Menu

 

A+ A A-

ALIRAN PENDAPATAN BERGANDA

Apakah sebenarnya rahsia si kaya?

Apakah persamaan yang terdapat pada mereka yang kaya raya?

Apakah strategi mereka dalam menambahkan pendapatan mereka?

Jawapannya ialah aliran pendapatan yang berganda atau bak kata orang putih, “multiple streams of income.”

Aliran pendapatan berganda bermaksud untuk tidak bergantung kepada hanya satu punca pendapatan sahaja. Sekiranya anda mempunyai satu punca pendapatan sahaja, apakah akan terjadi sekiranya punca pendapatan tersebut terhenti?

Sebagai contoh, sekiranya anda sedang bekerja dengan satu syarikat, dan oleh sebab yang tidak dapat dielakkan, syarikat tersebut terpaksa memberhentikan anda. Apakah akan terjadi dengan aliran pendapatan anda? Sudah tentunya pendapatan anda akan turut terhenti.

Bayangkan sekiranya ini terjadi kepada anda. Sekiranya anda bekerja makan gaji, atau menjalankan satu jenis perniagaan, apa akan terjadi sekiranya pendapatan anda daripada satu punca tersebut terhenti? Berapa bulan anda dapat menampung kos kehidupan anda dengan simpanan yang sedia ada?

Bagi kebanyakan orang, sekiranya kita lihat senario ini, jawapannya amat mengejutkan. Mungkin wang simpanan yang kita ada hanya dapat menampung kurang dari tiga bulan kos kehidupan kita. Aliran pendapatan berganda adalah apabila anda mempunyai pelbagai punca pendapatan.

Singki yang Punyai 4 Pili

SOLUSI 8 -71Bayangkan sebuah singki yang mempunyai satu pili. Sekiranya anda membuka pili tersebut pada arus yang deras, oleh kerana lubang aliran keluar di dasar singki tersebut, air akan tetap keluar, dan singki tidak dapat dipenuhi.

Sebaliknya, bayangkan anda mempunyai singki yang mempunyai 4 pili. Sekiranya keempat-empat pili tersebut dibuka dengan deras, walaupun terdapat lubang aliran keluar di singki itu, lama kelamaan, singki itu akan dipenuhi air sehingga melimpah-limpah.

Diibaratkan setiap pili tersebut adalah punca pendapatan anda. Air yang mengalir adalah wang dan lubang di dasar singki itu adalah perbelanjaan anda.

Bagaimanakah caranya untuk menambahkan wang anda? Adakah dengan hanya bergantung kepada satu pili sahaja? Ataupun menggunakan 4 pili supaya mendapat pendapatan yang berlimpah-limpah?

Aliran pendapatan yang berganda diamalkan  oleh ramai golongan yang kaya. Mereka tidak hanya bergantung kepada satu punca pendapatan. Usahawan yang berjaya tidak bergantung hanya kepada satu perniagaan sahaja, malah mereka memulakan beberapa jenis perniagaan untuk menghasilkan untung yang berganda.

Sebagai tambahan, untung dari perniagaan pula dilaburkan untuk mendapat pulangan pelaburan. Ini menambahkan lagi aliran pendapatan.

Apabila melabur, bukan sahaja pada satu akaun pelaburan, tetapi, melabur pula pada beberapa akaun pelaburan untuk memastikan untung atau rugi disebarkan.

Aliran pendapatan juga turut berganda dengan untuk memperoleh lebih keuntungan. Bukan lagi rahsia bahawa industri hartanah telah melahirkan paling ramai jutawan sejak dahulu kala lagi sehingga kini.

Dalam hartanah juga boleh menjadi sebagai punca pendapatan berganda apabila anda melabur kepada beberapa hartanah dan bukan hanya pada satu sahaja!

Pepatah Inggeris berbunyi, “Don’t put all eggs in one basket”. Jangan letakkan kesemua telur dalam bakul yang sama. Hal ini kerana sekiranya bakul yang dikendong itu terjatuh, kesemua telur akan pecah. Mengendong satu bakul sahaja adalah umpama bergantung kepada satu punca pendapatan sahaja.

Dengan mempunyai punca pendapatan berganda, kita akan dapat memperoleh aliran pendapatan yang berganda. Sekiranya seseorang mempunyai lima punca pendapatan, Di mana setiap daripadanya dapat memperoleh RM3,000 setiap bulan. Jumlah pendapatan  kesemuanya akan menjadi RM15,000.

Sekiranya dia menambah kepada 10 punca pendapatan, maka, pendapatan bulanannya menjadi RM30,000.

Fikirkan bagaimana anda boleh gandakan pendapatan anda ketika ini. Fikir bagaimana anda boleh membuka lebih banyak “pili” pendapatan untuk menghasilkan aliran pendapatan yang lebih deras seperti si kaya! pelbagai akaun pelaburan yang dimulakan.

Ramai yang memiliki perniagaan, dan melaburkan keuntungan mereka juga dengan membeli hartanah dan menyewakan hartanah tersebut.


Untitled-HG

Dr. Irfan Khairi

Sumber artikel daripada majalah Solusi Isu 8


 

 

Dr Noor Irfan Khairi Noor Azmi

Selepas tamat pengajian tinggi di United Kingdom (U.K.), beliau berkhidmat dengan Netmedia (UK) Ltd., Birmingham, U.K. sebagai pereka sistem multimedia dan perunding internet. Beliau memulakan perniagaan di internet pada 1999, dan dalam masa 3 tahun telah memperoleh untung bersih RM1 juta, ketika berusia 25 tahun. Beliau menulis buku Rahsia Internet.com: Rahsia Jutawan Internet Terbongkar dan Secrets of Internet Millionaires Revealed. Pada 2006, beliau dianugerah kan Young Innovation Award daripada Oxford Association of Management, U.K. Beliau juga sebagai kolumnis majalah, mengendalikan seminar, ceramah dan sering muncul di tv dan radio. Layari laman web beliau di www.irfankhairi.com/blog.

 

Klik imej di bawah untuk mendapatkan koleksi buku penulis ini di Addeen Online Store.

 

Kembali ke atas