Menu

 

A+ A A-
Noorjehan binti Baharudin

Noorjehan binti Baharudin

Lulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah Universiti al-Azhar. Mempunyai pengalaman dalam bidang kepimpinan dan perguruan. Pernah terlibat dalam penulisan majalah. Kini berkhidmat sebagai guru di Sekolah Menengah Agama Nurul Iman di Selangor.

 

Klik imej di bawah untuk mendapatkan koleksi buku penulis ini di Addeen Online Store.

  

MANUAL KEHIDUPAN

KEHIDUPAN kita sebagai seorang Muslim perlu berlandaskan syariat. Muslim yang sejati sentiasa mematuhi tatacara hidup yang digariskan oleh Allah serta tunduk dan patuh kepada perintah Ilahi. Mereka beramal seolah-olah melihat Allah di depan mata persis seorang pekerja yang berhati-hati meneladani tugas apabila ketua berada di depan mata.

ADA APA DENGAN HATI

PERCIKAN air membasah ke pipi. Dia membiarkan pipinya sejuk dijamah dingin air terjun. Subhanallah damai sungguh berada di puncak. Di temani suara alam dan unggas tingkah-meningkah. Pandangan matanya segar melihat kehijauan ciptaan Allah. Ciptaan Allah yang tiada tandingnya. Kejadian alam yang penuh dengan kesempurnaan dan keindahan buat titipan bagi insan yang ingin merenung dan berfikir.

MEMETIK KESETIAAN DI SEBALIK KELALAIAN

DARI puncak gunung pandangan matanya melebar ke segenap dataran yang luas terbentang. Dataran yang kaya dengan flora dan fauna anugerah Tuhan. Rongga dadanya segar menghirup udara dari puncak.

API JANGAN BIARKAN IA MENJADI LAWAN

APA yang akan kita lakukan jika tangan kita terkena api? Mampukah kita berdiam diri dan membiarkan sahaja api itu menyakiti kita? (Sudah tentu apabila terkena api dunia walaupun sedikit sahaja, akan membuatkan saraf yang diciptakan oleh Allah menarik tangan serta-merta. Subhanallah, Maha Suci Allah yang menyayangi hamba-Nya dengan membekalkan manusia deria yang dapat melindungi mereka daripada tercedera.