Menu

 

A+ A A-

10 PERKARA YANG MEROSAKKAN OTAK

1. Tidak mengambil sarapan pagi

OTAK merupkan organ yang paling banyak menggunakan tenaga, iaitu sebanyak 25% daripada keperluan tenaga badan. Tidak mengambil sarapan pagi menyebabkan paras gula dalam darah menjadi rendah dan mengurangkan bekalan nutrisi pada otak. Banyak sel-sel otak akan mati dan keseluruhan otak akan menjad kurang aktif pada hari tersebut.

2. Terlebih makan

Tidak bermakna makan berlebihan menyebabkan otak menjadi semakin baik. Makan berlebihan menyebabkan banyak darah dialirkan kepada perut dan usus untuk tujuan pencernaan, menyebabkan kekurangan darah yang sampai kepada otak. Ini mengakibatkan mengantuk, malas dan hilang daya fokus.

3. Merokok

Asap rokok sangat merbahaya kerana mengandungi pelbagai racun dan boleh membunuh banyak sel-sel otak.

4. Mengambil gula berlebihan

Gula yang berlebihan dalam badan boleh menganggu penyerapan protein dan nutrisi. Ia juga boleh menganggu perkkembangan otak yang sihat.

brain glass brown blue black bank 7302 320x240

5. Menghidu udara yang tercemar

Otak merupakan pengguna oksigen terbesar dalam udara dalam badan manusia. Menghidu udara tercemar menyebabkan kerosakan sel-sel otak. Berkawan dengan perokok juga mendedahkan kita kepada asap rokok yang sangat merbahaya.

6. Tidur yang berlebihan

Tidur adalah baik untuk kesihatan otak kita. Namun tidur yang berlebihan menyebabkan otak kurang aktif dan melemahkan daya berfikir seseorang.

7. Tidur dengan menutup muka

Tidur sambil meniarap dan menekup muka ke bantal atau bantal atau menutup dengan buku atau lengan boleh menyebabkan gas karbon dioksida terperangkap dan disedut semula semasa bernafas. Ini boleh menyebabkan otak kekurangan oksigen.

8. Kurang berimaginasi

Berfikir merupakan satu cara yang baik untuk mengasahkan otak kita. Kurang berimaginasi menyebabkan tahap kecerdasan otak menurun.

hand drawing imagination 70003 480x272

9. Jarang berfikir

Jarang berfikir menyebabkan otak kita menjadi lembab dan tidak aktif. Maka selalu berfikir akan melatih otak kita bekerja dan meningkatkan keupayaan otak kita.

10. Tidak membaca al-Quran

Al-Quran merupakan kalimah-kalimah ALLAH s.w.t. Membacanya akan memberi banyak manfaat kepad badan kita termasuklah mengaktifkan otak kita dan mengelakkannya daripada rosak. Tidak membaca al-Quran menyebabkan otak kita menjadi dungu dan dangkal. Q

 Dr. Farhan Hadi Mohd Taib

Sumber artikel daripada Majalah Gen-Q Isu 3


Dr. Farhan Hadi Mohd Taib

Lulusan Perubatan UNIMAS dan merupakan seorang pegawai perubatan di sebuah Hospital. Juga sebagai penulis dan editor bagi Syarikat Telaga Biru Sdn. Bhd.

 

Klik imej di bawah untuk mendapatkan koleksi buku penulis ini di Addeen Online Store.

 

Kembali ke atas