Menu

 

A+ A A-

MEMO UNTUK SI BELANGKAS

MENYOROT dahsyatnya mitos cinta meracuni

pemikiran generasi muda hari ini, pelbagai

maksiat menular di sana-sini. Gadis hilang harga

diri. Pemuda meratah dara sesuka hati. Anak

pungut merata-riti. Ah, sekotor inikah cinta anak muda?

Tidak! Cinta itu tidak kotor bahkan suci sekudus embun

pagi. Tangan manusialah yang mengotorinya.

 Aduhai pemuda-pemudi yang sedang hangat bercinta!

Bukankah Allah menyediakan jalan halal buat

menyuburkan cinta yang sedang mekar antaramu dengan

si dia? Kenapa tidak nikah saja? Boleh khalwat lama-lama.

 

“Ingat nikah tu senang?!” Mungkin ini persoalannya.

Mungkin ini yang membelenggu pemikiran anak muda

yang sedang bercinta. Sama ada jawapannya senang

atau susah, setiap pasangan yang sudah jatuh hati perlu

ada niat untuk memilih jalan halal lagi diberkati ini. Niat

yang bersih berperanan mengawal diri agar terhindar

dari lembah zina terkutuk dan segala perkara yang

menghampirinya. Apa yang dinamakan cinta lelaki dan

perempuan asing hanya boleh dinikmati selepas berumah

tangga. Ingat tu!

 

Kunasihatkan diriku jua dirimu hai muda-mudi, dalam

urusan jodoh, apa pun keputusan buatlah sebagaimana

yang dianjurkan oleh syarak dengan jalan istikharah

dan musyawarah (berbincang). Andai di sana nampak

keserasian, usah terlalu fi kirkan masalah, berfi kirlah

dengan optimis.

 

Ambil langkah yang diizinkan Allah seterusnya iaitu

dengan berkhitbah (bertunang) dan saling setia pada janji

syarak yang dibina. Awas! Hindari segala perkara yang

menghampiri zina lagi tidak diredhai-Nya.

 

Khusus buat pemuda-pemudi yang sedang dilamun

cinta,

Penulis ingin berbicara dengan muda-mudi yang sedang

lemas dalam lautan cinta. Teristimewa buat mereka yang

tidak meletakkan nikah sebagai prioriti sekarang, demi

untuk meneruskan belajar atau bekerja atau mengejar

cita-cita.

 

Seringkali bila ditanya pada syabab (pemuda) tentang

kenapa tak segera berzaujah (menikah), mereka amat

risaukan masih tak mempunyai pekerjaan tetap.

Sedangkan ada hadis yang mana Nabi berpesan agar

menyegera kan nikah bagi yang sudah bertemu calonnya.

Pemuda selalunya bimbang jika tak mampu memberi

nafkah kepada bakal bidadari dan seluruh isi rumahnya

nanti. Faktor ekonomi amatlah membebankan benak

mereka. Betulkan ya syabab?

 

Kerisauan ini lumrah... Ia lahir dari kesedaran bahawa

perkahwinan itu bukan suka-suka tapi penuh tanggungjawab.

Sesetengah orang membuat perhitungan hidup

secara matematik, contohnya jika seorang memerlukan

biaya RM1000 maka dua orang memerlukan RM2000.

Hidup sendiri pun sukar dibiaya apatah lagi membiayai

hidup orang lain?

Faktor ini membuatkan sang pemuda takut berkahwin.

Gambaran seperti ini semakin memberat apabila hidup

dikuasai berhala bernama materialisme. Apatah lagi

masyarakat terlalu meletakkan ukuran materialisme dalam

menjalani hidup.

 

Al-Quran mengecam keyakinan materialisme seperti

ini dan menyuruh kita berfi kiran optimis. Lihatlah Allah

memberi berita gembira berupa kecukupan kehidupan

bagi pasangan yang berkahwin:

“Dan nikahkanlah orang yang sendirian di antara kamu,

dan orang-orang yang layak nikah di antara hambahamba

sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin,

Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya, dan

Allah maha luas pemberian-Nya lagi maha mengetahui.”

(An-Nur: 32)

 

Nah, itu jaminan Allah. Jaminan siapa yang lebih patut

dipercayai?

Umar al-Khattab, sahabat agung, pernah berkata

sebagaimana dikutip dari al-Qurtubhi: “Saya sangat takjub

dan hairan dengan orang-orang yang tidak mahu menikah

kerana takut miskin, dan tidak mahu mencari kekayaan

melalui perkahwinan, padahal Allah telah menjaminnya.”

