Menu

 

A+ A A-

VALENTINE :MENGAPA SAYANG SEHARI SAHAJA

VALENTINE ialah nama yang diambil sempena nama seorang paderi iaitu saint valentino. pada 14 februari 270m, st. valentine dihukum bunuh kerana bergaduh dengan penguasa romawi iaitu raja claudius ii (268 - 270m). st valentine dianggap sebagai simbol ketabahan serta keberanian. Oleh sebab itu, pengikut-pengikut paderi ini mengadakan satu upacara keagamaan mereka untuk memperingatinya.

Tetapi sejak abad 16M, upacara keagamaan tersebut mulai berubah kepada pesta berkasih sayang. Hari Valentine ialah pesta kasih sayang bangsa Romawi kuno yang disebut sebagai “supercalis” iaitu jatuh pada 15 Februari. setelah ramai orang Romawi menganut Kristian, pesta “supercalis” berubah pada hari kasih sayang kerana kepercayaan orang Eropah mengatakan bahawa hari kematian saint Valentine itu ialah hari untuk berkasih sayang kerana waktu kasih saying itu mulai bersemi pada 14 Februari.

Jadi dapat kita simpulkan bahawa Hari Valentine merupakan kepercayaan yang boleh merosakkan akidah orang islam. Ini adalah muslihat orang Barat yang hanya bertopengkan percintaan.

Aspek Zahir

Secara zahirnya, Hari Valentine dapat dihuraikan kepada dua perspektif:

1. Perspektif Akidah

Hari Valentine bukanlah hari untuk berkasih sayang kerana ia hanya rekaan fikiran manusia tanpa berlandaskan agama.

2. Perspektif Motivasi

Persoalan motivasi di sini merangkumi objektif dan motif Hari Valentine itu dianggap istimewa. Keistimewaan hari itu diperuntukkan khas untuk semua orang mengungkapkan rasa sayang, cinta dan kasih kepada pasangan mereka. Tidak ada jalan keluar kepada hubungan cinta sehingga menyebabkan pasangan yang menyambutnya di Barat menganggap seks menjadi jalan
keluar kepada kemuncak perasaan ini.


Aspek Sosial

Menurut seorang penulis beragama Kristian, Hari Valentine sudah dianggap sebagai “pesta seks”. Di Britain, Hari Valentine dianggap sebagai “impotence Day”, yang menunjukkan aktiviti seks berlaku secara berleluasa. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan bukan sesuatu yang mencerminkan islam yang sebenar kerana dalam islam, kita disarankan agar berkahwin untuk mengelakkan diri daripada menghampiri zina dan perbuatan maksiat.

Melalui perkahwinan, keinginan seks dapat disalurkan secara halal dan selamat. Perkahwinan juga dapat mengelakkan diri daripada terkena jangkitan HiV yang berpunca daripada perlakuan seks rambang.

Aspek Pemikiran

Valentine menekankan kasih sayang sebagai asas sedangkan dalam islam perkara yang utama adalah ilmu dan amal. islam bukan sahaja di hati tetapi dipamerkan melalui amal. Konsep kasih sayang menjadi sebahagian daripada usaha untuk mendekati Allah s.w.t.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tidak beriman seseorang antara kamu sehingga ia mencintai saudaranya lebih daripada mencintai dirinya sendiri.”

Aspek Cara Hidup

Sesetengah orang berpendapat, Hari Valentine adalah kaedah untuk menunjukkan cara hidup yang sihat kerana adanya galakan untuk berkasih sayang. Sayangnya, tidak ramai yang mahu memahami hari kebesaran Islam sebagai jalan untuk berkasih sayang seperti Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.

Mengapa kita sebagai orang Islam tidak meraikan hari-hari ini untuk berkasih sayang? Mengapa perlu kita meraikan Hari Valentine yang bukan perayaan untuk orang Islam?

Hujah Haram Meraikan

DALIL 1: surah al-isra’ ayat 36
“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan dipertanggungjawabnya.”

DALIL 2: Hadis Riwayat Abu Daud

“sesiapa yang meniru atau mengikut satu kaum, dia termasuk kaum itu.”

DALIL 3: surah Ali ‘imran ayat 85

“sesiapa yang mencari agama selain agama islam, maka sekali-sekali tidak diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat dia termasuk orang yang rugi.”

Berkasih Sayang dalam Islam

Persoalan mengenai mengkhususkan hari bagi berkasih sayang tidak perlu kerana kasih sayang bukan dibatasi oleh satu hari, satu minggu atau satu bulan tetapi berlaku setiap masa. Persoalan cinta dan kasih sayang dalam islam sangat universal dan menyeluruh.

Cinta dan kasih sayang juga perlu diberikan kepada Allah s.w.t., Rasulullah s.a.w., ibu bapa, anak-anak, suami isteri dan diri sendiri. Cinta kepada Allah s.w.t. cinta yang teragung kerana melaluinya akan lahirlah cinta sesame umat islam. semoga Allah s.w.t. memberikan hidayah-Nya kepada kita semua agar dapat istiqamah dengan islam. Amin.

VALENTINE

Oleh Ust Fauzi Abd Hamid
Sumber Artikel daripada Majalah Gen Q isu 7

 


 

Ustaz Fauzi bin Abdul Hamid

Lulusan B.A dalam Usuluddin dan M.A dalam Ulum Hadis di Universiti Faisalabad, Pakistan. Kini bertugas sebagai editor syariah di jabatan penerbitan Telaga Biru Sdn.Bhd. Aktif dalam berdakwah di masjid dan surau. Antara guru beliau Syeikh Tariq Jamil iaitu ulama besar Pakistan dan Syeikh Ubaidillah (mufti). 

 

Klik imej di bawah untuk mendapatkan koleksi buku penulis ini di Addeen Online Store.

Kembali ke atas