Menu

 

A+ A A-
Ustaz Don Daniyal bin Don Biyajid

Ustaz Don Daniyal bin Don Biyajid

Lulusan Maahad Qiraat Syubro, Mesir. Kini bertugas sebagai pensyarah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Beliau aktif berdakwah terutamanya dalam TV al-Hijrah. Antara program TV yang dikendalikan olehnya iaitu 30 minit Ustaz Don.

 

Klik imej di bawah untuk mendapatkan koleksi produk penulis ini di Addeen Online Store.

  

PERJANJIAN ANTARA YAHUDI DAN ALLAH

Sepanjang saya membaca al-Quran berserta terjemahannya, saya dapati ayat-ayat surah al-Ma‘idah banyak menyentuh tentang orang Yahudi. Seawal ayat ke-12 Allah mula sudah menyentuh tentang sumpah janji yang mereka ikrarkan untuk Allah namun mereka mengingkarinya. Mohon ulasan ustaz.

DOA PENTING SURAH ALI ‘IMRAN

Kelebihan Surah Ali ‘Imran

Soalan: Adakah terdapat hadis Nabi yang mengkhabarkan kepada kita tentang keutamaan surah Ali ‘Imran?

Ada. Abu Umamah r.a. berkata: “Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: ‘Bacalah al-Quran. Sesungguhnya ia akan memberi syafaat kepada pembacanya pada hari kiamat kelak.

“Dan bacalah al-Zahrawain iaitu surah al-Baqarah dan Ali ‘Imran. Kedua-duanya akan datang pada hari kiamat bagai tompokan awan atau benda yang menaungi atau dua kelompok burung yang mengembangkan sayapnya. Kedua-duanya akan membela pembacanya pada hari kiamat.’” (Riwayat Ahmad)

Rasulullah juga pernah membaca kedua-dua surah ini sekali gus dalam satu rakaat sebagai mana yang terakam dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim.

Doa Surah Ali ‘Imran

Soalan: Adakah terdapat antara ayat-ayatnya yang patut kita jadikan sebagai doa amalan?

Sudah tentu ada. Sememangnya al-Quran itu kaya dengan doa-doa mustajab sama ada sebagai doa harian, doa rumah tangga, doapelindung diri dan sebagainya. Dalam surah Ali ‘Imran itu sendiri ada beberapa doa.

Pada kesempatan ini saya sebutkan satu doa penting yang Nabi sendiri kerap berdoa dengannya iaitu ayat ke-8 dan 9:

ali-imran-1

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami rahmat daripada sisi-Mu kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi.

“Wahai Tuhan kami, sesungguhnya Engkau mengumpulkan manusia untuk hari yang tiada keraguan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji.”

Dalam satu hadis Ummu Salamah menceritakan bahawa Nabi berdoa:

ali-imran-2

Maksudnya: “Ya Rab yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku atas agama-Mu.”

Kemudian Baginda teruskan membaca ayat surah Ali ‘Imran di atas.

Asma’ binti Yazid Ibn al-Sakan juga turut berkongsi pengalamannya. Beliau mengatakan bahawa antara doa yang Rasulullah sering panjatkan ialah doa di atas.

Beliau bertanya: “Ya Rasulullah apakah hati itu dapat berbolak-balik?”

Baginda menjawab: “Ya. Allah tidak menciptakan seorang anak Adam melainkan hatinya berada di antara dua jari jemari Allah. Jika Allah hendak, Dia akan menjadikannya lurus. Dan jika Dia mahu maka Dia akan menjadikannya condong kepada kesesatan.”

ali-imran-3

Kita semua memohon agar Allah tidak menjadikan hati kita condong kepada kesesatan setelah Allah memberikan petunjuk kepada kita. Semoga Allah melimpahkan kepada kita rahmatnya. Sesungguhnya Dia Maha Pemberi.

Siti ‘Aisyah sendiri pernah bertanya Rasulullah: “Wahai Rasulullah, alangkah kerapnya engkau berdoa dengan doa itu (Ya Rab yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku di atas agama-Mu).”

