Menu

 

A+ A A-

TAPAI HALAL ATAU HARAM?

SOALAN: Saya pernah membaca bahawa hukum memakan tapai itu adalah harus selagi ia tidak memabukkan. Bolehkah ustaz huraikan perkara ini?

JAWAPAN

Berkenaan dengan hukum memakan tapai, hukumnya harus berdasarkan beberapa perkara:

1. Tiada dalil yang khusus menunjukkan tapai daripada apa juga asalnya haram dimakan.

2. Berdasarkan uruf iaitu adat dan budaya setempat. Di Nusantara, tapai merupakan salah satu makanan tradisi bagi masyarakat Melayu. Namun ia tidak sampai ke tahap makanan yang digunakan untuk menjadi mabuk seperti arak. Walaupun begitu, sekiranya tapai tersebut telah bertukar kepada bahan peringkat berikutnya, ia boleh menjadi arak yang boleh memabukkan. Pada waktu itu, tapai (airnya) tersebut telah bertukar menjadi arak dan memabukkan, maka ia haram.

3. Terdapat hadis Nabi s.a.w yang menyebut bahawa penyediaan ‘nabidz’ iaitu nira daripada perahan buah-buahan, bijian seperti anggur, kurma dan sebagainya adalah halal. Dan ia boleh bertukar menjadi haram apabila bertukar kepada arak.

Ini bersandarkan hadis Ibnu Abbas berkata: “Biasanya Rasulullah dibuatkan nabidz (nira) pada permulaan malam dan Baginda meminumnya di waktu pagi hari itu dan malamnya, pada pagi (esoknya) dan malam berikutnya, serta keesokannya lagi sampai waktu Asar. Jika masih berbaki, maka Baginda berikan kepada pelayan atau Baginda membuangnya.” (Riwayat Muslim)

Ini menunjukkan nabidz yang harus diminum adalah selama tiga hari. Kesimpulannya, tapai hukumnya halal selagi ia tidak memabukkan. Kerana tujuan tapai dibuat adalah sebagai makanan tradisi (atau pemanis mulut) dalam masyarakat Melayu dan bukan untuk tujuan mabuk.

Hukum Bangkai

SOALAN: Saya melihat di rumah rakan-rakan saya ada yang menjadikan tanduk haiwan sebagai hiasan rumah. Saya terfikir bukankah tanduk haiwan itu dikira bangkai. Dan apakah hukum menggunakan anggota luaran bangkai haiwan?

JAWAPAN

Pada asasnya, bangkai adalah termasuk dalam kategori perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah untuk digunakan oleh umat Islam. Hal ini berdasarkan daripada surah al-Maidah ayat 3 yang bermaksud:

“Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi (termasuk produk daripadanya) dan haiwan yang disembelih atas nama selain Allah.”

Berdasarkan ayat di atas, terdapat perbezaan ulama dalam mengeluarkan hukum tentang bangkai yang dimaksudkan iaitu:-

tapai-halal-atau-haram-5

Dalam hukum di atas, akan terdapat perbezaan standard dan piawaian yang ditetapkan oleh negara-negara bermazhab Syafii dan Maliki, dengan negara-negara yang bermazhab Hanafi berkenaan anggota luaran bangkai haiwan. Hal ini kerana anggota luaran tersebut bukan hanya digunakan sebagai kegunaan luaran sahaja, tetapi ia boleh digunakan untuk mengeluarkan hasil produk yang lain seperti gelatin dan enzim.

Kesimpulannya, anggota luaran bangkai haiwan adalah halal kecuali daripada haiwan yang diharamkan memakannya dan juga haiwan yang disembelih tidak mengikut hukum syarak.

Wallahu a‘lam.

tapai-halal-atau-haram-3

tapai-halal-atau-haram-4

USTAZ FAHRUL IRFAN ISHAK

Sumber artikel daripada majalah al-Ustaz isu No.19


Fahrul Irfan bin Ishak

Lulusan B.A (Hons) Syariah Islamiah Universiti al-Azhar Mesir. Kemudian memperolehi Master of Comparative Laws, IIUM. Kini sedang mengikuti pengajian PhD in Halal Product Managemenet, UPM. Bertugas sebagai pensyarah di Universiti Kuala Lumpur-MITEC

Kembali ke atas