Menu

 

A+ A A-

RAHSIA KEJAYAAN KHUSYUK DALAM SOLAT

DALAM Islam, solat dikaitkan secara langsung dengan kejayaan. Sama ada kejayaan dunia mahupun kejayaan akhirat. Seruan azan membuktikan hakikat itu. Seruan “marilah solat” haiya ‘alassolah, datang seiringan dengan seruan “marilah menuju kejayaan” – haiya ‘alal falah.

Hal ini menunjukkan solat itu tentu ada keistimewaan. Tentu ada unsur-unsur tertentu yang perlu dibina dalam melakukan solat bagi mencapai kejayaan. Ertinya, apabila ia dilakukan dengan betul dan tepat akan menggerakkan orang yang melakukannya mencapai kejayaan.

Malangnya, sudah ramai umat Islam yang tidak benar-benar serius dalam melaksanakan solat. Malah ada yang terus meninggalkannya atas pelbagai alasan. Jadi tidak hairanlah sekiranya pada masa kini ramai umat Islam gagal dalam hidup. Benarkah orang yang meninggalkan solat akan gagal?

Mungkin ada yang menyanggah kerana ramai juga yang meninggalkan solat tetapi mereka boleh dan telah pun“berjaya” dalam hidup. Kalau begitu apakah ukuran kejayaan menurut Islam? Persoalan ini perlu diperjelaskan kerana inilah yang membezakan penilaian Islam terhadap kejayaan berbanding dengan ismeisme yang lain.

Secara umum, kemenangan menurut ajaran Islam ialah apabila tercapainya hasanah di dunia dan hasanah di akhirat.

HASANAH DUNIA

Apakah yang dimaksudkan dengan “kebaikan (hasanah) di dunia?

Kebaikan dunia boleh tercapai apabila seseorang itu mendapat keselesaan dan kemudahan hidup sama ada pada aspek fizikal dan material.

Keperluan material dan fizikal dapat dipenuhi apabila seseorang mendapat makan dan minum yang halal dan baik–“halalan thaiyiban”, rumah yang selesa, kenderaan yang baik, pakaian yang mencukupi dan kesihatan yang baik. Dengan itu seseorang itu tidak akan digugat lagi oleh kemiskinan, kesakitan dan kesempitan hidup. Namun begitu, apa yang lebih penting usaha mendapatkan semua keperluan itu tidak melanggar akidah, syariat dan akhlak Islamiah.

Memiliki Ketenangan dan Kebahagiaan Hati (Spiritual)

Mereka yang memiliki hati yang sejahtera (qalbun salim) yang dengannya rumah tangga menjadi harmoni (baiti jannati), masyarakat penyayang, negara yang aman makmur serta mendapat keampunan Allah. Ketika itu hati itu tidak dikotori lagi oleh sifat-sifat mazmumah sebaliknya dihiasi oleh sifat-sifat mahmudah. Hasilnya, seseorang itu akan mempunyai hubungan yang akrab dengan Allah dan baik sesama manusia.

Kebaikan akhirat pula akan tercapai apabila seseorang itu:

Mendapat "Keredaan Allah"

Semasa hidup di dunia ini apatah lagi setelah mati, seseorang itu akan diterima sebagai hamba Allah dalam erti kata sebenar dan mereka telah diampunkan segala dosa dan kesalahan. Dengan itu dia dikurniakan rahmat dan pengampunan di hari akhirat kelak–Allah reda seseorang itu sebagai hambaNya.

Memasuki Syurga yang Abadi

Mendapat pembalasan syurga yang kekal abadi daripada Allah dan tinggal kekal dalam penuh nikmat selama-lamanya hasil ibadah dan perjuangannya semasa hidup di dunia.

Itulah ukuran kejayaan yang penuh dan menyeluruh mengikut ajaran Islam. Islam tidak mengiktiraf kejayaan yang serpihan dan terpisah-pisah. Walaupun dunia kerap mengiktiraf kejayaan seseorang berdasarkan kuantiti material – pangkat, nama, harta dan populariti, tetapi Islam sebaliknya, mengutamakan pencapaian kualiti hati – nilai-nilai murni,sifat mahmudah, dengan tidak menafikan keperluan kuantiti material. Bahkan seseorang juga tidak dianggap berjaya sekiranya dia dimurkai Allah dan dihumbankan ke neraka sekalipun harta, nama dan jasanya diagung-agungkan oleh manusia di dunia.

