daripada bermain seperti budak lelaki kerana ia membuatkan sikap dan jiwa mereka kasar seperti lelaki. Kanak-kanak lelaki hendaklah dilarang daripada bermain bersama kanak-kanak perempuan, supaya mereka tidak terbiasa dengan pergaulan bebas.
  • riadah 1
  •  
  • Melarang permainan yang melibatkan pertaruhan dan unsur-unsur judi. Sabda Rasulullah, “Siapa yang bermain dadu sepertilah ia lumurkan seluruh tangannya darah dan daging babi.” Di antaranya, permainan catur, bola sepak, layang-layang dan snuker yang disertai dengan pertaruhan. Melarang permainan yang menganiaya binatang seperti menyabung ayam dan melastik burung. Sentiasa menegur dan menasihati mereka agar menjaga akhlak dan kesopanan terhadap kawan-kawan, semasa bermain. Jika anak-anak dapat mematuhi arahan, peraturan dan adab-adab semasa bermain insyaAllah akan terbentuklah perkembangan tubuh yang sihat, akal yang cerdas dan sekaligus terbina akhlak yang mulia.¤

     

    Rashidah Mustafa

    Sumber artikel daripada majalah Solusi isu No.3 

     

Kembali ke atas