Menu

 

A+ A A-

KERANDA BERAT: BERATKAH DOSANYA?

  • Ditulis oleh  Mohd Adib Samuri
  • Kategori Ibadah
  • Read 8167 times

Drama IHSAN. Saya suka sekali menontonnya. Biarpun tidak memenangi Drama Terbaik dalam anugerah, Ihsan memberi kesan berbeza kepada ramai penonton. Kisah anak derhaka, versi dunia moden, lebih-lebih lagi pada dua scene terakhir yang sangat menyentak hati.

Tahniah kepada Zabidi Mohamed, penulis skrip drama Ihsan, juga seorang pengkarya gigih dalam genre “drama dakwah”. Alhamdulillah, tajuk Ihsan itu sendiri adalah cadangan daripada saya, setelah perbincangan dengan beliau, namun saya tidaklah terlibat dalam proses kreatifnya. Kalimah ihsan bermaksud berbuat baik, sesuai dengan setiap firman Allah yang mewajibkan kita berbuat baik kepada ibu bapa. Maksudnya: “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya.” (Surah al-Ahqaf: 15).

Cerita yang Menginsafkan

Tanpa ragu, drama Ihsan mengingatkan kita tentang kematian dan juga ketaatan pada ibu bapa. Ia membawa kita menginsafi hakikat pembalasan yang akan kita terima bermula daripada jendela alam barzakh. Antara syurga atau neraka. 

Berbicara tentang kematian, terdapat satu perkara menarik untuk dikupas iaitu berkenaan pandangan masyarakat tentang tanda-tanda kematian. Kesimpulannya, ia membicarakan tentang sama ada seseorang itu mati baik atau tidak. Berakhir sama ada dengan husnul khatimah atau su’ul khatimah. Semuanya adalah spekulasi yang bersandarkan kepada tanda-tanda tertentu. 

Apakah tanda-tanda tersebut? Keranda mayat menjadi berat, seribu aral melintang jalan, kenderaan jenazah tiada, masalah pengurusan jenazah yang serabut lagi menyerabutkan, tiada imam yang menyembahyangkannya, nanah dan darah yang berterusan keluar dari anggota jenayah, dan seribu macam tanda lagi, yang meniti dibibir masyarakat. Semuanya ini dilihat oleh masyarakat kita sebagai suatu tanda kepada status kematian seseorang.

Keranda Berat:

Maksud Yang Tersirat 

Dalam sekian banyak tanda kematian, keadaan keranda dan mayat yang berat dilihat sebagai antara simptom utama seseorang itu memikul dosa yang berat juga. Dalam banyak laporan media, sama ada majalah kecil, akhbar tabloid mahupun drama Melayu, simptom ini tidak terlepas untuk dimasukkan sebagai plot dan olahan utama laporan atau penceritaan.

Persoalannya, adakah keadaan keranda dan jenazah yang begitu berat yang diangkat oleh manusia normal dengan jumlah yang juganormal menggambarkan pembalasan azab seksa dan neraka untuk si mati? Soalan ini mungkin sudah dijawab oleh sesetengah para ustaz, sebagai suatu tanda yang pasti. Lebih-lebih lagi kalau ia diiringi dengan tanda-tanda yang lain pula. Maka, jadilah ia satu scene wajib yang diharapkan dapat menimbulkan keinsafan.t

Apakah pandangan ulama tentang isu ini? Majlis Fatwa Tetap Arab Saudi telah ditanya tentang keadaan mayat yang berat dan ringan, adakah ia berkaitan dengan amalan seseorang? Atau berkaitan dengan sifat fasik si empunya diri? Majlis Fatwa menjawab:

“Kami tidak mengetahui faktor-faktor penyebab kepada ringan atau beratnya sesuatu jenazah melainkan faktor fizikal iaitu kurus atau gemuknya badan si mati. Manakala dakwaan orang bahawa ia menunjukkan kemuliaan si mati sekiranya ringan, dan menunjukkan kefasikannya jika berat, maka iniadalah suatu yang tiada asal (asas) dalam syarak yang suci ini, setakat yang kamitahu.” (Ahmad bin Abd al-Razaq, Fatawa al-Lajnah al-Daimah al-Ilmiyyah wa al-Ifta’, 1996, Jld. 11, hlm. 83) 

Ada pandangan ulama yang mengatakan orang yang mati syahid akan lebih ringan jasadnya. Berkata Abu Ali, aku ditanya berkenaan tentang jenazah yang ringan dan yang berat.

