Menu

 

A+ A A-

CINTAILAH DIRI SENDIRI

APABILA ANDA BERTANYA KEPADA RAKAN, “SIAPAKAH ORANG YANG DICINTAI DALAM HIDUP?” RAMAI AKAN MENJAWAB – IBU, AYAH, ABANG, RAKAN BAIK DAN SEBAGAINYA. JAWAPAN YANG BAGUS. SEBALIKNYA MANUSIA BIASA LUPA ADA SEORANG LAGI YANG AMAT PENTING UNTUK DICINTAI. ORANG INI PENTING KERANA ANDA BERSAMA BELIAU 24 JAM SEHARI. TEPAT SEKALI, IA ADALAH DIRI ANDA SENDIRI. ADA SEBUAH KISAH MENARIK TENTANG SEORANG YANG SERBA KEKURANGAN TETAPI MASIH MENCINTAI DIRI BELIAU SENDIRI.

Nick Vujicic dilahirkan tanpa tangan dan kaki kerana menghidapi penyakit ganjil yang diberi nama saintifi k Tetraamelia syndrome. Di sekolah, beliau dibuli dengan teruk sehingga beliau jatuh murung. Pada umur 10 tahun, beliau melakukan satu cubaan membunuh diri dengan cuba melemaskan diri. suatu hari, Nick terbaca sebuah artikel akhbar tentang seorang yang menghidap penyakit kronik.

Kejadian tersebut menyedarkan Nick bahawa bukan beliau sahaja yang mempunyai kekurangan, sebaliknya ramai lagi yang diuji dengan lebih dahsyat. Nick mula memberi focus bahawa beliau mampu bertutur dengan baik dan sihat tubuh badan. Beliau mula mencipta kejayaan apabila bergelar jutawan hartanah. Hari ini Nick juga adalah seorang penceramah motivasi yang telah menginspirasikan 3 juta orang di 24 negara.

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENCINTAI DIRI SENDIRI:

1. Terima diri anda seadanya:

Sebelum anda boleh mencintai diri sendiri, anda perlu belajar untuk menerima diri anda seadanya. Bersyukur dengan fizikal dan paras rupa anda. Terima kelemahan dan kekurangan diri. Jangan mengharapkan anda sempurna kerana tiada manusia sempurna.

Keyakinan terhadap Allah membuatkan kita yakin bahawa Dia mengurniakan kelemahan untuk kita mempelajari bagaimana untuk menukar kelemahan tersebut menjadi kekuatan. Dalam masa yang sama, ia akan menjadikan anda manusia yang lebih tabah.

2. Sediakan Jurnal Kejayaan:

Mengapa sesetengah manusia mempunyai keyakinan diri sedangkan sesetengah yang lain tidak? Hakikatnya, Allah kurniakan manusia dengan kebolehan untuk memilih fokus pemikiran mereka. rang yang kurang keyakinan diri selalu memberi fokus terhadap kekurangan dan kesilapan yang mereka lakukan. Mereka abaikan dalam minda mereka pencapaian-pencapaian dan kekuatan diri mereka. sebaliknya orang yang berkeyakinan diri memberi fokus terhadap kekuatan diri, dan dalam masa yang sama melihat kekurangan diri untuk diperbaiki.

Tulis apa jua kejayaan sama ada kecil atau besar dalam Jurnal Kejayaan anda. Tiada kejayaan yang terlalu kecil untuk disenaraikan.Apabila anda dalam keadaan sedih, kecewa dan murung, teliti kembali kejayaan-kejayaan yang anda pernah lakarkan dan insya-Allah anda akan kembali bersemangat.

3. Tulis ‘Surat Kepada Aku’:

Apa perasaan anda apabila diberi penghargaan oleh orang lain? Tentu sekali gembira. Apa kata anda beri pujian terhadap diri sendiri. ini adalah satu latihan yang amat berkuasa dan saya yakin ramai di antara pembaca akan menitiskan air mata apabila melakukan latihan ini.

Anda hanya perlu 15 minit sahaja untuk menulis ‘surat Kepada Aku’. Tiada format tertentu untuk surat ini, hanya luahkan dari lubuk hati anda. Anda boleh gunakan ayat-ayat penghargaan seperti – “saya bangga dengan anda kerana...” – “Terima kasih kerana...”. Jika anda dihantui oleh kesilapan masa lepas, anda boleh gunakan ayat-ayat seperti – “Tolong maafkan saya kerana...” Perbaiki kesilapan tersebut dan belajar untuk maafkan diri sendiri.

Hilmi Isa
Sumber artikel daripada majalah Gen Q isu No.7


Hilmi Isa

Hilmi Isa seorang guru Bahasa Inggeris Komunikasi di Kolej Universiti Islam Melaka. Beliau juga berpengalaman mengajar Bahasa Arab. Hilmi memegang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan TESL (dan Kaunseling) dari UiTM. Selain memiliki Sijil Pengajian Usuluddin dari UM, beliau kini meyambung pelaran ke peringkat Diploma Lepasan Ijazah Pengajian Islam UIA. Hilmi menjadi pendebat Bahasa Arab di Kejohanan Debat Di Raja Kebangsaan dan Debat Bahasa Arab Universiti Universiti Asean. Istimewanya, Hilmi adalah pengamal hipnosis berdaftar dan NLP.

 

Klik imej di bawah untuk mendapatkan koleksi buku penulis ini di Addeen Online Store.

 

Kembali ke atas