ANDAINYA RASULULLAH MASIH ADA... INGIN SEKALI MENDENGAR GURAUANNYA
- Ditulis oleh Gen Q
- Kategori Sirah Rasulullah
- Read 5619 times
KISAH 1:
ANAS bin Malik r.a. berkata: “Suatu hari, Zahir – seorang lelaki kampung (Badwi), memberikan hadiah dari kampungnya kepada Rasulullah s.a.w. Rasulullah pun membungkusnya ketika hendak pulang. Baginda berkata kepada sahabat yang lain, ‘Zahir ialah orang Badwi yang merupakan sebahagian daripada kita, dan kita pula adalah orang kota yang akan selalu menyayanginya.’ Rasulullah s.a.w. sendiri sangat menyenangi Zahir, walaupun Zahir tidak memiliki wajah yang kacak dan tampan.
Suatu ketika, Rasulullah s.a.w. menghampiri Zahir yang sedang menjual barang dagangan. Baginda terus mendakap Zahir dari belakang. Zahir yang tidak dapat melihat orang yang mendakapnya pun berkata, ‘Siapa ini? Lepaskan aku!’ Setelah itu, Zahir pun sempat menoleh dan mengetahui bahawa orang yang mendakapnya itu ialah Rasulullah s.a.w. Dengan itu, Zahir membiarkannya agar dapat didakap terus oleh insan agung yang terpilih, Rasulullah s.a.w. Kemudian secara bergurau, Rasulullah berkata, ‘Siapakah yang hendak membeli budak ini?’” (Riwayat al-Tirmizi dan Ahmad)
KISAH 2:
Hassan al-Basri berkata: “Seorang perempuan yang sudah tua menghampiri Rasulullah s.a.w. sambil berkata, ‘Wahai Rasulullah, doakanlah agar saya boleh masuk syurga.’ Baginda pun menjawab, ‘Wahai Ummu! Syurga tidak dihuni oleh perempuan yang sudah tua.’ Mendengar hal itu, perempuan itu segera beredar sambil menangis.
Maka Rasulullah berkata kepada sahabatnya, ‘Beritahu kepada Ummu itu bahawa dia tidak masuk syurga dalam keadaan tua. Allah berfi rman: Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya. (Surah al-Waqiah ayat 35-37)’” (Riwayat al-Tirmizi dan al-Tabarani).
Sumber artikel daripada majalah Gen Q Isu Perdana
Gen Q
Terbitan majalah berkualiti daripada Telaga Biru Sdn Bhd. Kolumnis-kolumnisnya mempunyai latar belakang pendidikan Islam yang kuat dan mempunyai keazaman untuk membimbing generasi kini ke arah keredhaan-Nya.
Antara yang menarik – Hikmatun Balighah, kolum yang mendekatkan diri generasi baru dengan al-Quran yang disertai tafsir mudah dan padat. Taman Hadis, kolum untuk memahami isi sesuatu hadis Rasulullah s.a.w. Novel Bersiri, sudut penulisan sastera yang Islamik. Uswah, kolum pelajar cemerlang yang menuntut di luar negara. Tanyalah Cikgu dan Tanyalah Ustaz, soal-jawab tentang psikologi pelajar dan juga kekeliruan dalam bab agama.
Al-Quran dan Sains, kolum tentang rahsia sains yang terkandung dalam al-Quran. Salafus Soleh, kisah sahabat yang boleh dijadikan teladan dalam mengharungi kehidupan seharian. Tip-tip, doa-doa, pengetahuan am, fiqah, amalan harian, tazkirah, motivasi dan pelbagai rencah dan rempah ratus yang mengisi ruang dalam majalah Gen-Q yang menjadikannya sebagai penyebab untuk pembaca memilikinya.
Selain itu, majalah Islamik ini digarap dengan foto serta ilustrasi yang amat menarik, sesuai untuk pembaca memahami sesuatu isu yang diketengahkan. Juga, disusuli penulisan satira dan kartun yang menggeletek hati tetapi mempunyai pengajaran dan manfaat daripadanya. Persembahan reka bentuknya pula menepati cita rasa kini.
Dapatkan majalah Gen-Q keluaran terbaru di Addeen Online Store!