Menu

 

A+ A A-

NAJIS KUCING, BAGAIMANA MENYUCIKANNYA?

  • Kategori Hukum

Bekas Gigitan Kucing

Saya membela kucing di rumah. Perkara yang sering berlaku, kucing saya itu kerap menggigit roti atau kuih yang ditinggalkan oleh anak kecil saya. Beberapa kali terjadi anak saya makan makananitu sebelum sempat saya membuangnya. Apa yang perlu saya buat? Bukankah makanan yang digigit kucing itu najis?

Selanjutnya...

RAIH DOA MALAIKAT

Saya pernah mendengar tentang malaikat yang selalu mendoakan manusia di bumi. Boleh ustazah jelaskan siapakah golongan yang mendapat doa malaikat ini? Saya berharap kami sekeluarga termasuk golongan yang mendapat doa dari para malaikat.

Selanjutnya...

MUNTAH SUSU BAYI

  • Kategori Hukum

Apakah hukum susu yang termuntah daripada mulut bayi ketika menyusu atau luar waktu menyusu?

Jawapan : Hukum asal bagi susu ibu adalah suci. Apabila bayi menyusu, sering berlaku muntah atau jeluak. Hal ini disebabkan bayi yang berumur beberapa bulan itu tidak mempunyai otot yang kuat untuk menutup salur makanan ke perut. Apabila berlaku bayi itu tidak disendawakan, meniarap, atau dalam keadaan susu penuh, maka biasanya ia boleh termuntah.

Selanjutnya...

KORBAN NAZAR DI PULAU BESAR

  • Kategori Hukum

Saya ingin memohon penjelasan ustaz berkenaan amalan sesetengah pihak yang membayar nazar kepada makam wali Sultan al-Arifin di Pulau Besar, Melaka. Mereka beranggapan sebarang doa dan hajat yang “dimakbulkan” di pulau itu perlu dibayar dengan nazar korban sekurang-kurangnya seekor kambing. Pembayaran nazar itu didakwa tanda terima kasih atau kesyukuran kepada wali keramat tersebut. Mohon penjelasan ustaz berkenaan hal ini.

Selanjutnya...

EMAS OH EMAS

  • Kategori Hukum

“Encik Fikry, pada asasnya undang-undang am yang sedia ada di Malaysia telah menetapkan bahawa liabiliti sesuatu syarikat dengan liabiliti pengarah syarikat adalah berbeza. Ini bermaksud bahawa pada amnya seseorang pengarah syarikat tidak akan menanggung hutang atau liabiliti yang telah ditanggung oleh syarikat tersebut. Ini dinamakan prinsip ‘separate legal entity’.” Jelas Encik Iskandar, seorang rakan kongsi firma guaman Iskandar & Co.

Selanjutnya...

BILA DIANGKAT ILMU “KHUSUK”

SUATU hari, Anas bin Malik berkata, “Aku akan menceritakan kepada kamu semua sebuah hadis yang kamu semua tidak akan dapat mendengar daripada orang selain diriku.” “Aku mendengar rasulullah s.a.w. bersabda: ‘Sebahagian tanda-tanda kiamat adalah dicabutnya ilmu, tersebarnya kejahilan dan tersebarnya perzinaan. Perempuan makin ramai dan lelaki makin sedikit.

Selanjutnya...

BOLEHKAH MANUSIA MELIHAT MALAIKAT

Ada orang yang mendakwa bahawa ia pernah melihat malaikat? Bolehkah kita mempercayainya?

Jawapan :Kita perlu ingat bahawa malaikat dicipta daripada cahaya sebagaimana yang disebut dalam hadis yang bermaksud: “Malaikat diciptakan daripada cahaya.” (Riwayat Muslim) Maka tidak mungkin ada orang yang dapat melihatnya dalam rupa yang sebenarnya melainkan Rasulullah s.a.w.

Selanjutnya...