Menu

 

A+ A A-
Pahrol Mohd Juoi

Pahrol Mohd Juoi

Seorang penulis buku, kolumnis majalah, pencipta lirik dan skrip, serta pengacara tv dan jurulatih berkelulusan UiTM, Shah Alam. Beliau berpengalaman mengendalikan program latihan dan motivasi untuk lebih 50 badan kerajaan dan swasta. Kini beliau sebagai Pengurus Besar dan Pengarah Penyelidikan di Fitrah Perkasa Sdn. Bhd. Bukunya Tentang Cinta mendapat sambutan yang baik di  kalangan remaja terutamanya pelajar pusat pengajian tinggi.

 

Klik imej di bawah untuk mendapatkan koleksi buku penulis ini di Addeen Online Store.

  tbbk1289

GB0213  TBBK1267

 

 

PUASA ITU LATIHAN MENGURUSKAN NAFSU

RAMADAN dihadapi umat Islam mengikut tanggapan yang berbeza berdasarkan ilmu, keyakinan dan kesungguhan masing-masing. Ada yang melihatnya di sudut ekonomi dan kewangan. Bagaimana bulan Ramadan boleh menambah atau mengurangkan pendapatan?

RAHSIA KEJAYAAN KHUSYUK DALAM SOLAT

DALAM Islam, solat dikaitkan secara langsung dengan kejayaan. Sama ada kejayaan dunia mahupun kejayaan akhirat. Seruan azan membuktikan hakikat itu. Seruan “marilah solat” haiya ‘alassolah, datang seiringan dengan seruan “marilah menuju kejayaan” – haiya ‘alal falah.

BAGAIMANA “LIFE STYLE” SALAFUSSOLEH?

Apa yang ada dalam hati dan fikiran akan terserlah melalui lisan, penampilan dan perbuatan. Jika hati dan fikiran baik, maka baiklah segala-galanya. Begitulah juga jika sebaliknya. Sayidina Uthman Ibn Affan, seorang sahabat yang utama pernah menegaskan: “Tidaklah seseorang merahsiakan sesuatu, kecuali Allah akan mengungkapnya melalui raut wajah dan lisannya.”

ARAFAH CINTA KITA

Jika benar menyambut hari Valentine ini tanda menghargai cinta, maka kitalah yang paling layak menyambutnya, kata saya. “Bukan untuk menyerupai orang bukan Islam, tetapi kerana Islam benar-benar menghargai cinta.”

INILAH JALAN YANG LURUS

Pagi tadi, petang semalam, tengah hari ini, malah malam nanti juga, pastinya kita tidak putus-putus tanpa jemu meminta agar dikurniakan jalan yang lurus. Ya, semuanya kita ungkapkan menerusi bacaan al-Fatihah dalam solat lima waktu yang dilakukan sehari semalam.

SENYUM ITU INDAH, SALAM ITU MUDAH

MUDAH tetapi payah. Itulah yang boleh disimpulkan tentang sikap memberi salam dan senyum dalam kalangan kita. Senyum itu mudah kerana mengikut ahli sains, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 otot muka untuk mengerutkan dahi. Menurut saintis juga, senyum mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan penyakit.

ANGGAPLAH HARI INI HARI TERAKHIRMU

Berapa lama lagi kita akan hidup? Sepuluh, dua puluh atau sekadar lima tahun lagi? Saya yakin tidak ada orang yang mampu menjawabnya. Jika mendengar khabar ada sahabat, kenalan atau saudara kita mati kerana kemalangan atau serangan jantung, apakah perasaan kita? Cuba bayangkan, apakah si mati pernah membayangkan bahawa dia akan mati pada saat kematiannya itu? Agaknya, apakah yang ada di dalam hati dan perasaannya beberapa bulan, minggu, hari atau beberapa jam sebelum ajalnya tiba?

KHASIAT IMAN

Iman Meredakan Kesedihan

SEORANG wanita bernama Khansa’ begitu terkenal dengan ratapannya. Tangis dan sendu ketika kematian saudara lelakinya, Sakhar menjadi begitu dikenang semasa zaman jahiliah. Dari mulutnya, terlontarlah syair-syair yang begitu indah tetapi sangat menyedihkan tatkala dia meluahkan kesedihan. Bukan sahaja syair, bahkan matanya mengalirkan air mata yang mengharukan sesiapa sahaja yang melihat dan mendengarnya. Dia begitu sinonim dengan ratapan dan kesedihan akibat kematian orang yang tersayang.

TUGAS PERTAMA CINTA

MANUSIA perlu didengar cakap dan suara hatinya seperti mana dia perlukan makanan. Tanpa makanan, badan tidak akan sihat dan bertenaga. Maka begitulah juga manusia yang cakapnya tidak didengar, jiwa dan perasaannya akan sakit dan terdera.

MENANGISLAH WAHAI ANAK-ANAKKU

ANAKKU, ingin aku bicara denganmu tentang tangisan. Sesungguhnya tangisan itu adalah kehidupan. Bukankah hidup dimulakan dengan tangisan, dicelahi oleh tangisan dan diakhiri oleh tangisan? Seorang bayi dilahirkan dengan tangisan, dewasanya dengan pelbagai ujian yang dipenuhi oleh tangisan, dan kelak dia akan mati dan dihantar ke kubur dengan tangisan.