Menu

 

A+ A A-

SIKAP KITA MENGHADAPI IKHTILAF

Tingkatkan Ilmu

SOALAN: Saya selalu terfikir, mengapa umat Islam berpecah menjadi beberapa aliran dan mazhab? Mengapa kita tidak berusaha untuk bersatu dalam satu aliran sahaja?

JAWAPAN

Musuh sebenar umat Islam bukanlah perbezaan aliran dan mazhab. Fenomena ini telah berlaku sejak ratusan tahun lalu dan tidak dapat dielakkan. Musuh kita yang lebih patut kita ambil perhatian ialah kejahilan dan kesombongan.

Kejahilan membuat kita menuduh sesat setiap pendapat yang berbeza dengan pegangan kita. Padahal, apabila dikaji lebih dalam, pendapat itu ternyata berasal daripada ulama-ulama kita juga. Cuba kita lihat masalah qunut. Kita sering menuduh orang yang tidak membaca doa qunut sebagai Wahabi. Padahal jika kita kaji dan pelajari, ternyata terlalu ramai ulama yang tidak melakukan qunut Subuh. Mereka bukan ulama sesat, mereka pun bukan Wahabi.

Tidak melakukan qunut dalam solat Subuh ialah pendapat muktamad mazhab Hanafi dan Hanbali. Bahkan dalam kalangan mazhab Syafii sendiri terdapat ulama yang tidak melakukannya seperti Muhammad bin Abdul Malik al-Karaji. Imam al-Subki pernah meninggalkan qunut beberapa masa sebelum kembali melakukannya apabila menemukan dalil yang kuat.

Kesombongan pula, ia akan menutup hati kita daripada berusaha memahami pendapat dan sudut pandang pihak lain. Kebanyakan kita memang mendengar hujah-hujah mereka, tetapi untuk membantahnya, bukan untuk memahaminya. Akibatnya, hati kita tidak pernah terbuka untuk perbezaan selama-lamanya.

sikap-kita-menghadapi-ikhtilaf-2

Jangan Ulang Sejarah

SOALAN: Apa sikap kita apabila mendengar seorang ustaz suka merendahkan pendapat lain dan menghukum sesat setiap orang yang tidak sefahaman dengannya?

JAWAPAN

Sikap ini sungguh tidak bijak. Tiada manfaat yang akan diperoleh selain permusuhan dan pertengkaran. Dan fenomena ini hanya akan melemahkan umat Islam dan membuka jalan bagi musuh Ahli Sunnah untuk menyebarkan pengaruh mereka.

Sejarah menyaksikan banyak sekali insiden berdarah akibat kegagalan pengikut Ahli Sunnah menangani perbezaan. Beberapa kekacauan berlaku antara pengikut aliran Asy’ari dan aliran Hanbali (salafi). Mereka saling menuduh, memfitnah bahkan membunuh satu sama lain. Insiden berdarah sebegini sangat banyak. Sebahagiannya seperti berikut: Rasulullah melarang kita “jatuh ke lubang yang sama dua kali.” (Riwayat Muslim) Justeru kita wajib memastikan peristiwa buruk ini tidak berulang kembali di masa sekarang.

Salah satu caranya adalah dengan selalu mempraktikkan sikap berlapang dada, memperbesar persamaan, mengetepikan perbezaan, dan menyebarkan kasih sayang kepada setiap Muslim. Lebih penting daripada itu, jagalah lisan kita daripada mencela, mencemuh dan menuduh orang yang berbeza pendapat dengan kita.

Bahaya Takfir

SOALAN: Belum lama ini saya terbaca dalam laman sosial seseorang yang terlihat sebagai tokoh agama mengkafirkan seorang pendakwah terkenal di negeri kita. Apa pandangan ustaz?

JAWAPAN

Takfir (menghukum kafir) seorang Muslim sangat berbahaya.

sikap-kita-menghadapi-ikhtilaf-3

 

Ia bukan setakat lontaran lisan, akan tetapi membawa akibat yang sangat besar dalam hukum Islam. Apabila seseorang dihukumkan kafir, maka darah dan hartanya menjadi halal. Jika ia mati, jenazahnya tidak boleh dikuburkan di perkuburan orang Islam. Dan di akhirat nanti ia akan masuk neraka selama-lamanya.

