Menu

 

A+ A A-

AMALKAN AKHLAK MULIA

  • Ditulis oleh 
  • Kategori Petua
  • Read 9418 times

UNTUK berasa selesa dan dapat menjalani kehidupan serta dapat melakukan ibadat dengan tenang, kita amat dianjurkan supaya mengamalkan akhlak mulia. Ini bukan sahaja untuk diri kita sahaja, malah orang sekeliling kita. Amalkan:

1. Bersikap benar dan amanah. Amalkan sebaik mungkin supaya orang sekeliling berasa selesa dengan kejujuran kita.

2. Menjaga maruah diri. Amalkan sebaik mungkin supaya orang sekeliling menghormati pegangan agama kita.

3. Bersabar ketika menghadapi kesusahan. Amalkan sebaik mungkin supaya orang sekeliling sentiasa berlapang dada membantu kita.

amalkan-akhlak-mulia-1

4. Menepati dan menunaikan janji. Amalkan sebaik mungkin supaya orang sekeliling percaya dan menghormati pandangan kita.

5. Berani dan pemurah. Amalkan sebaik mungkin supaya orang sekeliling sentiasa bersama kita dalam susah mahupun senang.

6. Berlemah lembut dengan makhluk lain. Amalkan sebaik mungkin supaya orang sekeliling berasa selesa di samping kita.

7. Berasa mulia dengan keimanan. Amalkan sebaik mungkin supaya orang sekeliling menghormati dan menghargai bahawa Islam itu indah.

amalkan-akhlak-mulia-2

Teacher Ruby

Sumber artikel daripada majalah Gen-Q isu No. 8


Gen Q

Terbitan majalah berkualiti daripada Telaga Biru Sdn Bhd. Kolumnis-kolumnisnya mempunyai latar belakang pendidikan Islam yang kuat dan mempunyai keazaman untuk membimbing generasi kini ke arah keredhaan-Nya.

Antara yang menarik – Hikmatun Balighah, kolum yang mendekatkan diri generasi baru dengan al-Quran yang disertai tafsir mudah dan padat. Taman Hadis, kolum untuk memahami isi sesuatu hadis Rasulullah s.a.w. Novel Bersiri, sudut penulisan sastera yang Islamik. Uswah, kolum pelajar cemerlang yang menuntut di luar negara. Tanyalah Cikgu dan Tanyalah Ustaz, soal-jawab tentang psikologi pelajar dan juga kekeliruan dalam bab agama.

Al-Quran dan Sains, kolum tentang rahsia sains yang terkandung dalam al-Quran. Salafus Soleh, kisah sahabat yang boleh dijadikan teladan dalam mengharungi kehidupan seharian. Tip-tip, doa-doa, pengetahuan am, fiqah, amalan harian, tazkirah, motivasi dan pelbagai rencah dan rempah ratus yang mengisi ruang dalam majalah Gen-Q yang menjadikannya sebagai penyebab untuk pembaca memilikinya.

Selain itu, majalah Islamik ini digarap dengan foto serta ilustrasi yang amat menarik, sesuai untuk pembaca memahami sesuatu isu yang diketengahkan. Juga, disusuli penulisan satira dan kartun yang menggeletek hati tetapi mempunyai pengajaran dan manfaat daripadanya. Persembahan reka bentuknya pula menepati cita rasa kini.

 

Dapatkan majalah Gen-Q keluaran terbaru di Addeen Online Store!

Artikel berkaitan: « TENTANG IKATAN SILATURAHIM
Kembali ke atas