Menu

 

A+ A A-

PERGI TAKKAN KEMBALI

Tafsir ayat 99-100 Surah al-Mukminun
Firman Allah dalam surah al-Mukminun ayat 99-100, maksudnya: “Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: “Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia), supaya aku dapat mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan.”

Selanjutnya...

REALITI SOLAT REMAJA KITA

Realiti pada hari ini, usaha mengajak remaja untuk solat sangatlah susah. Mengajak remaja untuk solat berjemaah lebih susah. Apatah lagi mengajak remaja untuk merasai kemanisan solat, bertambah-tambah susah.

Selanjutnya...

ROSAKNYA SATU GENERASI

Seekor syaitan datang ke rumah seorang lelaki pada suatu malam. Dia memantau dari jauh tingkah laku lelaki itu. Kemudian dia ketawa dan pulang. Keesokan harinya, dia memanggil rakan-rakan syaitan yang lain sambil berkata: “Kawan-kawan, mari ikut aku. Malam ini ada orang yang bermurah hati memberi makan dan memberi tempat tidur untuk kita.” Maka syaitan dan rakan-rakannya bergegas ke rumah lelaki itu dengan bersiul-siulan.

Selanjutnya...

HEBATKAH KITA

ANTARA KISAH NABI SULAIMAN YANG TERPAHAT DALAM SURAH AL-NAML AYAT KE-19 YANG BERMAKSUD: “MAKA DIA (SULAIMAN) TERSENYUM MENDENGAR PERKATAAN SEMUT ITU. DIA BERDOA: ‘YA TUHANKU, BERILAH AKU ILHAM UNTUK TETAP MENSYUKURI NIKMAT-MU YANG TELAH ENGKAU ANUGERAHKAN KEPADAKU DAN KEPADA IBU BAPAKU, SUPAYA AKU TETAP MENGERJAKAN AMAL SOLEH YANG ENGKAU REDAI.”

Selanjutnya...

UNTUNG ATAS ANGIN YANG HARAM

Tajuk utama akhbar New Straits Times pada 11 September 2007 yang lalu memaparkan isu pembelian beberapa peralatan untuk kementerian tertentu dengan harga luar biasa.

Hal ini terbongkar apabila pihak Ketua Audit Negara melakukan tugasnya dengan telus dan baik, lalu mendedahkan penyelewengan ini. Antara yang diketengahkan oleh media ini adalah:

Selanjutnya...

REALITI MASA DAN TAKDIR DI LOH MAHFUZ

Sebelum membaca artikel ini, lihat apa yang ada di hadapan anda. Setelah itu pusing pandangan anda ke kiri, perhatikan apa yang anda lihat di sebelah kiri anda. Pusing pula ke kanan dan lihat apa atau siapa yang ada di sana dan apa yang berlaku. Kemudian terus baca artikel ini.

Selanjutnya...

PAGARI BUNGA KEIMANAN DENGAN RASA MALU

PERNAHKAH KITA MENDENGAR UCAPAN SEBEGINI, “INI ADALAH FESYEN, KENAPA PERLU MALU BERPAKAIAN SEBEGINI?” DARI SEORANG GADIS YANG MEMPERAGAKAN TUBUHNYA YANG CANTIK DALAM PAKAIAN KETAT DAN SENDAT. ATAU UCAPAN SEBEGINI, “INI ADALAH BUDAYA, KENAPA PERLU MALU MEMELUK KEKASIH SENDIRI?” DARI SEORANG JEJAKA YANG MENCUMBUI KEKASIHNYA DI HADAPAN KHALAYAK RAMAI.

Selanjutnya...