Justeru, seorang Mukmin mesti berhati-hati dalam penggunaan kalimat ini. Apalagi, Rasulullah telah mengingatkan: “Siapa yang mengatakan kepada saudaranya “wahai kafir”, maka tuduhan itu akan menimpa salah satu daripada mereka berdua. Jika orang itu memang kafir, (maka penuduh tidak kafir). Namun jika ia tidak (kafir), maka tuduhan itu kembali kepada penuduh sendiri.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Al-Ghazali dalam Faysal al-Tafriqah telah menjelaskan bahawa kufur ialah lawan iman. Jika iman ialah mempercayai apa-apa yang disampaikan oleh Rasulullah kepada umat, maka kufur ialah mendustakan perkara yang disampaikan oleh Rasulullah.

Usul dan Furuk

Beliau turut membahagi perkara akidah menjadi dua bahagian, iaitu usul (prinsip) dan furuk (cabang). Mengingkari perkara usul membawa kepada kekufuran. Sementara mengingkari perkara furuk mungkin dinilai sesat ataupun salah, namun tidak kafir. Perkara usul itu ialah iman kepada Allah, rasul-rasul dan hari kebangkitan. Adapun selainnya, maka dikira perkara furuk dalam akidah.

Berkata al-Ghazali: “Tidak dihukumkan kafir dalam perkara furuk melainkan dalam satu keadaan sahaja, iaitu mengingkari satu perkara agama yang telah diketahui berasal dari Nabi secara mutawatir.” Contohnya apabila seseorang mengingkari bahawa Kaabah yang di Makkah sekarang ini bukan Kaabah yang diperintahkan untuk kita mendatanginya dalam ibadah haji. Ini kufur sebab perkara ini telah sabit secara mutawatir.

sikap-kita-menghadapi-ikhtilaf-4

sikap-kita-menghadapi-ikhtilaf-6

sikap-kita-menghadapi-ikhtilaf-7

Tugasan Awam

SOALAN: Dalam sebuah kuliah maghrib di surau, seorang ustaz berbincang tentang hakikat al-Quran, adakah ia makhluk atau tidak? Selama satu jam beliau berbicara dengan istilah-istilah yang saya tidak faham sedikit pun. Saya berusaha untuk faham, namun tetap tidak faham juga. Bolehkah ustaz jelaskan perkara ini?

JAWAPAN

Perbahasan yang anda sebutkan ini termasuk dalam kajian ilmu kalam yang sangat rumit. Perbahasan ini telah terkubur dalam lipatan sejarah, dan tidak lagi relevan untuk dibangkitkan semula pada zaman sekarang.

Perbincangan rumit sebegini tidak sesuai disampaikan dalam sesi kuliah maghrib yang sangat terhad masanya. Ia lebih layak disampaikan dalam ruang kelas di universiti untuk pelajar-pelajar sepenuh masa. Para pendengar kuliah maghrib di masjid dan surau kebanyakannya orang awam yang tidak mendalami agama secara akademik. Mereka sebaiknya dijauhkan daripada perbincanganperbincangan perbincangan ilmu kalam yang sukar difahami. Dibimbangi mereka akan tersalah faham, lalu terjatuh dalam kekufuran tanpa sedar.

sikap-kita-menghadapi-ikhtilaf-5

Berkata Imam al-Ghazali dalam Ihya: “Semua dosa besar yang dilakukan orang awam lebih baik daripada mereka berbicara tentang ilmu yang mereka tidak kuasai, terutamanya ilmu tentang Allah dan sifat-sifat-Nya.” Tugasan utama seorang pendakwah ialah memberikan ilmu yang bermanfaat bagi peningkatan iman dan perbaikan amalan orang awam. Bukannya mendedahkan mereka kepada perbahasan yang tidak terjangkau akal mereka dan tidak mendekatkan mereka kepada Allah.

Kepada orang awam, saya nasihatkan untuk tidak terlibat dalam perbincangan ini. Ianya tidak bermanfaat bagi anda. Malah ia dapat merosak hati dengan pelbagai perdebatan yang tidak perlu. Al-Ghazali berkata: “Tugasan orang awam seharusnya ialah menyibukkan diri dengan ibadah, mengimani apa yang terdapat dalam Al-Quran, dan menerima apa yang disampaikan oleh Rasulullah tanpa berbahas tentangnya.”

sikap-kita-menghadapi-ikhtilaf-8

Tegur, Jangan Bertengkar

SOALAN: Bagaimana sikap kita jika mendengar seseorang menggunakan hadis palsu sebagai dalil akidah dan hukum?

JAWAPAN

Ulama ahli sunnah sepakat bahawa hadis palsu haram diriwayatkan kecuali dijelaskan statusnya. Siapa yang menyebutkannya kepada orang awam, maka ia berdosa kerana menisbahkan sesuatu ucapan dusta kepada Nabi.