Baginda menjawab: “Tidak ada satu hati pun melainkan semua berada di antara dua jari jemari al-Rahman (Allah). Jika Dia hendak meluruskannya, maka Dia akan meluruskannya. Jika Dia kehendaki untuk membuatnya sesat, maka Dia akan membuatnya sesat.

“Tidakkah engkau mendengar firman Allah yang bermaksud: ‘Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi.’”

Insya-Allah, pada keluaran akan datang, kita akan meneruskan perbincangan tentang rangkaian doa al-Quran yang ada kaitan dengan surah Ali ‘Imran. Mudah-mudahan Allah memberikan petunjuk kepada kita semua dan menjadikan kita hamba-hamba-Nya yang bertakwa dan mencintai Baginda Nabi s.a.w.

Wallahu a‘lam.

Ustaz Don Daniyal Bin Don Biyajid
Sumber artikel daripada majalah al-Ustaz isu No.6


BERKENALAN DENGAN AL-MAIDAH

Boleh ustaz ceritakan tentang surah al-Maidah?

Pertama sekali, sama-sama kita fahami bahawa ada surah-surah dalam al-Quran yang diturunkan berdasarkan kepada peristiwa tertentu yang disebut sebagai asbab al-nuzul. Namun ada juga surah-surah yang diwahyukan tanpa berkaitan dengan sebarang peristiwa. Jadi ayat atau surah ini ada yang diwahyukan ketika Nabi s.a.w.dalam keadaan duduk, berdiri, tidur atau berbaring.

SURAH AL-NISA’ MEMARTABATKAN WANITA

SOALAN : Hari ini masih ada yang memperkatakan tentang Islam tidak menjaga hak wanita. Adakah isyarat-isyarat dalam al-Quran yang menunjukkan kedudukan wanita dalam Islam

MENGAKUI KEAGUNGAN ALLAH DALAM DOA

Lagi Doa daripada Surah Ali ‘Imran

USTAZ ada membawakan ayat dalam surah Ali-‘Imran yang boleh dijadikan doa. Selain daripada itu, adakah lagi ayat-ayatnya yang boleh dijadikan doa?

AYAT PALING AGUNG DALAM AL-QURAN

ADAKAH ayat yang paling agung dalam surah al-Baqarah?

Ya, ada. Bahkan ia ayat paling agung dalam al-Quran. Ini berdasarkan kepada hadis-hadis Baginda Nabi s.a.w. Antaranya ialah: Ayat yang paling utama di dalam surah al-Baqarah ialah ayat al-Kursi. (Tafsir Ibn Kathir, jil. 1, hlm. 509)

BACAAN BASMALAH

KITA tahu, ada antara ayat al-Quran terdapat asbab nuzulnya. Kita juga mengetahui bahawa bacaan basmalah (bismillahirrahmanirrahim) adalah sebahagian daripada ayat al-Quran. Adakah bacaan basmalah ada asbab nuzulnya?

RINGKASNYA: Ada.

MENGENALI FADILAT SURAH AL-QURAN

Cinta Surah al-Ikhlas
Adakah setiap surah al-Quran mempunyai fadilat tersendiri? Adakah fadilat ini daripada sunnah Nabi Muhammad s.a.w.?

Ya, bagi setiap surah dalam al-Quran ada kelebihan dan fadilat tersendiri. Ini seperti yang terdapat dalam banyak hadis Baginda Nabi s.a.w. Jadi membaca al-Quran, atau membaca ayat-ayat al-Quran atau membaca potongan-potongan ayat al-Quran atas dasar untuk mendapat keberkatan dan fadilat (kelebihan) yang disebut oleh Baginda Nabi s.a.w. adalah harus(dibolehkan).

KEHEBATAN DUA AYAT TERAKHIR SURAH AL-BAQARAH

Fadilat Dua Ayat Terakhir

BERKAITAN dengan surah al-Baqarah, saya perasan antara zikir yang dimuatkan dalam al-Ma’thurat ialah dua ayat terakhir surah tersebut. Bolehkah ustaz terangkan fadilatnya?