Menu

 

A+ A A-

DALAM DOA MENCARI DAMAI

“AYAH… nak duit beli jajan.” Esok si anak minta lagi, “Ayah…nak duit sikit lagi beli aiskrim.” Si ayah mula berkerut dahi sambil menghulurkan duit seolah-olah terpaksa. Lusa si anak menyangkakan ayahnya ‘sporting’ dan cuba mengecek ayahnya lagi. “Ayah… nak tiga ringgit…nak beli mainan kat kedai?” Ayah mula meninggi suara dan mengherdik anaknya. “Eh…hari-hari minta duit? Ayah bukan cop duit! Tak boleh…tak boleh!”

Selanjutnya...

TUHAN SEDANG MENGAJARMU ERTI IKHLAS DAN SABAR

SAYA begitu tertarik dengan dialog semasa Fahri (watak utama dalam filem “Ayat-ayat Cinta”) di dalam penjara atas tuduhan memperkosa. Ketika beliau begitu terganggu ketika ingin memulakan solat, ‘teman’ sepenjaranya lantas membentak dan mencengkam leher bajunya lantas berkata, “Dengar, Tuhan sedang berkomunikasi denganmu! Tuhan sedang mengajarmu erti sabar dan ikhlas… Dan itulah Islam!” Ya, ujian hidup adalah “guru” yang tidak bercakap, tetapi ia sangat mengajar dan mendidik.

Selanjutnya...

BIAWAK YANG BERIMAN

DIRIWAYATKAN oleh Ibn Kathir dalam al-Bidayah wan-Nihayah bahawa al-Baihaqiy menceritakan dari Abu Mansur Ahmad bin Ali al-Damghaniy dari daerah Namin di Baihaq, dalam sebuah kisah yang disampaikan dari Umar r.a. : Rasulullah sedang berjalan bersama dengan sekumpulan para sahabat, tiba-tiba datang seorang Arab Badwi dari Bani Sulaim ke hadapan Rasulullah. Beliau membawa bersamanya seekor biawak padang  pasir* yang ditangkapnya, dan bercadang untuk membakar haiwan itu untuk dimakan. Melihat ramai yang berjalan itu, beliau tertarik untuk mendekati dan bertanya siapakah gerangan yang sedang mereka iringi.

Selanjutnya...

SUMBER REZEKI BENTUK PERIBADI

PERSOALAN halal haram bukan setakat makan minum sahaja. Umat Islam perlu lebih prihatin memilih produk dan perkhidmatan yang halal berdasarkan panduan syariat. Jika ini diabaikan, kehidupan individu, masyarakat bahkan negara boleh tergugat. Bagaimana? Ikuti temubual dengan Ustaz Zamerey Abd. Razak, seorang pakar kewangan Islam untuk mengetahui bagaimana modal insan boleh tergugat akibat sumber rezeki yang haram.

Selanjutnya...