Rasulullah bersabda: “Siapa yang meriwayatkan daripadaku sebuah hadis yang ia mengetahuinya sebuah dusta, maka ia pun dikira salah seorang pendusta.” (Riwayat Muslim) Berbalik kepada soalan saudara, berikut ini langkah-langkah yang boleh anda lakukan:

1. Pastikan terlebih dahulu hadis yang beliau sampaikan sememangnya palsu. Saudara mesti sedar, terkadang berlaku ikhtilaf dalam penilaian hadis. Penilaian seorang ahli hadis kadang tidak dipersetujui oleh ulama yang lain.

2. Jika ada telah pasti, tegurlah ia dengan berhikmah. Jangan menyalahkan, apalagi mencela.

3. Jika ia tidak menerima ucapan anda, usahlah bertengkar. Kewajipan telah gugur daripada bebanan anda.

Dalam kitab al-Adab al-Syar’iah, diceritakan seseorang bertanya kepada Imam Ahmad: “Jika aku berada dalam suatu majlis, dan tidak seorang pun yang mengetahui sunnah dalam majlis itu kecuali diriku, lalu seorang ahli bidaah berbicara. Bolehkah aku membantahnya?” Imam Ahmad menjawab: “Beritahukanlah sunnah itu, namun jangan bertengkar.” Semoga kita dapat meneladani adab dan akhlak ulama salaf yang menjadi ikutan kita ini.

sikap-kita-menghadapi-ikhtilaf-9

sikap-kita-menghadapi-ikhtilaf-10

Hadis Lemah

SOALAN: Bagaimana dengan hadis lemah? Jika ada seseorang yang berhujah atau beramal dengan hadis lemah, bolehkah saya menegurnya?

JAWAPAN

Hadis lemah ialah sebuah hadis yang tidak memenuhi syarat-syarat kesahihan riwayat sama ada kerana sanadnya terputus, terdapat ‘illat (cacat yang halus), syaz, munkar ataupun cacat-cacat yang lain. cukup sukar menjelaskan hakikat hadis lemah dalam kesempatan yang terhad ini.

Cukup kita ketahui, hadis lemah bertingkat-tingkat. Dan hokum penggunaannya dalam hujah dan amalan pun berbeza-beza mengikuti tingkatan tersebut:

  • Palsu (mawdu’). Ini tingkatan yang paling rendah. Ia haram diriwayatkan, disampaikan dan diamalkan. Munkar, syaz, muallal. Hadis dalam kategori ini mengandungi cacat yang sangat parah sehingga tidak boleh dijadikan hujah dan amalan. Mursal, munqati. Hadis ini dalam kategori ini mengandungi cacat yang ringan, justeru sebahagian ulama beramal dengannya. Kebanyakan ulama tidak beramal dengan hadis ini kecuali kandungannya disokong oleh dalil-dalil yang lain.
  •  

Jika seseorang meriwayatkan hadis lemah, anda boleh menegurnya setelah memastikan tiga perkara ini:

1. Anda memastikan hadis tersebut termasuk kategori pertama ataupun kedua.

2. Jika hadis berkenaan termasuk kategori ketiga, anda wajib memastikan tidak ada dalil lain yang menyokong hadis tersebut sama ada mafhum al-Quran, hadis, ijmak, qiyas, fatwa ulama dan lain-lain.

3. Anda juga wajib memastikan permasalahan yang dibincangkan berkenaan dengan akidah ataupun hukum. Jika permasalahan itu hanya berkaitan dengan aspek adab, akhlak ataupun kelebihan beramal (fadail a’mal), maka kebanyakan ulama membolehkan beramal dengan hadis lemah selagi mana ia termasuk dalam kategori ketiga.

Tugasan ini hanya dapat dilakukan oleh ulama sahaja. Jika anda memiliki kemampuan ini, silakan anda melakukannya. Jika tidak, maka memalingkan perhatian kepada amal yang bermanfaat tentulah lebih baik.

Wallahu a‘lam.

USTAZ UMAR MUHAMMAD NOOR     

Sumber artikel daripada majalah al-Ustaz isu No.19


Umar Muhammad Noor

Lahir di Bekasi, Indonesia. Lulusan B.A. Usuluddin (TafsirHadis) dari UIN Syarif Hidayatullah, Jakarta dan Sarjana Usuluddin (Hadis) di Universiti Omm Durman, Sudan. Berpengalaman belajar daripada ulama-ulama Damaskus, Syria dari 2002-2008. Kini sebagai pensyarah Usuluddin dan Syariah di Kolej Marsah, Johor Bahru.

 

Klik imej di bawah untuk mendapatkan koleksi buku penulis ini di Addeen Online Store.

  

 

Kembali ke atas