Menu

 

A+ A A-

MALU BIARLAH BERTEMPAT

APABILA memperkatakan tentang malu, pelbagai maksud dan andaian tergambar dalam fikiran kita yang biasanya dibayangkan pada sesuatu yang negatif. Berasa aib atau rendah diri misalnya, walaupun bukanlah sesuatu yang terlalu hina tetapi orang yang merasakannya mempunyai jati diri yang lemah. 

Selanjutnya...

HUTANG BELUM LANGSAI, SUAMI ISTERI SUDAH BERCERAI

Perkahwinan itu penyatuan dua buah hati. Bila hati sudah bersatu, segala-galanya akan bersatu. Tetapi jika hati sudah retak, segala-galanya akan berpecah walaupun nampak zahirnya masih bersatu. Firman Allah yang bermaksud: “Kamu lihat mereka seolah-olahnya bersatu tetapi hati mereka berpecah-belah.” (Surah al-Hasyr: 14)

Selanjutnya...

KEADAAN MAYAT SETELAH DIKUBURKAN

  • Kategori Hadis

Dalam sebuah hadis menerusi Sahih Ibn Hibban No.777 dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya apabila mayat telah dikuburkan, dia mendengar bunyi tapak kaki orang yang menyelenggarakannya, ketika kembali dari tempat pengebumian. Jika dia seorang Mukmin, maka ibadah solat akan berada di kepalanya, puasa berada di samping kanannya, zakat di sebelah kirinya, sementara seluruh perbuatan baiknya seperti sedekah, silaturrahim, amalan yang makruf dan perlakuan ihsannya kepada manusia berada di kedua kakinya.

Selanjutnya...

TEPUK DADA TANYA IMAN

DALAM ARTIKEL LEPAS, UMMI MENULIS MENGENAI TANGGUNGJAWAB REMAJA BELIA UNTUK MEMILIH DAN MEMBUAT KEPUTUSAN YANG BAIK APABILA SUDAH MENCAPAI USIA BALIGH. UKURAN BAIK ATAU BURUK SEBAGAI MUSLIM MESTI DISANDARKAN DENGAN APA YANG DITENTUKAN ALLAH S.W.T. CUMA, MENGAPA AGAKNYA, APA YANG ALLAH SUKA, HATI DAN NAFSU KITA PULA KURANG TERUJA? SEDANGKAN APA YANG ALLAH LARANG, ITULAH YANG TERLIUR SANGAT KITA NAK MENCUBA!

Selanjutnya...

MAKAN UNTUK SIHAT

Masalah yang berkaitan dengan pemakanan ini tidak hanya melanda golongan dewasa, para pelajar dan remaja turut terlibat sama. Di negara kita, pernah timbul isu tentang cara-cara untuk mengelakkan gejala obesiti dalam kalangan pelajar sehingga timbul cadangan untuk melarang penjualan nasi lemak di sekolah-sekolah.

Selanjutnya...

JANGAN TUNGGU KUASA UNTUK BERJASA

Mengapa manusia melakukan kejahatan? Para ulama memberi tiga sebab yang utama: Pertama, tidak yakin kepada allah. Kedua, tidak yakin akan adanya hari akhirat. Ketiga, kerana terlalu cinta kepada diri lalu mengabaikan orang lain.

Selanjutnya...

MALU TAPI BUKAN MEMALUKAN

SATU KETIKA USAI SOLAT MAGHRIB DI SALAH SEBUAH SURAU DI SEBUAH PUSAT MEMBELI-BELAH DI IBU KOTA, SAYA BEREHAT SEKETIKA DI SATU SUDUT. SAAT ITU, MATA TERPANDANG BEBERAPA ANAK MUDA YANG BARU MEMULAKAN SOLAT. SAYA TERUS MEMERHATI DAN HATI TERSENYUM BANGGA KERANA MELIHAT SENARIO YANG MENYEJUKKAN INI.

Selanjutnya...

APABILA ZINA BERLELUASA

Rasulullah telah memberikan beberapa gambaran suasana umat manusia semasa menjelangnya hari kiamat, antaranya gejala zina. Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya antara tanda kiamat itu adalah sedikitnya ilmu, merebaknya kebodohan dan perzinaan secara terang-terangan. Jumlah perempuan semakin banyak dan sedikitnya lelaki sehinggakan nisbahnya 50 perempuan:1 lelaki sahaja!” (Riwayat al-Bukhari)

Selanjutnya...