Menu

 

A+ A A-

PERKARA ASAS TENTANG MAZHAB

1. Mazhab merupakan madrasah dan aliran-aliran fiqah bagi mentafsirkan nas-nas syariat dan pengambilan hukum-hukum daripadanya. Ia adalah metodologi-metodologi fiqah dalam beristinbat (mengeluarkan hukum) dan mengetahui hukum. Ia bukan syariat baru dan bukan sesuatu yang lain daripada Islam.

2. Nas-nas al-Quran dan al-hadis lebih besar dan lebih luas daripada mana-mana mazhab.

3. Syariat Islam menjadi hujah ke atas setiap mazhab, bukan mazhab yang menjadi hujah ke atas syariat Islam.

4. Asas yang mengharuskan mengikut mazhab adalah kerana diyakini bahawa mazhab telah berjaya memperkenalkan hukum-hakam syariat berdasarkan al-Quran dan al-Sunah. Dengan itu, apabila ternyata bahawa mazhab tertentu tersalah dalam sesuatu masalah dan yang betulnya berada

di satu pihak yang lain, maka perlulah orang yang mengikut mazhab itu berpaling daripada mazhabnya dalam masalah itu kepada pandangan mazhab yang lebih tepat.

5. Harus mengikut mazhab lain dalam masalah-masalah tertentu kerana tidak wajib terikat kepada kesemua ijtihad mazhab yang menjadi ikutannya. Tetapi, ikutan kepada mazhab lain itu mestilah mempunyai dalil-dalil yang kuat menyokong.

6. Sebagai muqallid (pengikut mazhab), hendaklah bebaskan dirinya daripada sifat taasub bermazhab secara melulu kerana mazhab-mazhab fiqah bukannya pemecah belah Islam dan bukan sebagai agama yang menasakhkan syariat Islam. Ia sebagai metodologi dalam penyelidikan di samping cara ilmiah dalam mengistinbat hukum.

7. Tidak perlu berasa sempit dada dengan perbezaan mazhab dan ijtihad mazhab-mazhab kerana perbezaan kefahaman itu sesuatu yang tabii kepada manusia.

8. Memahami dan menghargai daya usaha yang dicurahkan oleh ulama-ulama mujtahidin daripada pelbagai mazhab ini. Hendaklah kita hormati dan mendoakan kebaikan mereka.

Petikan daripada Formula Solat Sempurna oleh Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman

Sumber artikel daripada majalah Solusi isu No.6


Ustaz Zaharuddin Abd Rahman

Lulusan B.A.(Hons), Usuluddin, Universiti Malaya dan M.A. Shari’ah (Jayyid Jiddan), Univ. Al-Yarmouk, Jordan. Kini sebagai pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia; di samping Ahli Majlis Penasihat Shariah, C&S Consulting & Investment Ltd, British Virgin Islands (bersama Prof. Dr Monzer Kahf), Pengerusi Majlis Penasihat Shariah, OSK Investment (Islamic) Bank Berhad, Konsultan Shariah di Standard Chartered (Sadiq) Bank (Malaysia) Berhad, Kolumnis majalah I, majalah Iktisad dan Harian Metro Ahad. Pernah berpengalaman sebagai Penasihat Syariah di RHB Islamic Bank Bhd. dan Setiausaha Majlis Syariah, Asian Fianance Bank Bhd. Layari web beliau di www.zaharuddin.net

 

Klik imej di bawah untuk mendapatkan koleksi buku penulis ini di Addeen Online Store.

 

  ptsb1444

 

Kembali ke atas