Menu

 

A+ A A-
Ustaz Badli Shah Alauddin

Ustaz Badli Shah Alauddin

Sarjana Muda Usuluddin dan Dakwah (Tafsir al-Quran) Universiti al-Azhar. Kini sedang melanjutkan pengajian Sarjana Sains di Universiti Malaysia Terengganu.Merupakan Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan di Jabatan Agama Islam Pahang. Mendapat bimbingan langsung kemahiran menyampaikan dakwah daripada Prof. Dr. Abd al-Mun‘im Subhi Abu Shu‘ayshi‘ Abu Dunya, tokoh ulama Mesir.

KINI MASA UNTUK E-DAKWAH

SOALAN: Saya terbaca satu artikel menarik di sebuah blog yang menyatakan perkembangan teknologi memberi ruang yang cukup besar bagi perkembangan dakwah. Mungkin ustaz ada informasi berkaitan perkembangan ini yang ingin diketengahkan?

UKHUWAH DALAM DAKWAH

SOALAN: Saya melihat ada di kalangan ustaz-ustaz ini saling bertengkar dan menuduh antara satu sama lain. Adakah ini suatu perkara yang baik? Bukankah seorang yang membawa risalah Allah sepatutnya menunjukkan contoh yang terbaik?

JAWAPAN

Bagi susuk seorang pendakwah, antara kelemahan yang paling menonjol dan paling mengkhuatirkan ialah persengketaan yang diakibatkan oleh ta’addudu al-madarisi al-fikriyyah (kepelbagaian aliran pemikiran) yang seterusnya menimbulkan pula pertentangan-pertentangan yang tajam sehingga menenggelamkan hakikat persamaan risalah dan juga matlamat.

Pertentangan-pertentangan yang tajam di kalangan pendakwah ini adalah suatu aib besar yang diakibatkan oleh sikap fanatik terhadap pemikiran kelompok sendiri, tiada kesediaan untuk menghormati pendapat orang lain, gagal untuk membezakan antara persoalan haq dan batil dengan persoalan betul dan salah.

Sebenarnya, penyakit al-‘ijab bil ra’yi (penyakit mengkagumi pendapat sendiri) ini sedang menyerang sebahagian dari pendakwah sehingga mereka tidak dapat lagi mewarisi sikap dan adab para imam fuqaha yang berselisih pendapat dalam persoalan-persoalan yang demikian banyak, namun mereka tidak pernah mendabik dada sebagai pemonopoli kebenaran; sebaliknya berpendirian: “Pendapatku mungkin betul, tapi masih berkemungkinan salah. Pendapat orang lain salah, tapi mungkin juga betul.”

Gara-gara penyakit inilah maka ketika ini kita menyaksikan suasana yang amat menyayat, gamatnya pertelagahan dikalangan pendukung dakwah hingga mengakibatkan terabainya tanggungjawab bersama untuk menyelesaikan masalah-masalah umat kerana seluruh tenaga mereka tertumpu dalam polemik, “politiking” dan perlumbaan menambahkan bilangan penyokong masing-masing.

Sedar atau tidak, dunia dakwah di tanah air kita hari ini menerima tempias yang agak ketara dari segi perbezaan manhaj serta pendekatan (uslub) dalam berdakwah. Perbezaan manhaj serta uslub yang berlaku ini pada dasarnya adalah dalam hal ittijah (orientasi) garapan dakwah yang dipilih oleh pendakwah itu sendiri, bersesuaian dengan ijtihad, tingkat dan corak pemahaman masing-masing.

ukhwah-dalam-dakwah-2

ukhwah-dalam-dakwah-3

Menyikapi Perbezaan

SOALAN: Sebagai pendakwah apakah sikap yang sepatutnya diambil terhadap perbezaan yang berlaku?

JAWAPAN

Seboleh-bolehnya, kalangan pendakwah yang berbeza manhaj ini sedar bahawa setiap pendakwah memiliki aspek-aspek kelebihan, keunggulan dan kepositifan mereka yang tersendiri. Penilaian ini hendaklah dibuat secara adil, seimbang dan proporsional.

Kepelbagaian latar belakang serta uslub para pendakwah perlu diliha secara multi-dimensi. Dari segi prinsipnya, apa sahaja uslub yang dibuat mestilah berasaskan nilainilai teras (core value) dakwah itu sendiri. Nilai teras itu ialah syariat yang benar (dalam bingkai, kerangka dan konteks manhaj Ahli Sunnah wal Jamaah) serta akhlak Islamiah.

Sudah-sudahlah memberi jenama dan label kepada pendakwah yang tidak sealiran atau tidak setaraf pendidikannya dengan kita. Setiap pendakwah ada kekuatan yang boleh dimanfaatkan secara bersama. Apa jua latar belakang pengajiannya, weltanschauung politiknya, perkhidmatannya sama ada sebagai pegawai kerajaan di Jabatan Agama atau penceramah bebas, selagi tidak terkeluar dari landasan Islam yang benar maka ayuh sama-sama kita berpencak di gelanggang dakwah.