Bagaimana Caranya Mendapat Kejayaan itu?

Salah satu kaedah yang paling penting ialah dengan berusaha mencapai khusyuk di dalam solat. Ini selaras dengan firman Allah yang bermaksud: “Dan berjayalah orang Mukmin yakni orang yang khusyuk dalam solatnya...” (Surah alMukminun 23: 12)

Percayalah jika solat itu dapat dilaksanakan dengan penuh khusyuk, insyaAllah seseorang akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.

ERTI KHUSYUK

Apakah erti khusyuk? Pada umumnya ia bermaksud akur, tunduk atau patuh. Solat yang khusyuk tercapai apabila hati, fikiran, perasaan dan seluruh pancaindera tunduk patuh kepada Allah sepanjang waktu mengerjakan solat. Dan kepatuhan di dalam solat ini memberi impak kepada kepatuhan seseorang kepada Allah di luar solatnya. Pada dasarnya, khusyuk itu letaknya di hati. Jadi, hati adalah fokus atau “modal” utama dalam ibadah solat berbanding zakat (harta), puasa (berlapar) dan lain-lain. Rukun solat bukanlah semata-mata rukun qauli (perkataan) dan rukun fi ’li (perbuatan), tetapi kedua-dua rukun itu menjurus ke arah membantu hati mengingati Allah – tujuan utama solat didirikan.

Firman Allah: “Dan dirikanlah solat untuk mengingatiKu.” (Surah Taha 20: 14)

Di dalam solat, seseorang itu berhubung secara langsung dengan Allah. Sepanjang dalam solat seseorang hamba berdoa terus di hadapanNya. Sebab itu istilah solat boleh dikaitkan dengan perkataan “silah” – ertinya hubungan. Hubungan dengan Allah ini akan menimbulkan rasa-rasa tertentu di dalam hati yang kemudian membentuk hati itu akur, taat dan patuh kepada Allah. Apabila hati yang menjadi “pemerintah” itu khusyuk maka seluruh anggota manusia yang menjadi “rakyat” pun akan tunjuk patuh kepada Allah.

muslim-prayer-doorway

 ENAM LANGKAH MENUJU KHUSYUK

1. Mencari Pengertian (Faham)

Perkara ini perlu dimulakan dengan memahami makna bacaan (rukun qauli) dan erti setiap perbuatan (rukun fi ’li) di dalam solat. Bila mengucapkan takbiratulihram dan membaca surah alFatihah misalnya, makna setiap kalimatnya perlu diketahui satu persatu.

Jangan jadi “seperti burung kakak tua” yang hanya pandai menuturkan kata-kata tetapi tidak tahu apa makna dan maksudnya. Jadi, belajarlah bahasa Arab sekurangkurangnyauntuk mengetahui makna bacaan-bacaan yang wajib dan sunat dalam solat. Namun memahami makna sahaja tidak memadai, kita perlu melangkah ke tahap seterusnya.

2. Pemusatan Fikiran (Fokus)

Tahap kedua ialah pemusatan fikiran. Menghindarkan gangguan hal-hal lain sehingga fikiran, perbuatan dan ucapannya seiring – yakni terfokus sepenuhnya kepada makna bacaan dan perbuatan dalam solat. Mungkin telah memahami makna bacaan, tetapi oleh sebab tidak fokus, seseorang yang membacanya hanya umpama “orang mengingau” di dalam tidur. Sekiranya seseketika terfikir juga hal-hal lain, tapi ingatan dan fikiran tetap terikat pada tujuan solat (mengingati Allah). Keadaan ini samalah seperti orang yang sedang memandu kereta. Fikirannya tetap fokus kepada destinasi yang hendak dituju walaupun sekali-sekala ternampak juga objek-objek dan pemandangan di tepi-tepi jalan. Semua itu tidak tengganggu fokusnya.

Lain pula halnya jika ia “terlalai” dengan pandanganpandangan di tepi jalan hingga dia tidak sedar bahawa sudah terlajak jauh daripada destinasinya.

3. Membesarkan Tuhan (Rasa "Haibah")

Perlu diingat, pemusatan fikiran bukan hanya ditujukan kepada bacaan itu sahaja tetapi pada makna di sebalik bacaan itu. Ertinya, tumpuan bukan hanya pada huruf dan bercakap-cakap dengan baginda secara biasa-biasa sahaja. Apabila orang yang kenal Allah mengucapkan kalimah “Allahuakbar” misalnya, dia bukan sahaja tahu maknanya (Allah Maha Besar) hatinya turut merasai betapa hebatnya kuasa Allah yang telah mencipta dirinya, alam semesta, akhirat dan segala makhluk. Pada ketika itulah terpancarnya rasa-rasa yang seni dan indah dalam fikiran dan jiwa yang tidak mungkin terjadi di luar solat.