Maka, aku berkata: “Jika ringan, maka si mati itu adalah seorang syahid. Ini kerana orang yang syahid itu hidup, dan benda yang hidup adalah lebih ringan daripada mayat.” (Muhammad bin Ali Yu’la Abu al- Husain, Tabaqat al-Hanabilah, Jil. 2, hlm. 154). 

Walau bagaimanapun, keterangan ini tidak boleh diaplikasikan kepada jenazah orang orang Islam secara umum, kerana pandangan di atas hanya dikhususkan kepada mereka yang mati syahid di jalan Allah. Tambahan pula, tidak ada keterangan daripada mana-mana autoriti dan jumhur ulama bahawa jika jenazah itu berat, maka banyaklah dosanya. Pandangan ini berdasarkan kepada hadis daripada Anas bin Malik yang bermaksud: 

Ketika diangkat jenazah Sa’ad bin Mu’az, berkatalah orang-orang munafik: “Alangkah ringannya jenazahnya ini. Dan ini adalah akibat penghakimannya bagi Bani Quraizah.” Maka, telah sampai percakapan itu kepada Nabi

Daripada Ibn Buraidah, daripada bapanya  bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Orang beriman meninggal dunia dengan peluh di dahi.” (Riwayat Tirmizi, Al- Jami’ al-Sahih Sunan al-Tirmizi, Jld. 3, hlm. 310, hadis No.982) 

Para ulama berselisih pendapat mengenai maksud hadis ini. Pertama; ada ulama berpandangan dahi yang berpeluh merupakan tanda fizikal kematian yang baik. 

Kedua; ada juga ulama yang mengatakan ia bukan tanda fizikal bagi mati yang baik, tetapiia adalah akibat daripada kesakitan yang merupakan kifarah (penebus) dosa. Ini kerana orang Mukmin menghadapi kesakitan ketika nazak, tetapi mudah ketika roh keluar dari jasad. Adapun orang yang jahat, roh akan dikeluarkan dengan penuh kesakitan.

Ketiga: ada ulama berpandangan bahawa hadis ini bermaksud mudahnya roh keluar bagi orang Mukmin. (Muhammad Anuar Shah ibn Mu’azzam Shah al-Kashmiri, Al-’Urf al-Syazi Syarh Sunan al-Tirmizi, Jld. 2, hlm. 407) 

Selain itu, Ibn Malak menyatakan peluh di dahi berlaku akibat sakit dalam proses kematian itu sehingga berpeluh di dahi untuk menghapuskan dosa atau untuk meningkatkan darjatnya. (Al-Mubarakfuri, Muhammad Abd al- Rahman bin Abd al-Rahim. Tuhfah al-Ahwazi, Jld. 3, hlm. 38)

Jadi, tanda-tanda negatif tentang status kematian seseorang tidak pernah diajar dalamIslam. Sebaliknya, Islam menyatakan pula tanda-tanda positif yang menjelaskan tentang kebaikan seseorang. Justeru, amat tidak wajar jika kita menghukum seseorang yang telah lebih dahulu pergi meninggalkan kita.

Jernihkan pandangan ini 

Berhentilah daripada memalukan saudara seislam kita. Tamatlah sudah riwayat hidupnya.  dan kita menceritakan kebaikan yang ada padanya dan menutup aibnya, dosanya dan kekurangan amalannya. Ini sejajar dengan hadis Nabi yang bermaksud: “Sesiapa yang menutup aurat (keaiban) saudara Muslimnya, Allah akan menutup keaibannya pada hari kiamat. Dan sesiapa yang membuka aurat keaiban saudara Muslimnya, maka Allah akan membuka keaibannya.” (Riwayat Ibn Majah, Sunan Ibn Majah, Jld.2, hlm. 850, No.2546) 

Siapa pun tidak mahu kisah hitam hidupnya dipaparkan setelah kematiannya, sedangkan pendedahan dan keadilan di Mahsyar belumberlaku ke atasnya. Tiada siapa tahu,berkemungkinan aibnya ditutup di Mahsyar kelak, maka kita yang berada di dunia jangan pula mendedahkan aibnya. 

