Menu

 

A+ A A-
Rohidzir Rais

Rohidzir Rais

Lepasan Universiti al-Azhar, Mesir dalam bidang Syariah Islamiyyah. Kini berkhidmat sebagai editor dan penulis sepenuh masa di Telaga Biru Sdn. Bhd. Pernah berkhidmat sebagai pensyarah di Kolej al-Azhar, Pulau Pinang. Aktif dan berpengalaman mengendalikan kursus-kursus fardu ain, al-Quran dan bahasa Arab di seluruh Malaysia. Telah berjaya menulis dan menterjemah 30 buah buku dalam pelbagai bidang. Layari blog beliau di www.al-zuhaily.blogspot.com.

 

Klik imej di bawah untuk mendapatkan koleksi buku penulis ini di Addeen Online Store.

IMBK1002

  IMBK1002

CUBAAN MENGISLAMKAN EVOLUSI TEMUI JALAN BUNTU

TEORI Evolusi, Bukan Sains

Selama lebih 150 tahun, masyarakat “dipaksa” untuk percaya bahawa teori evolusi yang kemukakan oleh Charles Robert Darwin, seorang ahli naturalis amatur, ialah fakta yang dibuktikan oleh sains. Selama itu juga, setiap percanggahan dan penentangan terhadap teori ini dianggap sebagai penentangan terhadap sains, lebih-lebih lagi sekiranya percanggahan ini datangnya daripada dasar agama.

HENTIKAN JERITAN ANAK ITU

‘BINATANG bangsat’ yang menculik, memperkosa dan membunuh dengan kejam Adik Nurin Jazlin Jazimin masih lagi bebas. Kita juga tidak dapat mengagak perasaan bapa Ang May Hong ketika menemui anak kecilnya sudah tidak bernyawa dalam keadaan lehernya dijerut serta sebatang kayu satu meter dengan tiga paku di hujungnya tertusuk ke kemaluan anak malang ini sehingga merobek pundi kencing, perut dan jantungnya.

MENANAM POKOK DI ATAS BATU!

SAMA ada wajib seperti zakat atau yang sunat, sedekah sangat digalakkan dalam Islam. Ini dapat dilihat kepada kekerapan persoalan ini ditimbulkan dalam al-Quran dan bagaimana ia begitu dititikberatkan oleh Baginda Rasulullah s.a.w.

NIKMAT SAKIT!

"ADUH, sakitnya! Anda pasti menjerit begini apabila tangan atau mana-mana anggota badan terkena api atau ditusuk objek tajam. Anda juga segera mengelak dan menjauhkan diri daripada sumber kesakitan ini.

ZIKIR MENAJAMKAN FIKIR

OTAK sebenarnya ialah satu himpunan aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Ketika otak berfungsi, berlaku perubahan kimia di dalamnya yang melibatkan pergerakan ion-ion atau atom-atom yang membawa cas. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain.

DARAH WANITA

SUNGGUH menakjubkan bagaimana wanita boleh mengeluarkan tiga jenis darah berbeza daripada saluran yang sama. Setiap darah itu pula mempunyai nama dan hukum berbeza. Subhanallah!