Menu

 

A+ A A-

BERSAHABAT DENGAN JUJUR

ALHAMDuLiLLAH. Andainya kita bersahabat, amatlah dianjurkan agar dapat mengekalkan persahabatan itu di dunia dan akhirat. Bagaimana? Bersahabatlah dengan ikhlas dan jujur. Saling menasihati, memberi inspirasi, motivasi, mengasihani dan meneladani perkara kebaikan.

Ada beberapa perbuatan yang elok dan sangat baik untuk kita ambil dan amalkan dalam persahabatan, ikutlah pesanan Rasulullah s.a.w.:

1 Mempamerkan akhlak yang mulia apabila bersama orang lain, sabda Nabi s.a.w.: “Bergaullah dengan manusia dengan akhlak yang baik.”

2 Sentiasa memaafkan kesalahan orang lain, sabda Nabi s.a.w.: “Allah tidak menambah sesuatu ke atas seorang hamba pada kemaafan yang diberikannya melainkan kemuliaan.”

3 Mempraktikkan sikap malu Rasulullah s.a.w., sabdanya: “Malu itu sebahagian daripada iman dan iman itu berada di dalam syurga.”

4 Mencari sahabat yang baik kerana ia termasuk dalam ciri-ciri kebahagiaan seorang manusia berdasarkan sabda Nabi s.a.w. daripada sayidina Ali.

5 Mengajak manusia ke arah kebaikan dunia dan akhirat, Abu soleh berkata: “seorang Mukmin itu adalah orang yang bergaul denganmu dengan baik, dan menunjukimu kepada kebaikan dalam agama dan duniamu.”

Semoga persahabatan yang kita jalin dengan rakan-rakan yang baik dapat membawa kepada keikhlasan dalam perjalanan hidup dan diredai Allah s.w.t.

Wallahua’lam.

Azzam Supardi
Sumber artikel daripada majalah Gen-Q isu No.8


Azzam Supardi

Pernah mengikuti pengajian di Maahad Buhuth di Kaherah, Mesir. Kini bertugas di Telaga Biru Sdn. Bhd. sebagai editor majalah.

 

Klik imej di bawah untuk mendapatkan koleksi buku penulis ini di Addeen Online Store.

Kembali ke atas