Menu

 

A+ A A-

KAWAN VS JANGAN KAWAN

BOLEH atau tidak kita hidup tanpa kawan di sisi? Boleh atau tidak kita lari atau bersembunyi jika ada orang yang ingin berkawan dengan kita? Boleh atau tidak kita hanya duduk di rumah sepanjang umur kita tanpa bermasyarakat? Boleh atau tidak kita bercakap seorang diri atau dengan peti sejuk yang tidak berrnyawa?

Jawapannya sudah tentu tidak boleh kerana orang yang tidak berkawan ini adalah orang yang gagal dalam hidupnya. Boleh diumpamakan seperti kera sumbang – takut hidup bermasyarakat. Juga, jiwanya kosong, cakapnya kosong, fikirannya kosong, senyumnya kosong – hidupnya kosong.

Jadi, Pak Chu sangat menggalakkan agar kita hidup ini sentiasalah berkawan – hidup berjemaah. Buka pintu dan jendela hati menerima kawan-kawan baru. Banyak untungnya – selain berkongsi pengalaman, kita juga dapat bertukar-tukar ilmu.

kawan-vs-jangan-kawan

Cuma nasihat Pak Chu, pilihlah kawan yang sesuai. Biar kita cerewet dalam memilih supaya kita berbahagia di dunia dan juga akhirat. Kawan yang bagaimana? Imam al-Ghazali ada menerangkan kawan yang baik dan kawan yang tidak baik.

Pertama:
PILIH kawan yang berakal. JANGAN pilih kawan yang bodoh kerana akan menjadi musuh dan menyakitkan hati.

Kedua:
PILIH kawan yang berakhlak. JANGAN pilih kawan yang jahat kerana akan dirangsang nafsu jahatnya itu.

Ketiga:
PILIH kawan yang soleh. JANGAN pilih kawan yang fasik kerana akan diajar kita kepada pekerjaan dosa dan maksiat.

Keempat:
PILIH kawan yang bersederhana. JANGAN pilih kawan yang tamak kerana akan menjadi racun berbisa kepada sifat pemurah.

Kelima:
PILIH kawan yang bercakap benar. JANGAN pilih kawan yang selalu bercakap bohong kerana akan memusnahkan jiwa.

Jadi, kesemua yang diterangkan di atas membawa maksud: kawan boleh mempengaruhi perjalanan hidup kita di dunia ini. Jika baik berkawan maka baiklah perangai kita, jika jahat berkawan maka jahatlah perangai kita. Daripada riwayat al-Tirmizi dan al-Hakim, Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Seseorang insan adalah terikut-ikut dengan adat kebiasaan sahabatnya. Maka hendaklah kamu melihat dengan siapa kamu bersahabat.”


Pak Chu
Sumber artikel daripada majalah Gen-Q isu No.2


Gen Q

Terbitan majalah berkualiti daripada Telaga Biru Sdn Bhd. Kolumnis-kolumnisnya mempunyai latar belakang pendidikan Islam yang kuat dan mempunyai keazaman untuk membimbing generasi kini ke arah keredhaan-Nya.

Antara yang menarik – Hikmatun Balighah, kolum yang mendekatkan diri generasi baru dengan al-Quran yang disertai tafsir mudah dan padat. Taman Hadis, kolum untuk memahami isi sesuatu hadis Rasulullah s.a.w. Novel Bersiri, sudut penulisan sastera yang Islamik. Uswah, kolum pelajar cemerlang yang menuntut di luar negara. Tanyalah Cikgu dan Tanyalah Ustaz, soal-jawab tentang psikologi pelajar dan juga kekeliruan dalam bab agama.

Al-Quran dan Sains, kolum tentang rahsia sains yang terkandung dalam al-Quran. Salafus Soleh, kisah sahabat yang boleh dijadikan teladan dalam mengharungi kehidupan seharian. Tip-tip, doa-doa, pengetahuan am, fiqah, amalan harian, tazkirah, motivasi dan pelbagai rencah dan rempah ratus yang mengisi ruang dalam majalah Gen-Q yang menjadikannya sebagai penyebab untuk pembaca memilikinya.

Selain itu, majalah Islamik ini digarap dengan foto serta ilustrasi yang amat menarik, sesuai untuk pembaca memahami sesuatu isu yang diketengahkan. Juga, disusuli penulisan satira dan kartun yang menggeletek hati tetapi mempunyai pengajaran dan manfaat daripadanya. Persembahan reka bentuknya pula menepati cita rasa kini.

 

Dapatkan majalah Gen-Q keluaran terbaru di Addeen Online Store!

Kembali ke atas