Menu

 

A+ A A-
Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Dilahirkan di Terengganu. Melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Pertama di Universiti Madinah dalam bidang Syariah. Berpeluang belajar secara talaqqi dengan beberapa ulama tersohor di sana. Kemudian melanjutkan pelajaran ke Jordan dan berjaya memperolehi Ijazah Sarjana (Masters) di Syria, seterusnya berjaya memperolehi Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dari Universiti Sains Malaysia. Beliau pernah bertugas di Kolej UNITI, Port Dickson, Negeri Sembilan dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai, Negeri Sembilan. Kini beliau bergerak secara bebas sebagai penulis. penceramah, penasihat agama dan pakar rujuk. Di samping itu, beliau ialah AJK Fatwa Terengganu (sejak 2005). Antara jawatan terkini beliau ialah ahli Panel Penasihat Ibadat Haji Tabung Haji, ahli Panel Syariah dan Aqidah JAKIM dan ahli Panel Syariah Bank Muamalat. Beliau juga dikenali sebagai Muryid dalam rancangan al-Daurah di Radio IKIM.FM.

 

Klik imej di bawah untuk mendapatkan koleksi buku penulis ini di Addeen Online Store.

 

  

 

WAJIB KEMBALI KEPADA SYARIAT DAN HUKUM ISLAM

  • Kategori Hukum

Dr. Wahbah alZuhaili berkata, fiqah Islam pernah menjadi kebanggaan dan mesti mendapat penghormatan dalam kalangan sistem undang-undang di dunia ini. Ianya merupakan sebaik-baik gambaran praktikal kepada umat Islam, iaitu berjaya memenuhi tuntutan manusia dalam semua aspek peraturan dan undang-undang yang berkaitan perkataan, perbuatan, dan tingkah laku.

BERTANGGUH TUNAI HAJI

APA hukum bagi orang yang telah cukup syarat untuk menunaikan haji tetapi masih bertangguh atas pelbagai alasan antaranya tidak bersedia dan sibuk?

JENAYAH: SEBAB-SEBABNYA

  • Kategori Hukum

PADA ruangan kali ini, penulis cuba mengemukakan sebab terjadinya jenayah dan kenapa seseorang berpotensi untuk melakukan jenayah.

HUDUD RELEVAN SEPANJANG ZAMAN

PERUNDINGAN Islam sering menjadi perbahasan dalam kalangan orang Islam dan bukan Islam. Kewajaran hukum hudud misalnya sering menjadi isu pertikaian yang serius. Pada ruangan ini penulis ingin mengemukakan betapa kequdusan dan kemuquddasan syariat Allah s.w.t. yang merangkumi pelbagai aspek kehidupan berpandukan al-Quran dan sunnah.

JENAYAH DALAM ISLAM

  • Kategori Hukum

FIRMAN Allah s.w.t. bermaksud: “Demikianlah hudud Allah. Dan barangsiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, nescaya akan dimasukkan ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Dan itulah kemenangan yang agung.”

(Surah al-Nisa’ 4: 13)