Menu

 

A+ A A-

JOM BERINGAT: ADAB BERMASYARAKAT

  • Ditulis oleh 
  • Kategori Petua
  • Read 11717 times

HIDUP ini memerlukan kita saling membantu dan menolong sesama manusia. Ia dinamakan hidup bermasyarakat. Untuk lebih mengukuhkan pertalian masyarakat sekeliling, kita perlu juga menjalani adab tertentu.

adab-bermasyarakat-1

1. Mengajak ke arah perbuatan yang baik. Elakkan daripada mengajak kepada sesuatu yang membawa kerosakan.

2. Saling berpesan dengan kebenaran, kesabaran dan kasih sayang. Elakkan daripada perbuatan mengadu berita palsu.

3. Memuliakan anak-anak yatim. Elakkan daripada mengasing dan menyingkirkan anak-anak yang tidak berpenjaga.

4. Berbuat baik kepada jiran dan orang yang lemah. Elakkan daripada berkasar dan membenci jiran tetangga dan orang miskin.

5. Tolong menolong dalam perkara kebaikan dan ketakwaan. Elakkan daripada tidak menghadiri dalam program pemasyarakatan.

6. Memberi nasihat dalam perkara agama. Elakkan daripada meneladani kepada perkara-perkara yang mungkar.

7. Sentiasa membantu dan berjihad dengan tangan, lidah dan harta. Elakkan daripada duduk menyendiri tanpa mempedulikan orang lain.

adab-bermasyarakat-2

Teacher Ruby
Sumber artikel daripada majalah Gen-Q isu No. 8


Gen Q

Terbitan majalah berkualiti daripada Telaga Biru Sdn Bhd. Kolumnis-kolumnisnya mempunyai latar belakang pendidikan Islam yang kuat dan mempunyai keazaman untuk membimbing generasi kini ke arah keredhaan-Nya.

Antara yang menarik – Hikmatun Balighah, kolum yang mendekatkan diri generasi baru dengan al-Quran yang disertai tafsir mudah dan padat. Taman Hadis, kolum untuk memahami isi sesuatu hadis Rasulullah s.a.w. Novel Bersiri, sudut penulisan sastera yang Islamik. Uswah, kolum pelajar cemerlang yang menuntut di luar negara. Tanyalah Cikgu dan Tanyalah Ustaz, soal-jawab tentang psikologi pelajar dan juga kekeliruan dalam bab agama.

Al-Quran dan Sains, kolum tentang rahsia sains yang terkandung dalam al-Quran. Salafus Soleh, kisah sahabat yang boleh dijadikan teladan dalam mengharungi kehidupan seharian. Tip-tip, doa-doa, pengetahuan am, fiqah, amalan harian, tazkirah, motivasi dan pelbagai rencah dan rempah ratus yang mengisi ruang dalam majalah Gen-Q yang menjadikannya sebagai penyebab untuk pembaca memilikinya.

Selain itu, majalah Islamik ini digarap dengan foto serta ilustrasi yang amat menarik, sesuai untuk pembaca memahami sesuatu isu yang diketengahkan. Juga, disusuli penulisan satira dan kartun yang menggeletek hati tetapi mempunyai pengajaran dan manfaat daripadanya. Persembahan reka bentuknya pula menepati cita rasa kini.

 

Dapatkan majalah Gen-Q keluaran terbaru di Addeen Online Store!

Kembali ke atas