Marilah kita mendoakan orang yang telah pergi dahulu daripada kita dengan doasebagaimana yang diajar oleh Nabi yangbermaksud: “Ya Allah, ampunilah baginya dan rahmatilah dia dan maafkanlah dia.” (Riwayat Muslim, Sahih Muslim, Jld.6, hlm. 187, No. 2276) 

Perbandingan. s.a.w. Nabi bersabda: “Sesungguhnya malaikat telah mengangkat jenazahnya.” (Riwayat al-Tirmizi, Al-Jami’ al-Sahih Sunan al-Tirmizi, Jld. 5, hlm. 690)

Perkhabaran di atas datang daripada Seorang Nabi, yang mengetahui keringanan jenazah itu disebabkan adanya para malaikat yang datang membantu mengangkatnya. Ini kerana Sa’ad bin Mu’az adalah seorang syahid. 

Justeru, rezeki yang diterima oleh Sa’ad bin Mu’az itu tidaklah juga dirasai oleh orang awam kaum Muslimin. Atau dalam erti kata lain, keadaan sedemikian tidak bolehdigunapakai kepada orang lain, kerana tidakterdapat keterangan nas yang menyatakan demikian. Tambahan lagi, beratnya sesuatu jenazah menggambarkan dosa tidak pernah dinyatakan dalam mana-mana nas.

Pengakhiran Yang Baik

Walau bagaimanapun, terdapat tanda-tanda bagi orang yang menemui kematian dengan pengakhiran yang baik, kematian yang husnu al-khatimah. 

Daripada Ibn Buraidah, daripada bapanyabahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Orang beriman meninggal dunia dengan peluh di dahi.” (Riwayat Tirmizi, Al-Jami’ al-Sahih Sunan al-Tirmizi, Jld. 3, hlm. 310, hadis No.982)

Para ulama berselisih pendapat mengenai maksud hadis ini. Pertama; ada ulama berpandangan dahi yang berpeluh merupakan tanda fizikal kematian yang baik. Kedua; ada juga ulama yang mengatakan ia bukan tanda fizikal bagi mati yang baik, tetapi ia adalah akibat daripada kesakitan yang merupakan kifarah (penebus) dosa. Ini kerana orang Mukmin menghadapi kesakitan ketika nazak, tetapi mudah ketika roh keluar dari jasad. Adapun orang yang jahat, roh akan dikeluarkan dengan penuh kesakitan. Ketiga: ada ulama berpandangan bahawa hadis ini bermaksud mudahnya roh keluar bagi orang Mukmin. (Muhammad Anuar Shah ibn Mu’azzam Shah al-Kashmiri, Al-’Urf al-Syazi Syarh Sunan al-Tirmizi, Jld. 2, hlm. 407)

Selain itu, Ibn Malak menyatakan peluh di dahi berlaku akibat sakit dalam proses kematian itu sehingga berpeluh di dahi untuk menghapuskan dosa atau untuk meningkatkan darjatnya. (Al-Mubarakfuri, Muhammad Abd al-Rahman bin Abd al-Rahim. Tuhfah al-Ahwazi, Jld. 3, hlm. 38) 

Jadi, tanda-tanda negatif tentang status kematian seseorang tidak pernah Islam. Sebaliknya, Islam menyatakan pulatanda-tanda positif yang menjelaskan tentang kebaikan seseorang. Justeru, amat tidak wajar jika kita menghukum seseorang telahlebih dahulu pergi meninggalkan kita.

Jernihkan pandangan ini

Berhentilah daripada memalukan saudara seislam kita. Tamatlah sudah riwayat hidupnya. dan kita menceritakan kebaikan yang ada padanya dan menutup aibnya, dosanya dan kekurangan amalannya. Ini sejajar dengan hadis Nabi yang bermaksud: “Sesiapa yang menutup aurat (keaiban) saudara Muslimnya, Allah akan menutup keaibannya pada hari kiamat. Dan sesiapa yang membuka aurat keaiban saudara Muslimnya, maka Allah akan membuka keaibannya.” (Riwayat Ibn Majah, Sunan Ibn Majah, Jld.2, hlm. 850, No.2546

Siapa pun tidak mahu kisah hitam hidupnya dipaparkan setelah kematiannya, sedangkan pendedahan dan keadilan di Mahsyar belum berlaku ke atasnya. Tiada siapa tahu, berkemungkinan aibnya ditutup di Mahsyar kelak, maka kita yang berada di dunia jangan pula mendedahkan aibnya.

Marilah kita mendoakan orang yang telah pergi dahulu daripada kita dengan doa sebagaimana yang diajar oleh Nabi yang bermaksud: “Ya Allah, ampunilah baginya dan rahmatilah dia dan maafkanlah dia.” (Riwayat Muslim, Sahih Muslim, Jld.6, hlm. 187, No. 2276)

Mohd Adib Samuri
Sumber artikel daripada majalah Solusi isu No.8


Kembali ke atas