KEMURKAAN ALLAH TERHADAP KAUM 'AAD
- Kategori Sirah Para Anbiya'
ALLAH s.w.t. telah merakamkan dalam al-Quran sebuah kisah yang amat mengerikan dan dahsyat pernah berlaku di atas muka bumi ini. Kisah ini juga merupakan mesej untuk memberitahu betapa murkanya Allah s.w.t. terhadap sikap dan tindakan manusia yang menentang kebenaran dan melampau sehingga menyebabkan kerosakan di muka bumi.