ANTARA KAEDAH DAN USUL
- Ditulis oleh Ustaz Ahmad Fauwaz Fadzil Noor
- Kategori Terkini
- Read 4706 times
SOALAN: Pada keluaran yang lalu, ustaz telah memberikan pendahuluan tentang ilmu usul fiqah. Kali ini, bolehkah ustaz jelaskan apakah yang dimaksudkan kaedah-kaedah fiqah dan perbezaannya dengan usul fiqah?
Jawapan
Kaedah-kaedah fiqah ataupun disebut sebagai qawaid fiqhiyah adalah teori umum yang terkandung di dalamnya masalah-masalah fiqah. Ia mengumpulkan permasalahan fiqah yang mempunyai ‘illah yang sama di bawah satu kaedah.
Hujah Atau Tidak
SOALAN: Jika begitu, adakah kaedah-kaedah fiqah boleh digunakan sebagai hujah iaitu dalil dalam menetapkan sesuatu hukum?
Jawapan
Perkara ini memerlukan perincian. Sekiranya kaedah-kaedah fiqah diambil daripada al-Quran dan sunnah, maka kita boleh berhujah dengan kaedah tersebut. Contohnya seperti kaedah al-masyaqaah tajlibu al-taysir yang disebutkan di atas. Ia diambil daripada firman Allah: “Allah tidak menjadikan kesulitan dalam agama kamu.” (Surah al-Hajj: 78)
Sekiranya sesuatu kaedah diambil daripada perkara yang diasaskan oleh fuqaha, maka terdapat dua pendapat:
1) Pendapat Ibn Farahun: Bukan hujah.
2) Pendapat al-Qarafi: Hujah. Pada pandangan saya pula, ia boleh digunakan pada masa ini. Ini kerana kita sukar mendapatkan seorang mujtahid yang mampu memahami dalil-dalil syarie dan mengeluarkan hukum daripadanya.
Pembahagian Kaedah
SOALAN: Boleh ustaz nyatakan contoh-contoh qawaid fiqhiyah ini?
Jawapan
Imam al-Sayuti meletakkan kaedah-kaedah fiqah dalam kitabnya, Al-Asybah Wa Al-Nazair yang terbahagi kepada tiga bahagian.
Buku Kaedah Fiqah
SOALAN: Boleh ustaz sebutkan pula buku-buku kaedah fiqah yang penting untuk rujukan?
Jawapan
Antara kitab-kitab kaedah fiqah yang masyhur dan boleh dipelajari ialah:
Insya-Allah, kita akan terus membincangkan dengan lebih lanjut tentang permasalahan usul fiqah pada keluaran akan datang.
Wallahu a‘lam.
USTAZ AHMAD FAUWAZ FADZIL
Sumber artikel daripada majalah al-Ustaz isu No.19

Ustaz Ahmad Fauwaz Fadzil Noor
Sarjana Muda Syariah, Universiti al-Azhar, 2004. Mendapat Sijil Kemahiran Fatwa, Darul Ifta’ Mesir, 2008. Berguru secara langsung dengan ramai ulama besar antaranya Syeikh Ali Jumaah, Mufti Mesir, Dr. Taha Jabir al-Ulwani dan Dr. Mohammad al-Zuhaili. Kini sebagai Pegawai Perhubungan Korporat dan Penasihat Syariah Pelima Media Sdn. Bhd.
Klik imej di bawah untuk mendapatkan koleksi buku penulis ini di Addeen Online Store.