Menu

 

A+ A A-

‘ATLAS OF CREATION’ MENGANCAM EROPAH

ATLAS yang diterbitkan dalam saiz besar dan mengandungi lebih seribu gambar dan ilustrasi ini membuktikan bahawa teori Darwin telah silap; teori evolusi Darwin hanyalah khayalan.

Berikut merupakan sebahagian respons beberapa media massa Barat terhadap penyebaran percuma sebuah buku gergasi yang dinamakan sebagai “Atlas of Creation.”

atlasofcreation-1

Buku setebal 770 halaman ini telah dikirimkan dari Turki ke beratus-ratus sekolah, perpustakaan, institut pengajian tinggi, dan orang perseorangan termasuk para saintis dan wartawan di seluruh Turki, Perancis, Amerika Syarikat, Belgium, Switzerland, Itali, Scandinavia dan Sepanyol.

Penyebaran atlas ini telah menimbulkan suasana panik ke atas seluruh komuniti materialisme, Darwinisme dan ateisme. Mereka malah menganggapnya sebagai karya anti-evolusi paling hebat pernah dihasilkan dan penerbitan anti-Darwinisme yang paling berbahaya kepada sistem pemikiran anti-agama yang telah lama bertapak di Eropah. Begitu bimbang dan terkejut dengan serangan ini, sebahagian akhbar Perancis menggelar penyebaran atlas ini sebagai “gempa bumi”, “banjir besar”, “ledakan bom” dan “serangan” ke atas Perancis, hinggakan Menteri Pelajaran Perancis mengeluarkan arahan peribadi agar buku ini dijauhkan daripada pelajar.

atlasofcreation-2

Fikiran Dunia Eropah Tertutup Selama 150 Tahun

Atlas yang diterbitkan dalam saiz yang luar biasa dan mengandungi lebih seribu gambar dan ilustrasi ini menegaskan bahawa teori Darwin telah silap; teori evolusi Darwin hanyalah khayalan, dan hidupan tidak pernah mengalami sebarang evolusi. Dengan gambar-gambar fosil yang dikumpulkan dari seluruh dunia bersama dengan hidupan sebenar yang masih hidup, membuktikan bahawa hidupan tidak pernah berubah sejak berjuta-juta tahun dahulu.

Sudah tentu ini merupakan bukti saintifik paling kuat bahawa hidupan termasuk manusia telah dijadikan oleh Allah. Firman Allah, bermaksud: “Tidaklah apa yang dijadikan Allah itu berubah-ubah.” (Surah al-Ahzab: 62) “Sesungguhnya Kami (Allah) jadikan manusia itu sebaik-baik kejadian.” (Surah At-Tin: 4)

atlasofcreation-3

Bukti-bukti saintifik yang dikemukakan dalam atlas ini telah membantu ramai bangsa Eropah menyedari bahawa mereka telah ditipu oleh Darwin selama lebih 150 tahun. Kaji selidik yang dijalankan oleh sebuah laman web Perancis, Science Actualites, menunjukkan bahawa 92% responden percaya bahawa hidupan telah dijadikan dan hanya 5% yang masih yakin dengan teori evolusi.

Oleh itu, jelaslah bahawa Eropah yang selama ini menyanjung teori evolusi dan mengadaptasikannya dalam undang-undang negara dan kehidupan, kini semakin sedar bahawa ia hanyalah kisah dongeng yang tidak saintifik.

atlasofcreation-4

Bahaya Kreationisme dalam Pendidikan

Sudah tentu kesedaran intelektual dan ideologi masyarakat Eropah ini mencetuskan kebimbangan penyokong ismeisme tidak beragama. Reaksi paling jelas dapat dilihat dalam laporan yang disediakan oleh Jawatankuasa Majlis Parlimen Eropah terhadap Kebudayaan, Sains dan Pendidikan, yang disediakan oleh Guy Lengagne bertajuk “The Dangers of Creationism in Education”, mengandungi 104 artikel yang memfokuskan tentang perkembangan kepercayaan penciptaan di seluruh Eropah, dan bagaimana ia mengancam beberapa golongan; 12 daripada artikel ini adalah tentang “Atlas of Creation”.

Berhadapan dengan bukti-bukti yang jelas bahawa teori evolusi adalah tidak saintifik, perasaan putus asa dapat dilihat hampir pada setiap baris laporan ini. Di antara artikel-artikel yang menarik adalah seperti berikut:

1. Jawatankuasa ini mengakui bahawa kepercayaan evolusi semakin diabaikan dan semakin ramai orang yakin dengan hakikat penciptaan.

2. Alasan utama mengapa Darwinisme dipertahankan ialah kerana ia memberikan sokongan saintifik kepada materialisme. Keruntuhan Darwinisme bererti hilangnya satu asas utama materialisme dan ateisme. Laporan ini juga menyebut bagaimana pelajaran Kreotionisme semakin diterima masyarakat dunia.

3. Laporan ini juga menyebut bahawa inilah pertama kalinya materialisme Eropah berhadapan dengan ancaman paling serius. Maklumat yang terkandung dalam “Atlas of Creation” menyebabkan untuk pertama kalinya, materialis mengambil langkah berjaga-jaga.

4. Punca yang menyebabkan materialis panik ialah kerana Darwinisme Eropah bakal lenyap. Pada kaca mata materialis, hasil kerja yang mendedahkan kepalsuan materialisme adalah satu ancaman kepada agenda Eropah.

Firman Allah, maksudnya; “Bila kebenaran muncul, kebatilan akan musnah.” (Surah al-Israk: 81) “Kebenaran adalah dari Allah, janganlah kamu menjadi orang yang ragu.” (Surah al-Baqarah: 147)

atlasofcreation-5

¤


Rohidzir Rais
Sumber artikel daripada majalah Solusi isu Perdana

 


 

Rohidzir Rais

Lepasan Universiti al-Azhar, Mesir dalam bidang Syariah Islamiyyah. Kini berkhidmat sebagai editor dan penulis sepenuh masa di Telaga Biru Sdn. Bhd. Pernah berkhidmat sebagai pensyarah di Kolej al-Azhar, Pulau Pinang. Aktif dan berpengalaman mengendalikan kursus-kursus fardu ain, al-Quran dan bahasa Arab di seluruh Malaysia. Telah berjaya menulis dan menterjemah 30 buah buku dalam pelbagai bidang. Layari blog beliau di www.al-zuhaily.blogspot.com.

 

Klik imej di bawah untuk mendapatkan koleksi buku penulis ini di Addeen Online Store.

IMBK1002

  IMBK1002

Kembali ke atas