Menu

 

A+ A A-

Suami Isteri

Perkahwinan dimulakan oleh sebuah cinta, tetapi hanya disempurnakan oleh satu tanggungjawab.

Seorang isteri mengeluh mengapa suaminya sudah semakin jarang mengirim SMS berisi kata-kata cinta, sayang, rindu seperti mula-mula kahwin dahulu. Kalau adapun tidak sehangat dan sekerap dulu.

ADA seorang lelaki yang berpakaian kemas, berkarisma dan berharta. Dia berjalan dengan penuh bangga. Rakan sepejabat memuji penampilannya. Orang luar menghormatinya. Sedangkan isteri dan anaknya hidup dalam kelaparan. Jika dia pulang, anak dan isteri akan merasa susah hati. Adakah lelaki seperti ini mulia di sisi Allah?

Seorang suami mengadu. “Saya sudah jemu,” katanya seakan berbisik.“Mungkin sudah tidak cinta,” saya menduga.

“Tidak, bukan sudah tidak cinta, tapi jemu.” “Hari-hari tengok mukanya?” usik saya. Dia diam. Mengangguk tidak, menggeleng pun tidak. Begitulah antara bisikan yang pernah saya dengar. Itulah suara hati suami. Mungkin para isteri juga ada luahannya. Semuanya di sekitar rasa jemu. Jemu dengan pasangan. Apakah ini normal? Atau rasa jemu petanda rumah tangga telah retak kalaupun belum sampai ke tahap “terbelah”.

USTAZAH, usia perkahwinan kami sudah masuk 20 tahun. Semakin lama, hubungan kami terasa semakin hambar dan suram. Kami bercakap pada perkara-perkara yang perlu sahaja, itu pun selalu tegang. Selalunya saya yang kena mulakan dahulu perbualan dan cuba mencipta suasana ceria. Saya semakin bosan dengan keadaan ini! Mohon pandangan ustazah.