Menu

 

A+ A A-
Pahrol Mohd Juoi

Pahrol Mohd Juoi

Seorang penulis buku, kolumnis majalah, pencipta lirik dan skrip, serta pengacara tv dan jurulatih berkelulusan UiTM, Shah Alam. Beliau berpengalaman mengendalikan program latihan dan motivasi untuk lebih 50 badan kerajaan dan swasta. Kini beliau sebagai Pengurus Besar dan Pengarah Penyelidikan di Fitrah Perkasa Sdn. Bhd. Bukunya Tentang Cinta mendapat sambutan yang baik di  kalangan remaja terutamanya pelajar pusat pengajian tinggi.

 

Klik imej di bawah untuk mendapatkan koleksi buku penulis ini di Addeen Online Store.

  tbbk1289

GB0213  TBBK1267

 

 

MUSIM CINTA SUDAH BERLALU

Perkahwinan dimulakan oleh sebuah cinta, tetapi hanya disempurnakan oleh satu tanggungjawab.

Seorang isteri mengeluh mengapa suaminya sudah semakin jarang mengirim SMS berisi kata-kata cinta, sayang, rindu seperti mula-mula kahwin dahulu. Kalau adapun tidak sehangat dan sekerap dulu.

APA ITU BAHAGIA?

Jika ada manusia yang berkata, alangkah bahagianya kalau aku tidak bahagia, maka sudah tentu dia tidak siuman lagi kerana bahagia itu merupakan fitrah semula jadi setiap manusia.

SILENT MODE YANG MENJEMUKAN

Seorang suami mengadu. “Saya sudah jemu,” katanya seakan berbisik.“Mungkin sudah tidak cinta,” saya menduga.

“Tidak, bukan sudah tidak cinta, tapi jemu.” “Hari-hari tengok mukanya?” usik saya. Dia diam. Mengangguk tidak, menggeleng pun tidak. Begitulah antara bisikan yang pernah saya dengar. Itulah suara hati suami. Mungkin para isteri juga ada luahannya. Semuanya di sekitar rasa jemu. Jemu dengan pasangan. Apakah ini normal? Atau rasa jemu petanda rumah tangga telah retak kalaupun belum sampai ke tahap “terbelah”.

HIDUP BERDUA MATI BERSAMA

CINTA mesti selalu diperbaharui. Begitulah yang kita selalu dengar pesanan daripada orang yang arif. Cinta itu umpama pokok, sekali tumbuh, bukan jaminan untuk subur selama-lamanya. Sebaliknya ia mesti terus disirami, dibajai, dan dijaga.

HUTANG BELUM LANGSAI, SUAMI ISTERI SUDAH BERCERAI

Perkahwinan itu penyatuan dua buah hati. Bila hati sudah bersatu, segala-galanya akan bersatu. Tetapi jika hati sudah retak, segala-galanya akan berpecah walaupun nampak zahirnya masih bersatu. Firman Allah yang bermaksud: “Kamu lihat mereka seolah-olahnya bersatu tetapi hati mereka berpecah-belah.” (Surah al-Hasyr: 14)

JANGAN TUNGGU KUASA UNTUK BERJASA

Mengapa manusia melakukan kejahatan? Para ulama memberi tiga sebab yang utama: Pertama, tidak yakin kepada allah. Kedua, tidak yakin akan adanya hari akhirat. Ketiga, kerana terlalu cinta kepada diri lalu mengabaikan orang lain.

JUJURLAH ANAKKU KERANA SYURGA ITU ADA

ANAKKU, kerap kali kalau kita jujur kita dituduh bodoh. Bila kita mengalah, kita dianggap lemah. Padahal, kita inginkan keamanan dan kedamaian tanpa kehilangan hak dan harga diri. Walau begitu sukar untuk mendapatnya tetapi jangan sekali- kali kau korbankan jalan yang benar hanya untuk mencapai kemenangan.

BAHAGIA ITU BILA MEMBAHAGIAKAN

Kata penyair,  Bila sudah cinta, ingin dipintal awan gemawan untuk dijadikan kerosang di dada isteri, ingin dijadikan rembulan untuk menjadi lentera teman beradunya, mentari sebagai sinar dalam duka dan nistanya...

ANGGAPLAH HARI INI HARI TERAKHIRMU

Berapa lama lagi kita akan hidup? sepuluh, dua puluh atau sekadar lima tahun lagi? saya yakin tidak ada orang yang mampu menjawabnya. jika mendengar khabar ada sahabat, kenalan atau saudara kita mati kerana kemalangan atau serangan jantung, apakah perasaan kita? cuba bayangkan, apakah si mati pernah membayangkan bahawa dia akan mati pada saat kematiannya itu? agaknya, apakah yang ada di dalam hati dan perasaannya beberapa bulan, minggu, hari atau beberapa jam sebelum ajalnya tiba?

PUASKAH DENGAN PUASA KITA?

TUJUAN berpuasa adalah untuk melahirkan takwa. Orang yang bertakwa itu sangat berhati-hati menjaga hukum Allah. Dia juga akan mencegah dirinya daripada berbuat sesuatu yang diharamkan oleh Allah.