Menu

 

A+ A A-

IKHTIAR UNTUK MENGELAK PERBUATAN SYAITAN

Di hujung desa, tinggalnya seorang pemuda yang kusut-masai di sebuah pondok kecil. Hidupnya tidak keruan sudah bertahun-tahun lamanya. Mengikut cerita orang kampung, pemuda itu terkena buatan orang.

Ceritanya lagi, dahulu pemuda itu seorang yang baik, jujur dan selalu membantu orang susah. Oleh kerana sifat baiknya itu maka seorang gadis yang telah bertunang terpikat kepadanya. Tunang si gadis tersebut mendapat tahu dan cemburu menghantui diri. Jadi, tanpa berfikir panjang, tunang si gadis pun berpakat dengan bomoh syaitan untuk mengenakan pemuda yang tidak tahu apa-apa itu.

Sebenarnya, ada ikhtiar untuk mengelak perbuatan sihir. Mengikut hadis riwayat Abu Na’im (lihat ibn Kathir: 6/419 dan Qurtubi: 10/7720), telah berkata ibn Abbas: “Rasulullah s.a.w. pernah tenat satu masa semasa hayatnya. Setelah diselidik oleh dua malaikat yang menziarahinya, ternyata Baginda terkena sihir dari seorang Yahudi, Labid bin A’sham.

Sihirnya berupa gulungan rambut yang terdiri daripada sebelas ikatan pada setiap utas. Oleh sebab itu, Allah memerintahkan agar membaca dua surah (al-Falaq dan al-Nas) yang mempunyai 11 ayat jika dicampurkan kedua-duanya. setiap satu ayat dibaca, lepaslah satu ikatan pada gulungan tersebut. Sehinggalah selesai 11 ayat dibaca dan setiap ikatan terlerai semuanya. Tubuh Rasulullah s.a.w. pun sihat kembali seperti sediakala.”

Faiz M Azhari
Sumber artikel daripada majalah Gen Q isu 7

 


 

Kembali ke atas