Menu

 

A+ A A-

JADILAH PAGAR YANG MENJAGA PADI

KELIHATAN beberapa orang remaja lelaki lalu lintas di kaki lima di situ. Kebanyakan mereka berpasang-pasangan. Masing-masing sudah memiliki teman wanita atau teman istimewa. Sentiasa dibawa ke mana pergi dan menemani ke mana destinasi. Bebas melakukan apa sahaja lagak pasangan yang telah diijab kabul. Begitu rendahkah nilai wanita di mata mereka?

Di manakah pemuda?
Kaum lelaki diberikan tugas yang sangat penting dan besar oleh Allah. Marilah kita sama-sama renungi kata-kata Allah dalam surah an-Nisa’ ayat 34 yang bermaksud: “Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita…”

Kaum lelaki diberi tugas sebagai pemimpin terhadap wanita. Dia adalah pemegang amanah untuk menjaga dan memelihara kaum wanita kerana di atas bahu mereka terpikul tanggungjawab agama seperti kewajipan memberi mahar, nafkah dan didikan agama. Si ayah menjaga anak gadisnya dan si abang memelihara saudara perempuannya. Barulah terpelihara kuntuman bunga di taman larangan.

JAGA HARIPEMUDA
Pembela agama,
Dirimu dijadikan dengan kelebihan berbanding perempuan,
Bukan kekuatan tubuh dan tenaga pembeza kejadian dan
pengukur keimanan,
Diciptakanmu bersama amanah yang perlu dijunjung,
Membela kuntuman mekar di taman larangan.

HAYATI KEJADIAN DIRIMU
Dianugerahkan kekuatan berbanding wanita
Untuk melindungi
Diberikan akal yang tajam
Untuk membimbing dan mendidik
Dibekalkan agama
Untuk menyuluh jalan keimanan dan kebenaran

ANDAI PEMUDA ALPA
Tiada peribadi unggul pembela agama
Tiada pendekar gagah pembela wanita
JAGA HARI1Kerana dirimu lemah dan longlai
Dalam dakapan nikmat dunia
Lantaran lahirlah pemuda yang hilang rasa dan peka

PERSIAPKANLAH DIRIMU
Peranan besar ini tidak akan terpikul
Andai diri pemula lemah digamit keindahan duniawi
Jadilah seperti pemuda kahfi yang kental mempertahankan
iman
Contohilah pemuda ukhdud yang tidak gentar walau
diancam nyawa
Kalian masih punya masa dan ketika
Kerana Allah sentiasa rindukan hamba-Nya untuk kembali
kepada-Nya

 

 


Oleh Noorjehan Baharudin
Sumber artikel daripada majalah Gen-Q isu 6

 


 

Noorjehan binti Baharudin

Lulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah Universiti al-Azhar. Mempunyai pengalaman dalam bidang kepimpinan dan perguruan. Pernah terlibat dalam penulisan majalah. Kini berkhidmat sebagai guru di Sekolah Menengah Agama Nurul Iman di Selangor.

 

Klik imej di bawah untuk mendapatkan koleksi buku penulis ini di Addeen Online Store.

  

Kembali ke atas