Menu

 

A+ A A-

GOLONGAN YANG BEROLEH SYURGA

Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Balad ayat 17 – 20 yang bermaksud:

“Dan tidak pula termasuk orang yang beriman dan salingberpesan untuk bersabar dan saling berpesan untuk berkasih sayang. (Ketahuilah bahawa orang yang beriman serta berusaha mengerjakan amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan), merekalah golongan pihak kanan (yang akan beroleh syurga). Dan (sebaliknya) orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Kami, merekalah golongan pihak kiri. Mereka ditimpakan (azab seksa) neraka yang ditutup rapat (supaya kuat bakarannya).

ALLAH s.w.t. mengemukakan perilaku golongan pilihan yang amat berbeza daripada sikap golongan manusia yang ingkar terhadap perintah Allah s.w.t. Mereka ini melakukan ketaatan semata-mata kerana Allah s.w.t.

Ayat ini memberikan isyarat bahawa amal-amal yang soleh tidak bernilai di sisi Allah kecuali apabila didahului dengan iman. Lantaran itu Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “Dan tidak pula termasuk orang yang beriman dan saling berpesan untuk bersabar dan saling berpesan untuk berkasih sayang.” Ini membuktikan amalan yang dilakukan oleh orang kafir itu menjadi sia-sia dan tidak dikira di akhirat kelak. Amirul Mukminin Umar al-Khattab r.a. pernah melihat dengan perasaan sedih tindakan seorang rahib yang hidup serba sederhana. Apabila Umar ditanya, beliau mengatakan bahawa rahib itu sebenarnya menyeksa dirinya sendiri tanpa memperoleh balasan baik yang diimpikan diakhirat kelak.

Manakala sifat golongan yang mendapat pujian Allah pula adalah kerana berkat kesabarannya menghadapi semua ujian daripada Allah sama ada berbentuk kesenangan ataupun kepayahan, dan kejayaannya menghadapi ujian syahwat dan golongan untuk melakukan maksiat.

Menghargai Kasih Sayang

Berpesan-pesan untuk berkasih sayang pada ayat ini bermaksud semua bentuk amalan yang membawa seseorang kepada rahmat Allah s.w.t. Kasih sayang di sini berkait rapat dengan Allah s.w.t. dan manusia, maksudnya berkaitan dengan hak Allah adalah kewajipan mentaati-Nya, dan yang berkaitan dengan makhluk pula adalah seperti saling menghargai, mengasihani dan sebagainya. Kita diajar dalam hadis bahawa seorang wanita dimasukkan ke dalam neraka akibat sikapnya kepada kucing yang dikurung tanpa diberi makan.

Pada masa yang sama, bahawa wanita yang malang ini merupakan wanita Muslimah, tetapi dia melakukan maksiat yang menyebabkan dia layak mendapat hukuman atas apa yang dilakukan ini. Banyak lagi bukti yang menunjukkan betapa pentingnya perhiasan sifat kasihdan menghargai makhluk yang Allah jadikan. Contoh-contoh yang dikemukakan melibatkan haiwan, maka fahamlah kita bahawa sikap penyayang terhadap manusia tentulah lebib-lebih lagi dituntut.

Golongan Kanan

Dalam ayat seterusnya yang bermaksud:“(Ketahuilah bahawa orang yang beriman serta berusaha mengerjakan amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan), merekalah golongan pihak kanan (yang akan berolehsyurga). Dan (sebaliknya) orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Kami, merekalah golongan pihak kiri.” “Kanan” yang dimaksudkan di sini merujuk kepada ketinggian dan keberadaannya di sebelah kanan Arasy Allah. Ia tempat tertinggi yang akan diperolehi manusia sebagai penghormatan kerana ketaatannya kepada perintah Allah sewaktu di dunia.

Sebaliknya “kiri” merujuk kepada neraka jahanam. Biasanya manusia merujuk makna kanan kepada kebahagiaan dan ketinggian, sedangkan sebaliknya kiri merujuk kepada sesuatu yang kurang baik. Maka, akibat daripada kedegilanmematuhi perintah Allah, golongan ini layakmenerima hukuman yang tepat seperti yangdinyatakan oleh-Nya dalam ayat yang terakhirini. Tirai perbahasan ditutup sebagaimana rapatnya tutupan yang menutup api neraka.

sshot-1

Wallahuaklam

Ustaz Dr Zahazan Mohamed

Sumber artikel daripada Majalah Gen-Q 10

 


 

Ustaz Dr Hj Zahazan Mohamed

Dilahirkan di Melaka, mendapat pendidikan awal di Kolej Islam Kelang, kemudian melanjutkan pelajaran di Universiti Yarmouk, Jordan. Mendapat Ijazah Sarjana (MA) dalam Bahasa Arab di Universiti Malaya, dan meneruskan pelajaran ke peringkat Ph.D. Berpengalaman dalam memimpin kursus dan membimbing jemaah haji dan umrah yang bertauliah dari Lembaga Tabung Haji. Sering dijemput ceramah agama di samping sering muncul dalam program radio dan tv. Aktif dalam bidang penerbitan bahan ilmiah di beberapa akhbar dan majalah.

Terbaharu, Dr. Zahazan sedang menjayakan pengajian tafsir “KULTUM” (Kuliah Tafsir Tujuh Minit) setiap hari di Surau Firdaus, Saujana Damansara. Satu ayat akan dikupas pada setiap hari. Pembaca boleh mengikuti beliau melalui Youtube dengan carian “kultum ust zahazan”.

 

Klik imej di bawah untuk mendapatkan koleksi buku penulis ini di Addeen Online Store.

  

  

  TBBK1057 TBBK1157TBBK1182

   TBBK1052TBBK1297TBBK1126

    TBBK1214TBBK1052

Kembali ke atas