Menu

 

A+ A A-

ANEKA KEAJAIBAN DI ANGKASA

Allah s.w.t. mencipta langit dan bumi dengan penuh keindahan. Bumi, Allah menghiasinya dengan tumbuh-tumbuhan, gunung-ganang, lautan dan pelbagai lagi. Langit pula, Allah menghiasinya dengan bintang, bulan, matahari, nebula, komet dan lain-lain lagi.

Lubang Hitam

SOALAN : Di angkasa lepas ada satu kejadian yang disebut sebagai black hole atau lubang hitam. Saya cuma terfikir, mungkinkah kejadian ini ada disebut didalam al-Quran?

Menurut sains, black hole itu ialah satu lubang hitam di angkasa lepas yang mempunyai tahap ketumpatan yang sangat tinggi, tidak mempunyai isi padu dan mempunyai daya tarikan magnet yang sangat kuat. Disebabkan daya tarikan yang sangat tinggi, apa yang memasukinya tidak boleh terkeluar daripadanya. Hal ini menjadikannya gelap dan menyebabkan ahli astronomi susah untuk mengesannya.

Fenomena lubang hitam ini terjadi apabila ada bintang bersaiz lebih tiga kali ganda saiz matahari musnah kerana kehabisan bahan bakar. Disebabkan kehabisan bahan bakar, maka tiada haba yang dihasilkan untuk mengatasi tarikan graviti. Ini menyebabkan bintang itu musnah dengan sendirinya dan mati. Proses pemusnahan itu dipanggil supernova.

Allah berfirman, maksudnya: “Maka Aku bersumpah: Demi tempat-tempat beredarnya bintang-bintang. Dan sebenarnya sumpah itu ialah sumpah yang besar, kalaulah kamu mengetahuinya.” (Surah al-Waqiah:75-76)

Fokus kita sekarang pada makna kalimah secara harfiahnya bermaksud tempat-tempat beredarnya bintang.

Sebahagian ulama tafsir mentafsirkan kalimah ini sebagai tempat beredar bintang al-Quran manakala ada juga ulama yang mentafsirkan sebagai muncul dan terbitnya bintang. Namun di sini kita fokuskan pada sudut saintifiknya iaitu kalimah bermaksud jatuh dan bermaksud bintang.

Justeru ayat ini bukanlah semata-mata tafsiran tentang penurunan al-Quran, tetapi Allah mengilhamkan kita untuk mengkaji ayat ini dari sudut saintifiknya. Jatuhnya bintang boleh disamakan dengan musnahnya bintang. Lalu kita kaitkan dengan kejadian lubang hitam yang merupakan hasil daripada kemusnahan bintang.

Masya-Allah, berdasarkan keajaiban ini kita boleh mengetahui bahawa al-Quran itu kalam Allah, bukannya karya Rasulullah.

 1AKDA

Bintang Neutron

SOALAN : Selain daripada lubang hitam, satu lagi kesan daripada proses supernova ialah kewujudan Bintang Neutron (Neutron Stars). Adakah kejadian ini turut disebut dalam al-Quran?

Bintang Neutron ialah bintang kecil putih yang bercahaya. Bintang itu juga dipanggil sebagai Pulsars. Perkataan ini berasal daripada perkataan pulse yang bermaksud denyut. Allah berfirman dengan maksudnya: “Demi langit dan al-Tariq. Dan tahukah kamu apa itu Tariq? Itulah bintang yang menembusi (sinaran cahayanya).” (Surah al-Tariq:1-3)

Fokus kita di sini adalah pada kalimah dan   dengan kata akarnya “tarq” bermaksud detakan yang menghasilkan bunyi. Kalimah   pula bermaksud sinar cahaya bintang yang menembusi.

Di sini dapat disimpulkan bahawaialah satu bintang yang berdetak, bergerak dan sinar cahayanya menembusi kegelapan malam. Bintang Neutron ini memancarkan isyarat gelombang radio yang sangat kuat.

Pada asalnya, seorang ahli pengkaji Barat telah menemukan isyarat radio di angkasa lepas. Kemudiannya ahli astronomi yang lain telah membuat kesimpulan bahawa apabila sesuatu jisim menjadi semakin tumpat dan ia berputar pada paksinya, ia akan menghasilkan medan magnet yang lebih tinggi dan menyebabkan terpancarnya gelombang radio berbentuk kon yang sangat kuat.

Jisim yang dimaksudkan itu ialah Bintang Neutron. Bintang ini ialah hasil supernova yang menjadi pulsars yang mempunyai jisim yang paling besar dan paling laju berputar di angkasa lepas.

 

Bintang Sirius

SOALAN : Kalau tidak salah ingatan saya, dalam al-Quran ada disebutkan nama bintang Syi‘ra. Adakah terdapat kajian saintifik yang sepadan dengan hal ini?

Bintang Syi’ra itu dikenali sebagai Bintang Sirius dalam istilah umum pada hari ini. Bintang Sirius itu bintang yang paling terang cahaya di langit malam malah sinarnya boleh dilihat walaupun matahari belum tenggelam.

Bintang Sirius boleh dilihat dengan mata kasar kerana jaraknya yang sangat dekat dengan Bumi. Kedudukannya di bawah kedudukan Buruj Orion dan Canis Major.

Sebenarnya, bintang Sirius ini ialah bintang kembar yang dinamakan Sirius A dan Sirius B. Sirius A lebih besar daripada Sirius B dan boleh dilihat dengan mata kasar manakala Sirius B lebih kecil dan tidak boleh dilihat dengan mata kasar.

Menariknya, Allah telah menyentuh tentangnya melalui firman-Nya yang bermaksud: “Dan bahawa sesungguhnya, Dialah Tuhan (Pencipta) Bintang Syi‘ra.” (Surah al-Najm: 49) Lebih menarik, Allah turut memberikan gambaran tentang kedudukan dua bintang ini dalam firman-Nya: “Sehingga menjadilah jarak antaranya sekadar dua hujung busaran panah,atau lebih dekat lagi.” (Surah al-Najm:9)

Bintang ini mengorbit elips antara satu sama lain dan tempoh orbitnya adalah selama 49.9 tahun. Hal ini telah diterima oleh ahli astronomi di universiti-universiti terkemuka seperti Harvard, Ottawa dan Leicester University.

Masya-Allah, segala puji untuk Allah. Dia yang mencipta bintang Sirius dan ilmu yang digunakan untuk mendapat tempoh orbit bintang Sirius itu. Semuanya milik-Nya.

Wallahu a‘lam.

Ustaz Fauzi Abdul Hamid
Sumber artikel daripada majalah al-Ustaz isu No.8


Ustaz Fauzi bin Abdul Hamid

Lulusan B.A dalam Usuluddin dan M.A dalam Ulum Hadis di Universiti Faisalabad, Pakistan. Kini bertugas sebagai editor syariah di jabatan penerbitan Telaga Biru Sdn.Bhd. Aktif dalam berdakwah di masjid dan surau. Antara guru beliau Syeikh Tariq Jamil iaitu ulama besar Pakistan dan Syeikh Ubaidillah (mufti). 

 

Klik imej di bawah untuk mendapatkan koleksi buku penulis ini di Addeen Online Store.

Kembali ke atas