4. Kagum dan Takut Akan Keagungan Tuhan (Rasa Khauf)

Hasil dari merasai kebesaran Allah, maka timbul pula rasa takut dan kagum kepada-Nya. Rasa takut dan kagum kepada Allah ini tidak sama dengan rasa takut dan kagum kepada perkara-perkara yang lain. Kita takut kepada harimau kerana keganasannya, tetapi kita takut kepada Allah kerana kehebatan-Nya. Takutkan harimau, kita lari menjauhinya, tetapi takutkan Allah kita dating menghampirinya. Rasa takut akan timbul apabila seseorang gerun akan kemurkaan Allah dan neraka-Nya.

Bagaimanakah semua ini boleh tercapai sekiranya seseorang itu tidak terlebih dahulu memiliki ilmu tentang neraka, akibat dosa dan seksa Allah? Inilah sebabnya mengapa Tauhid menjadi asas dan teras sebelum fiqah dan akhlak (tasawuf). Rasa takut ini diterjemahkan dalam solat melalui perbuatan berdiri betul, kepala tunduk, mata melihat ke tempat sujud (tidak berani mendongak), rukuk serta sujud.

5. Mengharap kepada Tuhan (Rasa Raja')

Rasa takut dalam solat tidak boleh dibiarkan “sendirian”. Sebaliknya, rasa takut itu mesti diseimbangkan dengan rasa harap. Apa yang dimaksudkan dengan rasa harap? Ia adalah pengharapan seorang hamba untuk mendapat keampunan, kasih sayang dan syurga Allah. Jika rasa takut sahaja dibiarkan mendominasi jiwa dikhuatiri akan timbul sangka buruk dan jahat sangka terhadap Allah. Padahal dalam realitinya, Allah lebih suka mengampunkan dosa berbanding menyeksa hamba-Nya yang berdosa.

Oleh sebab itu, ulama berpesan dalam keadaan biasa hendaklah seseorang menyeimbangkan rasa takut dan harapnya umpama dua sayap pada burung yang membolehkannya terbang dengan stabil dan selamat. Kedudukan 50% harap, 50% takut... Jangan terlalu takut, nanti timbul sangka buruk kepada Allah. Jangan terlalu harap, nanti terjadi sikap sambil lewa serta “berangan-angan” akan keampunan Allah.

Rasa harap dalam solat ini diterjemahkan ketika solat menerusi bacaan al-Fatihah (mengharapkan jalan yang lurus), bacaan qunut (mengharap hidayah, kesihatan dan lain-lain) dan bacaan ketika duduk di antara dua sujud (mengharap keampunan, belas kasihan, ditinggikan derjat, dan lain-lain). Manakala melalui perbuatannya pula duduk bersimpuh dalam tahiyat awal dan akhir, sujud serta rukuk – semuanya melambangkan rasa pengharapan seorang hamba yang sedang meminta-minta dan merayu-rayu.

Sekali lagi, pengenalan seorang hamba terhadap sifat kasih (al-Rahman), sayang (al- Rahim), pemberi (al-Wahhab), lemah lembut (al-Latif), Pengampun (al-A’fu), dan lain-lain yang sangat diperlukan untuk menimbulkan rasa harap di dalam solat. Tidak mungkin soal rasa ini boleh timbul secara tiba-tiba tanpa didahului terlebih dahulu oleh ilmu, mujahadah dan riadah (latihan) terlebih dahulu.

6. Rasa Malu dan Hina Diri (Rasa Haya'

Rasa malu dan hina diri adalah kemuncak dimakbulkan doa ketika mata, telinga dan lain-lain pancaindera terus menerus melaksanakan maksiat? Tidak malukah kita mengharap syurga dengan amal yang sekelumit dan itu pun masih dibauri rasa riyak, ujub dan lain-lain sifat mazmumah?