Perlu diingat, hari ini audien dakwah boleh dibahagikan kepada dua:

1. Yang telah bersedia untuk menerima ‘pengisian’

2. Yang masih dalam tahap ‘peralihan’.

Gaya dakwah yang lebih konvensional dan ‘rasmi’, lebih mudah diterima oleh kelompok yang menanti pengisian. Sementara golongan yang masih dalam tahap transisi (terutamanya yang masih pekat dengan gaya hidup Barat), mungkin memerlukan dakwah yang senada dengan rentak hidup mereka.

Perbezaan Menambah Kekayaan

SOALAN: Apakah harapan ustaz berhubung dengan perbezaan di kalangan pendakwah?

JAWAPAN

Syukurlah, jika ada pendakwah yang berjaya menyentuh hati nurani golongan transisi ini dan syabas kepada pendakwah yang berani membuat pembaharuan itu tanpa takut kehilangan peminat di kalangan golongan yang menanti pengisian.

Ruang untuk berbeza memang ada dan memang perlu. Dan sebenarnya perbezaan dalam hal-hal ranting boleh membawa natijah yang positif kepada pertumbuhan pemikiran Islam. Kepelbagaian pendapat boleh memperkaya khazanah pemikiran Islamiah andainya kita mampu menghadapinya secara dewasa. Tetapi andainya kita menghadapinya dengan sikap keanak-anakan, menganggap mereka yang tidak sependapat sebagai musuh (man laisa minna fahwa min khusumina), maka perbezaan pendapat akan menjadi bahan bakar penyemarak api permusuhan.

Ayuh, jadikanlah diri kita pendakwah yang:

Duduk muafakat menjunjung adat

Duduk bersama berlapang dada

Duduk berkawan bertenggang rasa.

Sekian dan salam perjuangan.

Wallahu a‘lam.

USTAZ BADLI SHAH ALAUDDIN

Sumber artikel daripada majalah al-Ustaz isu No.19


JADILAH PEMBINA BUKAN PEMBINASA

Pendakwah yang kompeten itu pelaksana amanah amar makruf nahi mungkar dengan pendekatan-pendekatan yang bijaksana. Amar makruf nahi mungkar yang direncanakan itu lebih menjurus kepada penyelesaian kepada masalah-masalah umat dan masyarakat. Pendakwah tidak harus selamanya menumpukan hanya kepada nahi mungkar dalam bentuk retorik yang ofensif dan provokatif, menggempur dan mendobrak! Memang ada ketikanya nahi mungkar dalam bentuk itulah yang diperlukan.

PENYERU BUKAN PENGHUKUM

Saya melihat kesedaran untuk berdakwah sudah ada dalam masyarakat. Banyak laman dakwah mudah didapati dalam Internet. Pada masa yang sama saya kurang selesa dengan sesetengah laman dakwah yang mengkafirkan orang lain yang tidak sependapat dengan mereka. Ia menimbulkan suasana tidak harmoni. Apa pandangan ustaz mengenai perkara ini?

DAKWAH DISIRNA POLITIK DISINAR MATERIALISTIK

Soalan : Saya seorang pendakwah yang non-partisan. Apabila saya menampilkan isu-isu penyatuan umat, saya telah dilabel sebagai mewakili suara dan kelompok partai tertentu. Seolah-olah isu perpaduan tidak boleh langsung dibahaskan. Apa komen ustaz?

SUAMI IMPOTENS

DALAM pemahaman masyarakat Melayu, lelaki dewasa yang tidak mampu mencapai ketegangan zakar atau ereksi dengan rangsangan seksual dikatakan mengalami mati pucuk.

MEMBERI NAFAS BARU DALAM NAHI MUNGKAR

Nahi Mungkar Tidak Semestinya Tegas

Soalan: Tidak lengkap amar makruf tanpa nahi mungkar. Bagaimana pula kita hendak melaksanakan tanggungjawab nahi mungkar dalam suasana hari ini? Atau boleh kita katakan bahawa konsep nahi mungkar mestilah bersifat lebih keras dan tegas berbanding amar makruf?

USTAZ TV

Misi dakwah dalam membawa manusia mengabdikan diri seutuh dan setulusnya kepada Allah seharusnya berorientasi perataan risalah dan kesedaran Islam keseluruh golongan meliputi pelbagai sektor dan bidang: rakyat dan pemerintah, buruh dan pentadbir, istana dan teratak di hujung desa.

PENDAKWAH IDEALISTIK VS REALISTIK

PENDAKWAH IDEALISTIK VS REALISTIK

Setelah sekian lama berdakwah secara kecil-kecilan bersama rakan-rakan di kawasan perumahan yang saya tinggal sekarang, saya terkadang rasa agak kecewa melihat suasana semasa masyarakat khususnya golongan muda yang masih hanyut dibuai keseronokan dunia. Pelbagai perancangan yang telah kami buat dan program-program dakwah yang dijalankan namun masih belum berjaya mengubah suasana. Apakah ubat terbaik mengatasi kekecewaan dalam berdakwah sebegini?

BERSALIN TIKAR

Seorang lelaki mempunyai seorang adik ipar perempuan (adik perempuan kandung isterinya). Kemudian isteri lelaki itu meninggal dunia. Lalu lelaki tersebut memperisterikan pula adik iparnya itu tadi. Bak kata orang, “bersalin tikar”. Maka apa hukum “bersalin tikar” tersebut? Mohon keterangan daripada al-Quran dan hadis serta penjelasannya.