Menu

 

A+ A A-
Noorjehan binti Baharudin

Noorjehan binti Baharudin

Lulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah Universiti al-Azhar. Mempunyai pengalaman dalam bidang kepimpinan dan perguruan. Pernah terlibat dalam penulisan majalah. Kini berkhidmat sebagai guru di Sekolah Menengah Agama Nurul Iman di Selangor.

 

Klik imej di bawah untuk mendapatkan koleksi buku penulis ini di Addeen Online Store.

  

CINTA YANG TULUS

Sebagai seorang Muslim, kita memiliki kuasa motivasi yang sangat unggul. Setiap perkara yang kita lakukan mendapat kekuatan dan dorongan motivasi daripada kuasa yang satu ini. Walaupun kuasa ini disedut dan diambil oleh seisi makhluk dunia, namun kuasa yang maha hebat ini tidak pernah kehabisan. Malah ia terus-menerus mampu memberikan bekalan tanpa putus. Allah ialah sumber inspirasi setiap Muslim dan pencetus rasa kepuasan dalam diri Mukmin.

 

DI SEBALIK UJIAN

Pedih sungguh hatinya terkena ujian hebat yang tidak diduga. Pilu sungguh jiwanya merintih sedih mengenang diri yang dirundung malang. Air matanya berjuraian jatuh mengiringi sedih perasaan yang tidak tertanggung bebannya lagi. Dia benar-benar sedih. Sedih yang tidak terucap.

JADILAH PAGAR YANG MENJAGA PADI

KELIHATAN beberapa orang remaja lelaki lalu lintas di kaki lima di situ. Kebanyakan mereka berpasang-pasangan. Masing-masing sudah memiliki teman wanita atau teman istimewa. Sentiasa dibawa ke mana pergi dan menemani ke mana destinasi. Bebas melakukan apa sahaja lagak pasangan yang telah diijab kabul. Begitu rendahkah nilai wanita di mata mereka?

SEDIAKANLAH AMALAN YANG BAIK UNTUK DIRIMU

Alhamdulillah kita dapat meniti kehidupan di dunia ini berbekalkan segala nikmat kurniaan Allah. Segala keindahan yang terbentang dan kemewahan yang melimpah menghiasi perjalanan hidup sebagai hamba Allah.

BERSAHABAT DENGAN AL-QURAN

SITUASI 1

Malam semakin larut. Insan lain sedang lena rebah merehatkan tubuh di perbaringan. Namun mataku masih bulat memerhatikan butiran perkataan dan gambar-gambar yang terpampang di skrin komputer. Dari pagi aku terperap di bilik tanpa jemu melayari alam maya. Hanya sekadar berhenti untuk solat sebentar, makan dan minum seadanya.

SEDEKAH YANG BARAKAH

BERSEDEKAH bukannya mudah. Ia memerlukan mujahadah dan pengorbanan yang tinggi. Mungkin nampak mudah untuk menghulurkan sesuatu. Namun sebenarnya hati adalah objek sebenar sebuah pemberian, bukannya tangan yang menghulur.

INDAHNYA SEBUAH PEMBERIAN

ALLAH mengurniakan kita pelbagai pemberian yang tidak terhitung banyaknya. Andai Allah membuka bil bayaran untuk setiap pemberian-Nya, nescaya makhluk seisi alam tidak akan mampu melunaskannya. Hayatilah betapa pemurahnya Allah memberikan nikmat kepada kita tanpa sebarang syarat dan perjanjian.

INGAT ALLAH

ALLAH sering berpesan kepada kita agar sentiasa ingat kepada-Nya kerana ia sumber kekuatan seorang Muslim. Minda kita dibekalkan dengan kehebatan. Andai ia diprogramkan untuk mengingati perkara yang positif, tubuh akan terangsang dan bertindak selari dengan kehendak akal. Sebaliknya andai minda dikawal oleh perkara buruk dan memeritkan, tubuh akan resah dan tidak tenang. Mungkin juga seseorang akan jatuh sakit kerana minda yang kusut dan berserabut. Subhanallah!

DAHULUKAN IMAN

S i t u a s i 1

GEL rambut disapu di serata kepala. Rambut yang agak lebat memudahkan rambutku digayakan mengikut arus semasa. Kedua-dua belah tangan mengepit bahagian hadapan rambut. Rambutku terpacak dengan bantuan gel. Wajahku mengukir senyum setelah berpuas hati dengan gaya rambut terbaru ini.

AKAL MATI?

Bermulanya kelahiran dengan tangisan dan pengakhirannya juga demikian. Lingkaran hidup ini akan berputar sehingga terpisahnya roh dari jasad yang dipinjamkan. Segala-galanya pinjaman. Tiada sesuatu pun milik kita. Namun adakah kita sering beringat bahawa diri yang kita miliki ini sekadar pinjaman yang sampai tempohnya nanti harus dipulangkan semula kepada pemilik hakikinya?