Untuk rasa hina dan malu, carilah maksud yang tersirat di sebalik perbuatan rukuk dan sujud. Dengan rukuk kita menyamaratakan posisi mulut, perut dan dubur persis haiwan berkaki empat! Sewaktu sujud, kita meletakkan kepala, dahi dan muka yang sentiasa berada “di atas” (sentiasa dihormati) ke tempat yang paling bawah (tempat sujud). Manakala dubur yang sentiasa disorokkan di bawah, ketika sujud telah dijongketkan ke atas sebagai cara meleburkan kesombongan dan kebesaran diri!

Itulah antara kaedah mencapai solat yang khusyuk mengikut Imam al-Ghazali. Sebagai ingatan, ada bezanya antara solat yang khusyuk dengan solat yang sah. Solat yang khusyuk sudah semestinya sah. Tetapi solat yang sah belum tentu khusyuk. Solat yang khusyuk ialah solat yang Berjaya menyentuh dan mendidik elemen dalaman manusia – hati, akal dan nafsu.

Semua itu boleh tercapai apabila rukunrukun dalam solat (qauli, fi’li dan qalbi) mampu memberi impak kepada sistem keyakinan (belief system), pandangan hidup (worldview), asas nilai (value base), sikap seseorang dan akhirnya kelakuan seseorang.

Sebaliknya solat yang sah hanya mampu memenuhi tuntutan rukun, wajib, sunat dan sah batal solat sahaja. Ertinya, solat yang sah hanya “berlegar-legar” di permukaan diri seseorang.

Hanya solat yang khusyuk mampu “menyelam” ke dalam diri – merubah rasa hati, gaya berfikir, prinsip hidup, emosi, dan akhirnya perilaku seseorang.

Pernah satu ketika Abu Hurairah r.a bertanya kepada Rasulullah s.a.w. tentang seorang yang solat tetapi masih mencuri. Lantas baginda menegaskan bahawa solat yang dilaksanakan oleh orang itu lambat laun akan menghalangnya daripada meneruskan perbuatan jahatnya. Inilah impak solat jika benar-benar khusyuk – ia pasti merubah peribadi! Sebaliknya, solat yang tidak khusyuk tidak memberi apa-apa kesan pada perilaku seseorang. Imran bin Husain r.a. menceritakan bahawa ada seorang sahabat bertanya segala rasa yang timbul sebelumnya.

Untuk itu perlu ditimbulkan rasa berdosa kepada Allah. Apabila ada rasa berdosa maka barulah timbul rasa malu. Cara untuk menimbulkan rasa berdosa ialah dengan menimbulkan kesedaran (insaf) akan kelalaian diri, lemah melaksanakan tanggungjawab, kurang ikhlas, banyak prasangka buruk, tidak sabar dan reda dengan takdir, dan banyak “berhutang” kepada Allah.

Bagaimanakah kita boleh diterima sebagai hamba Allah, sekiranya setiap masa dan keadaan kita berlumuran dosa? Bagaimanakah boleh kepada Rasulullah s.a.w. tentang ayat al-Quran yang maksudnya: “Sesungguhnya solat itu mencegah fahsya’ dan mungkar.” Baginda menjawab, “solat itu bukanlah dikatakan solat kalau ia tidak mampu mencegah fahsya’ dan mungkar”.

Berikut adalah impak langsung solat yang khusyuk dalam menentukan kejayaan hidup seseorang. Solat yang khusyuk akan: Mengingatkan jati diri sebagai hamba Allah (rasa kehambaan). Membina rasa bertuhan (bergantung dan berharap) kepada Allah. Bertaubat atas dosa-dosa. Menyuburkan hati dengan iman dan tauhid.

Mengingatkan rasa kehambaan

Menerusi solat yang khusyuk, seseorang akan diperingatkan sentiasa akan jati dirinya yang sebenar sebagai hamba Allah. Dia tidak akan merasa dirinya sebagai tuan apalagi “tuhan” dalam hidupnya. Untuk itu dia akan sentiasa merasai sifat-sifat kehambaan seperti rasa miskin, jahil, hina, malu, lemah, dan lain-lain sifat kekurangan apabila berdepan dengan Allah. Ini secara tidak langsung membuang rasa takbur, pemarah, hasad dengki, buruk sangka dan lain-lain sifat mazmumah dalam dirinya.

Firman Allah s.w.t: “Katakanlah (Muhammad), ‘sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan seluruh alam.” (Surah al-An’am 6: 162).

