Menu

 

A+ A A-

RUNGUTAN SEBUAH PASU

SEBUAH pasu berharga sedang menunggu masa untuk dilelong. Harganya dianggarkan mencecah puluhan ribu. Kagum dengan pencapaian tersebut, sebuah seterika antik yang juga akan dilelong bertemu pasu tersebut dan mereka berbual-bual.

Seterika antik : Assalamualaikum.
Pasu : Waalaikumussalam. Oh, seterika antik! Apa khabar?
Seterika antik : Alhamdulillah aku sihat walaupun sedang meniti usia emas. Aku kagum dengan kamu. Kamu bakal mendapat perhatian luar biasa hari ini. Aku ada terdengar orang ramai berbual-bual mengatakan bahawa kamu bakal menjadi rebutan orang berada.
Pasu : Ya? Semua ini bukan mudah dicapai. Bermacam-macam cabaran yang aku terpaksa tempuhi.
Seterika antik : Emm... kedengarannya seolah-olah kamu telah menempuhi masa silam yang cukup perit.
Pasu : Betul tu.
(Pasu tersebut termenung seketika sebelum mula menceritakan kisah silamnya).

rungutan-sebuah-pasu-4

Seterika antik : La hawla wala quwwata illa billah. Kamu memang tabah menghadapi semua itu. Kemudian apa yang terjadi?
Pasu : Kemudian, apabila aku diperagakan di sebuah kedai, aku terpandang diriku sendiri melalui sebuah cermin. Detik itu, baru aku tahu bahawa aku sebuah pasu yang cukup indah. Kalau bukan kerana semua proses yang menuntut aku bersabar tersebut, aku pasti takkan mempunyai nilai seperti hari ini. Aku mungkin hanya akan menjadi pasu tidak bernilai, tersadai di satu sudut rumah dan berlumut.
Seterika antik : Subhanallah. Allah menguji kita, tetapi kemudian Dia menghujani rahmat di sebalik setiap ujian tersebut.
Pasu : Betul tu. Allah tidak pernah menzalimi hamba- Nya. Tidak sekali-kali. Aku reda dan bersabar sedikit, alhasil kini aku dipamerkan megah dalam bekas berkaca ini.

rungutan-sebuah-pasu-3

Kita sering merungut apabila berdepan dengan kesusahan seperti rungutan sebuah pasu di atas. Allah berfirman dalam surah al-Insyirah ayat 5-6 yang bermaksud: “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”

Maha Suci Allah daripada sebarang kekurangan, apatah lagi menzalimi hamba-Nya. Allah hadirkan kesusahan untuk menghadiahkan sesudah itu kesenangan. Malah dalam ayat di atas, pengulangan wujud sebagai penegasan. Apakah kita masih ragu-ragu apabila kata-kata yang menduduki tempat pertama di dunia yang boleh dipercayai ini (ayat Allah) diulangi dua kali?

Di samping itu, kejayaan hanya akan mampu digapai dengan keringat dan penat jerih. Mana mungkin dengan berpeluk tubuh dan goyang kaki, kejayaan, kecemerlangan datang bergolek. Mungkin ada, namun hanya satu dalam sejuta. Q

rungutan-sebuah-pasu-2


Nurul Amirah Abdul Rahim
Sumber artikel daripada majalah Gen-Q isu No.2

 


 

Nurul Amirah Abdul Rahim

Lulusan Universiti Teknologi Mara

Kembali ke atas