BERSENAM UNTUK CERGAS
- Ditulis oleh Dr. Farhan Hadi Mohd Taib
- Kategori Kesihatan
- Read 7671 times
ALLAH s.w.t. telah menganugerahkan nikmat yang tidak terhitung jumlahnya kepada manusia di muka bumi. Salah satu nikmat yang begitu besar harganya ialah nikmat kecergasan badan. Kecergasan merupakan satu perkara yang baik, tetapi ramai manusia melupakannya. Ia adalah lambang kesihatan dan kekuatan jasmani seseorang. Kecergasan hanya dihargai setelah badan kita terlantar di atas katil dan mengalami kesakitan.
Maka sebab itulah kita dituntut untuk menjaga kecergasan tubuh kita. Dengan adanya badan yang cergas, kita mampu belajar, menuntut ilmu dan juga beribadat dengan sempurna. Islam merupakan agama yang memberi ajaran bersifat holistik (menyeluruh) kepada manusia. Ia tidak hanya mengajar mengenai ibadat dan hukum-hakam, malahan memberi penekanan dalam aspek kesihatan dan kecergasan.
Saranan Rasulullah
Jika kita mengkaji gaya hidup Rasulullah s.a.w., kita akan dapati bahawa Baginda dan para sahabat merupakan orang yang cukup cergas. Jika tidak cergas, masakan Baginda dan para sahabat dapat berhijrah berates-ratus batu. Jika tidak cergas, masakan mereka dapat menyertai berpuluh-puluh ekspedisi peperangan. Jika tidak cergas, masakan mereka mampu untuk mendirikan sebuah kerajaan Islam yang merintis pada sebuah tamadun yang hebat.
Maka, salah satu cara untuk cergas ialah bersenam! Ya, Rasulullah s.a.w. sememangnya menggalakkan kita bersenam untuk mendapatkan tubuh badan yang cergas.
Mengapa Perlu Bersenam?
1 Mengurangkan masa untuk televisyen.
Jika kita tidak meluangkan masa untuk bersenam, maka kita akan cenderung menghabiskan waktu di hadapan televisyen, makan dengan banyak sehingga menyebabkan badan kita menjadi malas dan berat, sekali gus mengurangkan kecergasan badan.
Kemajuan teknologi penyiaran seperti astro dan siaran televisyen menyebabkan manusia meluangkan masa yang banyak untuk bersantai dan mengumpul lemak sambil menonton rancangan kegemaran mereka. Kajian yang dibuat oleh pengkaji dari Universiti Johns Hopkins menunjukkan masalah berat badan dan obesiti dalam kalangan remaja, berkait rapat dengan jumlah masa yang diluangkan di hadapan televisyen. Semakin lama masa dihabiskan di hadapan televisyen, berat badan akan semakin naik.
2 Mengurangkan masa untuk televisyen

3 Mencerdaskan akal
Pepatah Arab ada mengatakan: “Akal yang cerdas pada tubuh badan yang sihat.” Jika diteliti pepatah tersebut, ia memang benar. Dalam keadaan yang tidak sihat, berat dan malas, bagaimana badan kita hendak memberi tumpuan pada pelajaran? Apatah lagi sekiranya badan kita tidak sihat semasa mengambil peperiksaan penting.
4 Melakukan ibadat dengan sempurna
Sebahagian ibadat yang penting menuntut kita untuk mempunyai fi zikal yang cergas. Sebagai contoh, untuk menunaikan solat dengan sempurna (dapat berdiri tegak dan pergerakan lain), kita memerlukan badan yang sihat untuk menunaikannya. Ibadat haji juga menuntut kita untuk mempunyai fizikal yang cergas.
Maka demi kebaikan tubuh badan, kita perlu kita bersenam. Setiap orang mesti mempunyai sekurang-kurangnya satu permainan ‘outdoor’ yang diminati dan selalu diamalkan. Pakar-pakar perubatan mencadangkan agar kita bersenam (dengan apa cara sekalipun) sekurang-kurangnya tiga kali sehari untuk tempoh 30 minit setiap kali senaman.
Wallahuaklam.
Dr.Farhan Hadi Mohd Taib
Sumber artikel daripada Majalah GEN-Q Isu 09
Dr. Farhan Hadi Mohd Taib
Lulusan Perubatan UNIMAS dan
Klik imej di bawah untuk mendapatkan koleksi buku penulis ini di Addeen Online Store.