Menu

 

A+ A A-

INGAT, IA SEMAKIN HAMPIR!

“BIMBANG saya lihat apa yang berlaku pada zaman kini. Biarpun seksa yang Allah timpakan kepada kaum ‘ad dan thamud mustahil untuk berlaku kini, namun terlalu banyak kejadian pelik dan luar biasa terjadi. Lihat sahaja kes zina, buang anak, rasuah, pembunuhan dan pelbagai lagi, seolah-olah manusia bertindak tanpa kewarasan akal!”

Fantasi vs Realiti

Filem 2012 yang dihasilkan oleh pihak barat benar-benar meninggalkan kesan kepada penduduk dunia, bukan sahaja dalam kalangan masyarakat di barat, bahkan orang islam itu sendiri. Sejauh mana filem tersebut memberi impak ketakutan dan kegusaran dalam setiap hati manusia yang mengetahui tentang ‘kehancuran dunia’? Begitu mudah hati manusia digoncangkan!

Tetapi, itu hanya rekaan orang bukan islam tentang kiamat ini. Peringatan tentang kehancuran bumi ini boleh kita lihat dengan perkara yang benar-benar terjadi. Di mana? Peristiwa Disember 2004 di Aceh, indonesia cukup memberi kesan kepada manusia tidak kira di mana mereka berada tentang bagaimana dalam tempoh masa yang pendek, banyak nyawa terkorban dan bandar yang dilanda ombak tsunami hancur dengan sekali bawaan ombak tersebut.

Begitu juga dengan tsunami yang melanda negara Jepun. Biarpun mempunyai pelbagai teknologi canggih yang dapat mengesan bila gempa bumi akan berlaku, juga bangunan dan rumah yang dilengkapi binaan anti gempa, namun kuasa Allah s.w.t. Maha Besar dan Maha Agung. Nah, inilah realiti daripada Allah yang seharusnya menimbulkan rasa insaf dalam setiap hati manusia.

Gambaran daripada Al-Quran

Sebenarnya, peringatan tentang kedatangan hari kiamat ini telah lama diberi gambaran kepada umat manusia. Orang yang mengaku bahawa dia islam dan berpegang teguh terhadap al-Quran dan hadis seharusnya mengambil berat tentang apa yang akan berlaku. Mari kita perhatikan gambaran yang Allah turunkan kepada manusia sejak dahulu lagi tentang kiamat yang akan berlaku suatu hari nanti. Cubalah menghayati peringatan bermakna ini.

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

• “Dan apabila bulan hilang cahayanya. Dan apabila matahari dan bulan dihimpunkan bersama.” (surah al-Qiyamah 75: 8-9)

• “Apabila bintang-bintang telah dihapuskan. Dan apabila langit terbelah. Dan apabila gunungganang dihancurkan dan berterbangan.” (surah al-Mursalat 77: 8-10)

• “sesungguhnya hari pemutusan hukum itu, adalah satu masa yang ditentukan. iaitu hari ditiup sangkakala, lalu kamu (bangkit hidup) serta datang secara berkumpulan. Dan (pada masa itu) langit dibuka, maka terdapatlah beberapa pintu. Dan gunung-ganang diterbangkan ke angkasa, lalu ia menjadi seperti debu yang berterbangan.” (Surah al-Naba’ 76: 17-20)

Petanda hari kiamat

Inilah sebahagian daripada petanda-petanda apa yang berlaku pada akhir zaman ini.

 

Mari Bersiap!

Bersihkan diri dan hati, bersiap sedia untuk bertaubat.

• Memperkemaskan ibadah fardu iaitu solat, puasa, zakat dan haji

• ‘Taqarrub ila Allah’ dengan menghadiri majlis ilmu serta memperbanyakkan lagi ibadah kepada Allah.

• Menjaga hubungan dengan manusia terutama dengan ibu dan ayah.

• Menguruskan hal dunia sama ada belajar, bekerja, berniaga dan sebagainya dengan tidak melupakan akhirat.

• Membuang segala sifat mazmumah, berusaha meraih sifat mahmudah.

 

Khadijah Khalilah Abdul Rashid

Sumber artikel daripada Majalah Gen Q Isu 04


 

Khadijah Khalilah Abdul Rashid

Khadijah Khalilah Abdul Rashid dilahirkan pada 20 Mei 1987 di Serdang, Selangor. Kini menetap di Sepang, Selangor. Mendapat pendidikan di Sekolah Islam al-Amin Bangi, Sekolah Agama Menengah Hulu Langat, Sekolah Agama Menengah Bestari Subang Jaya, Universiti Mohammed V, Rabat Maghribi, Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Kembali ke atas