Membina Rasa Bertuhan

Jika rasa kehambaan menimbulkan rasa lemah dan tidak berdaya, rasa bertuhan pula akan mendatangkan rasa gagah, berani dan optimis dalam hidup. Walau sekuat mana pun ujian hidup melanda, segalagalanya dapat diatasi dengan baik kerana adanya “talian hayat” dengan yang Maha Berkuasa dan Perkasa. Diri yang lemah akan menjadi gagah apabila hati diserahkan sepenuhnya untuk ditadbir oleh Allah.

Rasa bertuhan juga menimbulkan harapan dan impian yang sentiasa hidup dan menyala-nyala. Inilah “booster” utama dalam usaha meraih kejayaan – keep hope alive! Firman Allah, “Dan pintalah pertolongan dengan sabar dan mengerjakan solat.” (Surah al-Baqarah)

Bertaubat atas dosa-dosa

Semua manusia berdosa dan sebaik-baik orang yang berdosa ialah orang yang bertaubat atas dosa-dosanya, demikian maksud hadis. Manakala orang yang melakukan solat, setiap kali dia menyucikan diri dengan berwuduk seumpama mandi lima kali di sungai yang jernih airnya. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Apa pandangan kamu, sekiranya ada sebatang sungai di hadapan rumah salahseorang daripada kamu, lalu dia mandi lima kali sehari, apakah masih terlekat kotoran pada tubuh badannya?” Para sahabat menjawab: “Tidak akan ada lagi sebarang kotoran.” Kata baginda lagi: “Begitulah perumpamaan bagi solat lima waktu, Allah menghapuskan segala kesalahan hamba-Nya.” (Riwayat Abu Hurairah) Tentulah tatkala itu seseorang yang melakukan solat akan suci dirinya daripada dosa. Hal ini penting kerana dosa itu adalah penghalang ataupun umpama racun dalam hidupan.

Selain itu solat yang khusyuk, secara automatik menimbulkan penyesalan terhadap perlakuan dosa, lantas berazam untuk tidak mengulanginya dan diiltizamkan untuk memberhentikannya. Inilah antara syarat-syarat taubat yang terangkum bersama solat yang khusyuk.

Menyuburkan Hati

Hati umpama bateri yang boleh kehabisan “kuasa”. Dengan solat yang khusyuk bateri hati akan “dicaj” semula. Hal ini kerana solat yang khusyuk benar-benar menepati kehendak zikrullah – yang membekalkan ketenangan dan keperkasaan untuk hati. Hidup yang acap kali meletihkan, menjemukan, mengecewakan akan dapat dihadapi dengan baik sekiranya hati mempunyai “back up” daripada satu kuasa yang Maha Besar dan Perkasa. Siapa lagi kalau bukan Allah? Dan inilah hadiah terbesar untuk orang yang khusyuk. Hatinya akan “berehat” daripada stres, “tension” dan “boring”. Firman Allah s.w.t: “Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu di dalam hatimu dengan merendahkan diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya) dan dengan tidak pula menyaringkan suara pada waktu pagi dan petang. Dan janganlah engkau tergolong dari kalangan orang-orang yang rugi.” (Surah al-A’raf 7: 205)

Apabila keempat-empat kesan ini ada pada peribadi seorang – kejayaan sudah berada di dalam genggaman. Inilah kekayaan, kekuatan, kehormatan, kebahagiaan yang dicari-cari oleh setiap manusia dalam kehidupan. Berusahalah sedaya upaya dengan tadbir dan kudrat sebagai insan, tetapi jangan lupa bersandar kepada takdir dan iradat Tuhan. Mari kita tempuh badai kehidupan dengan roh seruan azan – marilah sembahyang, marilah menuju kejayaan. Work smart, pray hard! ¤.

 

Oleh Pahrol Mohamad Juoi

Sumber artikel daripada majalah Solusi Isu 10

 


 

Pahrol Mohd Juoi

Seorang penulis buku, kolumnis majalah, pencipta lirik dan skrip, serta pengacara tv dan jurulatih berkelulusan UiTM, Shah Alam. Beliau berpengalaman mengendalikan program latihan dan motivasi untuk lebih 50 badan kerajaan dan swasta. Kini beliau sebagai Pengurus Besar dan Pengarah Penyelidikan di Fitrah Perkasa Sdn. Bhd. Bukunya Tentang Cinta mendapat sambutan yang baik di  kalangan remaja terutamanya pelajar pusat pengajian tinggi.

 

Klik imej di bawah untuk mendapatkan koleksi buku penulis ini di Addeen Online Store.

  tbbk1289

GB0213  TBBK1267

 

 

Kembali ke atas