Nabi Muhammad s.a.w. juga memberi gambaran yang

praktikal. Dalam sebuah riwayat dari Abu Hurairah r.a.:

“Makanan dua orang dapat mencukupi tiga orang, dan

makanan tiga orang dapat mencukupi empat orang.”

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

 

Tidak hairanlah Ibnu Mas’ud pernah berkata, “Carilah

kekayaan dan rezeki melalui pernikahan,” kemudian

beliau membaca fi rman Allah dalam surah al-Nur, ayat 32.

Apalagi, sama-sama hapuskan berhala materialisme dalam

hati dan fikiran.

Buat kaum Hawa,

Yakin dan percayalah pada insan yang telah

ditunjukkan Allah dalam istikharahmu walau apapun

keadaannya pada masa ini, asalkan baik agamanya.

Sama ada dia masih belajar atau masih bertukartukar

kerja, percayalah padanya.

 

Buat syabab,

Rezeki Allah amat luas, jangan dirisaukan sangat.

Walaupun sesuatu pekerjaan itu tidak terpandang

di sisi masyarakat contohnya bekerja sendiri namun

terakam mulia dalam hadis Rasulullah s.a.w. Beliau

bersabda: “Pekerjaan yang terbaik adalah usaha

seseorang dengan tangannya sendiri dan semua

penjual beli yang baik.” (Riwayat Ahmad, Baihaqi dan

lain-lain)

 

Jika kerisauan untuk menikah disebab kan faktor

orang tua, berbincanglah de ngan mereka penuh

hikmah. Hati mereka milik Allah, dipegang Allah dan

boleh dilunakkan oleh Allah dalam sekelip mata.

Ianya menuntut doa, kesungguhan dan keberanian.

Orang tua akan cair jua dengan kebaikan kerana

merekalah insan yang paling inginkan kebaikan untuk

seorang anak. Percayalah!

 

Jika terubat segala kerisauan dan tertanam kukuh

sebuah keyakinan maka laksanakanlah khitbah

(pertunangan). Selama tempoh khitbah, berkongsilah apa

yang dirasakan mustahak dan tidak terlalu kerap

berhubung untuk menjaga kesucian ikatan. Tempoh

itu sesungguhnya amat menguji. Pastikan ikatan itu

terjaga dari kelalaian dan segala perbuatan yang

menghampiri zina.

 

Laksanakanlah ikatan dengan mana yang paling

memudahkan lelaki. Aisyah r.a. menjelaskan,

“Sesungguhnya di antara keberkatan wanita ialah

kemudahan peminangannya dan kemudahan

maharnya.” (Riwayat Ahmad)

 

Oh, kaum Hawa!

Tidakkah kamu mahu menjadi wanita yang berkat?

Oh, mudah kahwin itu rupanya jika ikut agama!

Apa tunggu lagi wahai yang dah berpunya? Pilihlah

untuk berkahwin. Takutlah pada Allah melebihi

takutmu pada segala persoalan di benakmu. Yakinlah

pada Allah. Berdoalah pada-Nya agar di permudahkan

nikah buatmu.

“Wahai para pemuda, siapa yang mampu,

berkahwinlah! Sesungguhnya ia menundukkan

pandangan dan menjaga kemaluan. Siapa yang tidak

mampu maka berpuasalah.” (Riwayat Bukhari)

 

(Fatimah Syarha Noordin)

(Majalah Solusi Isu Perdana)


 

Fatimah Syarha Mohd Noordin

Graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Fiqh dan Psikologi) dan Ijazah Bacaan Quran Bersanad dan Daurah Bahasa Arab dari Universiti Syeikh Ahmad Kiftaro, Syria. Kini menyambung pengajian Sarjana di UIAM. Berpengalaman menjadi Peer Tutor, Naqibah Study Circle, fasilitator dan Ketua Pengarah Kumpulan Panel Editor UIAM dan ustazah di Sek. Ren. Ibn Kathir, Gombak. Pernah dinobatkan sebagai novelis Sayembara Mengarang Novel Remaja DBP 2006. Mula berkarya dengan Telaga Biru Sdn. Bhd. pada Disember 2005.

 

Klik imej di bawah untuk mendapatkan koleksi buku penulis ini di Addeen Online Store.

  

  

 

Related items

Artikel berkaitan: WAHAI PUTERIKU »
Kembali ke atas