Menu

 

A+ A A-

TUHAN ITU MAHA PENYAYANG

Saat jiwa dilanda ribut gusar
Ketenangan melayang hilang
Minda tiada pertimbangan
Akal bagai tiada ingatan
Hidup sudah tidak bermakna lagi

Walau harta segunung tinggi
Segalanya menjauh pergi
Pergi bersama kealpaan duniawi
Yang dikejar saban hari oleh insani
Meronta-ronta diri mula mencari
Meratap tangis ke mana menghilang asal diri
Yang menjadi tunggak hakiki
Bagi insan yang tuhannya di hati
Pegangan yang selama ini menjadi teras
Kembali dijejaki penuh waras
Tuhan itu Maha Pengampun
Tuhan itu Maha Penyayang
Buat insan yang lalai
Buat insan yang alpa
Pintu taubat sentiasa terbuka
Subhanallah Maha Suci-Mu ya Allah

tuhan-itu-maha-penyayang-1

Siti Mastura Binti Mat Dahari
Sumber artikel daripada majalah Gen-Q


Gen Q

Terbitan majalah berkualiti daripada Telaga Biru Sdn Bhd. Kolumnis-kolumnisnya mempunyai latar belakang pendidikan Islam yang kuat dan mempunyai keazaman untuk membimbing generasi kini ke arah keredhaan-Nya.

Antara yang menarik – Hikmatun Balighah, kolum yang mendekatkan diri generasi baru dengan al-Quran yang disertai tafsir mudah dan padat. Taman Hadis, kolum untuk memahami isi sesuatu hadis Rasulullah s.a.w. Novel Bersiri, sudut penulisan sastera yang Islamik. Uswah, kolum pelajar cemerlang yang menuntut di luar negara. Tanyalah Cikgu dan Tanyalah Ustaz, soal-jawab tentang psikologi pelajar dan juga kekeliruan dalam bab agama.

Al-Quran dan Sains, kolum tentang rahsia sains yang terkandung dalam al-Quran. Salafus Soleh, kisah sahabat yang boleh dijadikan teladan dalam mengharungi kehidupan seharian. Tip-tip, doa-doa, pengetahuan am, fiqah, amalan harian, tazkirah, motivasi dan pelbagai rencah dan rempah ratus yang mengisi ruang dalam majalah Gen-Q yang menjadikannya sebagai penyebab untuk pembaca memilikinya.

Selain itu, majalah Islamik ini digarap dengan foto serta ilustrasi yang amat menarik, sesuai untuk pembaca memahami sesuatu isu yang diketengahkan. Juga, disusuli penulisan satira dan kartun yang menggeletek hati tetapi mempunyai pengajaran dan manfaat daripadanya. Persembahan reka bentuknya pula menepati cita rasa kini.

 

Dapatkan majalah Gen-Q keluaran terbaru di Addeen Online Store!

Artikel berkaitan: « KEJUTAN KUDRAT PANTUN »
Kembali ke atas