Menu

 

A+ A A-

SUAMI DIDESAK JATUHKAN TALAK

Kerana Isteri Meleter

Seorang isteri meleteri suaminya dan mendesak agar menceraikannya. Tidak tahan dengan leteran itu, si suami akhirnya melafazkan talak dengan berkata: “Sebab kamu mahu sangat, sekarang aku ceraikan engkau!” Adakah jatuh talak itu?

 

 

Jawapan: Ya, isteri itu tertalak dengan satu talak.

NASIHAT: Talak milik suami. Walau bagaimana kuat desakan yang dibuat oleh isteri, ia sepatutnya tidak mempengaruhi peranan, amanah dan kuasa suami untuk menentukan nasib ikatan perkahwinan. Oleh yang demikian, seorang suami perlu mempunyai jiwa yang kuat dalam mempertahankan keutuhan rumah tangga. Sekadar desakan isteri tidak seharusnya menjadi alasan untuk menjatuhkan talak. Tentunya terdapat rahsia dan hikmah kenapa hak talak diberikan kepada lelaki.

TAMBAHAN: Perlu diingatkan juga bahawa tidak wajar bagi isteri meminta diceraikan tanpa sebab yang munasabah. Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Mana-mana wanita yang meminta talak suaminya tanpa alasan yang diizinkan, maka haram baginya bau syurga.” (Riwayat Ahmad) Jika isteri mempunyai sebab munasabah untuk menuntut cerai, maka terdapat beberapa jalan yang disediakan seperti perceraian melalui arahan hakim, khuluk dan fasakh.

CERAI2Bukan Niat Cerai

Bagaimana pula jika talak itu dilafazkan tanpa niat sebenar untuk menceraikannya? Si suami hanya sekadar untuk menghentikan desakan itu sahaja.

Jawapan: Jika lafaz talak itu sarih (jelas), maka talak tetap jatuh walaupun dengan niat untuk meredakan kemarahan isteri. Berdasarkan kes yang diajukan, lafaz “cerai” yang digunakan itu termasuk dalam lafaz sarih. Maka talaknya jatuh.

CERAI

CERAI3NASIHAT: Jika pasangan yang terlibat keliru dengan status perceraian, rujuklah segera kepada pihak berkuasa agama bagi membuat penentuan sama ada berlaku talak atau tidak. Tindakan ini perlu bagi mengelakkan dosa akibat syubhah serta memastikan pihak yang berhak menerima haknya dengan adil. Sabda Rasulullah maksudnya: “Tiga perkara yang seriusnya dikira serius dan main-mainnya juga dikira serius: Nikah, talak dan rujuk.” (Riwayat Abu Dawud)

Bukan Talak Paksa

Tetapi bukankah kes ini boleh dianggap sebagai terpaksa?

Jawapan: Dalam Islam, sesuatu yang dibuat kerana terpaksa tidak memberi kesan hukum. Tidak. Sekadar untuk menghentikan leteran isteri tidak mencapai tahap terpaksa.

HURAIAN: Memang benar bahawa talak oleh seorang suami yang dipaksa untuk melafazkan talak adalah tidak jatuh. Sabda Rasulullah maksudnya: “Tiada talak dalam ighlaq (paksaan).”(Riwayat al-Hakim) Dalam hadis lain Rasulullah bersabda maksudnya: “Dimaafkan daripada umatku (perbuatan) tersalah, terlupa dan apa-apa yang mereka dipaksa untuk melakukannya.” (Riwayat al-Tabarani) Namun paksaan yang diambil kira oleh syarak mestilah memenuhi syarat-syaratnya: Jika sesuatu talak secara paksaan memenuhi syarat di atas, maka sesuatu talak itu tidak jatuh dan ikatan perkahwinan pasangan suami isteri dianggap masih wujud.

Wallahu a‘lam.

 

 

Dr. Fathi Yusof

Sumber artikel daripada majalah Al-Ustaz Isu 11

 


 

Ustaz Fathi Yusof

Beliau adalah lulusan Sarjana Muda Undang-undang dan Syariah, serta Doktor Falsafah Undang-undang UIAM. Kini bertugas sebagai Pensyarah Kanan dan Felo Penyelidik Undang-undang Islam di Pusat Penyelidikan Fiqh Sains dan Teknologi (CFiRST), Universiti Teknologi Malaysia. Membuat kajian dan penulisan dalam bidang undang-undang Islam, perlembagaan dan kekeluargaan. Beliau boleh dihubungi di alamat e-mel fathiyusof@gmail.com. Antara blog beliau ialah http;//abimuslih.wordpress.com

 

Klik imej di bawah untuk mendapatkan koleksi buku penulis ini di Addeen Online Store.

Kembali ke atas