Menu

 

A+ A A-

MARILAH JIWA YANG TENANG

PERSOALAN jiwa amat penting dalam kehidupan. Jiwa tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Ia tidak boleh dibeli dengan wang ringgit, apatah lagi ditukar ganti dengan emas dan permata. Juga tidak boleh dipindahkan dengan teknologi ‘bluetooth’. Jiwa ialah anugerah dan aset hebat dalam diri seseorang.

Cuba lihat pemandangan tasik yang indah. Jiwa yang tenang dapat menikmati tasik yang membiru, unggas berterbangan, pepohon melambai, bungabunga berkembang dan udara yang segar. Ketenangan itu meresap dalam jiwa. Tetapi jika jiwa dalam keadaan sedih dan kecewa, semua itu kelihatan kosong dan hambar.

Sesekali pergilah ke tempat menarik, Tadabbur alam bersih dan cantik

Suasana menghijau memukau pandang, Mencipta aura memberi tenang

Rahsia alam kita terokai, Tanda syukur kepada Ilahi

Jiwa itu apa yang ada dalam hati dan berkait rapat dengan niat. Jika niat anda berkenalan dengan seseorang untuk berkongsi ilmu, aura ilmu akan memenuhi fikiran anda. Jika niat anda salah, mahu mengikis duitnya, ingin tampak hebat ataupun ingin menjalin hubungan terlarang, maka tempias keburukan akan mengiringi hidup anda. Kuasa niat amat hebat.

Niatlah sesuatu yang baik pada setiap hari, insya-Allah jiwa akan tenang. Allah kasih pada insan yang sentiasa dalam perancangan yang baik. Jika selalu berniat baik dalam apa jua tindakan, setiap usaha berhasil dengan jayanya. Jika niat bersulam nafsu dan kebencian, hasilnya hanyalah keletihan dan sakit hati. Maka, jiwa mulai kacau.

 

Marilah jiwa yang tenang

 

Jika ada sindrom-sindrom ini, segeralah mencari penawar. Mohon kepada Allah agar ketenangan bersama diri sepanjang waktu. Latih juga minda untuk berfi kiran positif. Kegagalan bagi orang yang berjiwa besar adalah ruang terbaik untuk melonjak lebih tinggi!

             Hati umpama kain yang putihJangan dicorak sedih dan rintih

             Hati itu perlukan isi Bukan hanya dengan fantasi

             Hati itu amat sensitive Usah biar selalu negatif

            Bacalah selalu buku motivasi

            Sebagai panduan hidup berbudi

Marilah jiwa yang tenang2Jiwa anda adalah kompasnya. Kompas yang mencari magnet kejayaan. Selalulah berbisik kepada hati, agar hati tidak sunyi. Andai hati sering dibiarkan sepi, ia ibarat taman yang dipenuhi lalang dan semak samun. Maka, syaitan yang terlebih dahulu menjadi peneroka di taman hati anda.

Tebas segala semak samun yang telah dibina syaitan. Bina taman hati yang baru dengan bungabungaan zikir dan selawat serta azam yang tinggi. Itulah keindahan jiwa yang akan membuatkan anda tersenyum bahagia. Utamakan dan mulakan dengan nama Allah yang mendengar setiap cetusan hati manusia. Anda pasti mendapat kekuatan yang tidak disangka-sangka. Duhai insan, Allah ada di jiwa dan di hatimu, di fikiran dan di setiap nafasmu.

Hati itu perlu sahabat

Zikir dan Quran itulah ubat

Hati itu persoalan jiwa

Sebentar menangis sebentar ketawa

Pujukan iblis teramat kuat

Sabarkan hati tabahkan semangat

Jika sudah terlanjur laku

Segera kembali kepada Yang Satu

Sebagai umat Islam, tiada istilah ‘jiwa kacau’ kerana kita mempunyai Allah Yang Maha Kuasa dan Maha Mendengar. Jiwa pasti mempunyai tempat bergantung dan mengadu yang paling istimewa. Allah tidak pernah menolak rintihan dan luahan hambaNya. Senyumlah selagi nafas Allah kurniakan kepada kita insan pilihan. Hidup ini terlalu singkat untuk murung dan melayan perasaan tidak keruan.

Sunnah-sunnah terus lakukan

Terkandung hikmah tiada bandingan

Dengan amalan yang istiqamah

Insya-Allah jiwa tiada gelisa

 

 

    Ahmad Fedtri Yahya

Sumber artikel daripada Majalah GEN-Q Isu 09

 


 

Ahmad Fedtri Yahya

Ahmad Fedtri Yahya merupakan seorang pengacara Malaysia Hari Ini. Beliau juga merupakan personaliti TV3. Beliau juga pernah berlakon dalam filem Dunia Baru The Movie sebagai pelakon cameo. Antara program lain yang pernah dihoskan beliau ialah Dari Masjid Ke Masjid, Madrasah, Scoreboard, Kafe Aktif, Keluarga Bijak Everyday, Khurafat, Sebalik Malam dan pelbagai lagi.

Beliau ialah lulusan Sarjana Muda Komunikasi ( Filem & Penyiaran ) USM dengan minor Pengajian Islam. Beliau menerima Anugerah Pingat Emas Naib Canselor USM ketika istiadat Konvokesyen USM 2003.

Beliau juga aktif menjadi pengacara pelbagai majlis dan menulis buku bertajuk 'Haruman Puisi Cinta' dan 'Pantun Penyeri Pengantin'. Beliau juga aktif menulis dalam majalah seperti Remaja, Gen-Q dan Tunas Cipta. Beliau ialah salah seorang bekas pelajar Sekolah Berasrama Penuh iaitu Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor (SMSKS) atau lebih dikenali sebagai KUSESS.

 

Klik imej di bawah untuk mendapatkan koleksi buku penulis ini di Addeen Online Store.

Kembali ke atas