Menu

 

A+ A A-

AYUH FIKIR

JANGAN MANIPULASI AGAMA

Seorang lelaki tinggal di rumah sewanya yang semakin usang. Kayu atapnya telah reput dan mula hancur sedikit demi sedikit. Ketika pemilik rumah sewa itu datang untuk mendapat bayarannya, si penyewa itu berkata: “Perbaikilah atap rumah yang sudah rosak ini.” Pemilik rumah menjawab: “Jangan bimbang. Tidak akan berlaku apa-apa. Atap ini hakikatnya sedang bertasbih kepada Allah.” Mendengar jawapan itu, lelaki si penyewa itu membalas: “Saya cuma bimbang kalau-kalau atap yang berzikir ini tiba-tiba amat takut kepada Allah lantas ia tersungkur sujud!”

Pengajaran

Jangan sekali-kali menggunakan hujah agama untuk memperjuangkan kepentingan diri. Justeru, akan ada orang yang lebih alim untuk mematahkan hujah itu dengan mudah, lantas kejahilan dan kedegilan kita akan lebih terserlah.

USAH GUNDAH, SERAH KEPADA ALLAH

Ibrahim bin Adham melihat seorang pemuda sedang bersedih, lalu dia bertanya kepadanya: “Wahai anak muda, saya ingin bertanya kepadamu tiga soalan. Tolong jawab dengan jujur.” “Baiklah,” jawab pemuda itu. Lalu Ibrahim Adham bertanya: “Adakah sesuatu yang berlaku di dunia ini terjadi tanpa kehendak Allah?” Dia menjawab: “Tidak sama sekali!” Ibrahim bertanya lagi: “Adakah ajal yang telah ditetapkan oleh Allah kepadamu akan terlewat biarpun sekejap sahaja?” Dia menjawab:”Tidak sama sekali!” Mendengar semua jawapan pemuda itu, akhirnya Ibrahim bin Adham berkata: “Kalau demikian, apa yang kamu susahkan?

Pengajaran

Keyakinan kepada Allah ialah penawar paling mujarab untuk mengatasi kesedihan dalam menghadapi ujian dunia. Setelah berusaha untuk mengatasi masalah, terimalah apa jua akibat atau hasilnya, kerana pasti ada kebaikan yang tersirat di sebaliknya.

MANIPULASI 1

 

 

Pahrol Mohamad Juoi

Sumber artikel daripada Majalah Al-Ustaz Isu 3

 


 

Pahrol Mohd Juoi

Seorang penulis buku, kolumnis majalah, pencipta lirik dan skrip, serta pengacara tv dan jurulatih berkelulusan UiTM, Shah Alam. Beliau berpengalaman mengendalikan program latihan dan motivasi untuk lebih 50 badan kerajaan dan swasta. Kini beliau sebagai Pengurus Besar dan Pengarah Penyelidikan di Fitrah Perkasa Sdn. Bhd. Bukunya Tentang Cinta mendapat sambutan yang baik di  kalangan remaja terutamanya pelajar pusat pengajian tinggi.

 

Klik imej di bawah untuk mendapatkan koleksi buku penulis ini di Addeen Online Store.

  tbbk1289

GB0213  TBBK1267

 

 

Kembali ke atas