Menu

 

A+ A A-

JUJUR.. PETANDA IMAN KUKUH

Rasulullah s.a.w. pernah memberikan pujian buat AbuUbaidah al-Jarrah: “Setiap umat memiliki seorang yang jujur (amin) dan orang yang jujur dalam umat ini ialah AbuUbaidah bin al-Jarrah.”

Siapakah Abu Ubaidah al-Jarrah yang mendapat pujian Rasulullah s.a.w ini? Jika dilihat daripada bentuk fizikalnya, beliau seorang yang memiliki wajah yang kacak, bertubuh tegap dan kecil pipinya. Setiap mata memandangnya. Setiap jiwa yang bertemu dengannya pasti tunduk. Beliau juga seorang yang lemah lembut dalam pergaulan, tawaduk dan pemalu. Apabila mengerjakan dan menekuni sesuatu, beliau akan menyelesaikannya dengan sehabis sempurna. 

Beliau bagaikan mata pedang berkilau dan tajam. Beliau juga merupakan orang kepercayaan Nabi Muhammad s.a.w. Beliaulah Amir bin Abdullah Ibn al-Jarrah al-Faihri alQuraisyi, atau lebih dikenali dengan nama Abu Ubaidah Ibnal-Jarrah. 

Abdullah bin Umar r.a berkata mengenainya: “Ada tiga orang Quraisy yang bermuka cerah, berakhlak mulia dan pemalu. Jika mereka bercakap denganmu, mereka tidak pernah membohongimu. Mereka ialah Abu Bakar al-Siddiq, Usman bin ‘Affan dan Abu Ubaidah bin al-Jarrah.” 

Cubaan Perang Badar

Abu Ubaidah termasuk antara golongan awal yang memeluk Islam. Beliau mengikut jejak, sehari selepas Sayidina Abu Bakar memeluk Islam. Beliau memeluk Islam kerana Abu Bakar. Abu Ubaidah bin Jarrah bersama Abdul Rahman bin ‘Auf, Usman bin Ma’zun dan al-Arqam bin Abi al-Arqam pergi menemui Rasulullah s.a.w. dan menyatakan keislaman mereka di hadapan Baginda. Mereka merupakan tonggak utama penyebaran syiar Islam. 

Abu Ubaidah turut merasakan pahitnya penderitaan, kesempitan, bahaya serta kesedihan kaum Muslimin di Makkah sejak awal hingga akhir kehidupannya. Walaupun menghadapi pelbagai kesusahan pada awal-awal penerimaan Islam buat penduduk Makkah, beliau tabah menghadapinya serta sangat yakin kepada Allah dan Rasul-Nya dalam setiap tindakan.

“Kerana  tidak senang melihat sikap seperti itu, Ab Ubaida menebas kepalanya dengan

pedang hingga lelaki itu tersungkur rebah di hadapannya.

Lelaki yang tersungkur rebah itu ialah Abdullah Ibn a-Jarrah, bapa Abu Ubaidah!”

Cubaan yang menimpa Abu Ubaidah dalam perang Badar melebihi penderitaan  yang diukur oleh orang lain. Abu Ubaidah berangkat menuju Badar bersama tentera yang lain bagaikan seseorang yang tidak pernah mengenal seseorang yang tidakpernah mengenal takut. 

Beliau digeruni oleh kaum Musyrik. Tentera Quraisy berusaha mengelak daripadanya setiap kali bertemu. Hanya ada seorang lelaki dalam kalangan mereka yang berani bertemu dengannya. Lelaki itu berkeinginan sekali untuk menyerang, sedangkan Abu Ubaidah selalu menghindarinya. Tiba-tiba, lelaki itu berdiri di hadapanAbu Ubaidah bagi menyekat langkahnya. Kerana tidak senang melihat sikap seperti itu, Abu Ubaidah menebas kepalanya dengan pedang hingga lelaki itu tersungkur rebah dihadapannya. Lelaki yang tersungkur rebah itu ialah Abdullah Ibn al-Jarrah, bapa Abu Ubaidah! 

Berjiwa Besar

Abu Ubaidah tidak membunuh bapanya sendiri melainkan hanya membunuh kemusyrikan yang ada pada diri bapanya. Allah menurunkan ayat al-Quran menjelaskan kejadian yang berlaku antara Abu Ubaidah dengan bapanya. Allah s.w.t berfirman dalam ayat 22 surah badaral-Mujadalah yang bermaksud: “Kamu tidakakan mendapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, saling berkasih sayang dengan orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang itu bapa-bapa, anak-anak, saudara ataupun keluarga mereka. 

Allah telah menanamkan keimanan dalam hati mereka dan menguatkan mereka dengan pertolongan yang datang daripada-Nya.” Walau bagaimanapun, tindakan membunuh bapanya itu tidak membuatkan Abu Ubaidah menyesal kerana beliau memiliki keimanan yang kuat kepada Allah s.w.t dan agama-Nya. Amanah terhadap umat Muhammad dan keimanan hanya dimiliki olehorang yang berjiwa besar di sisi Allah s.w.t. 

USTAZ MOHAMAD WAHID HANIF

Sumber artikel daripada GEN-Q 10


 

Last modified onMonday, 20 April 2015 09:32
Ustaz Mohamad Wahid b. Abd Hanif

Lulusan BA (hons) Usuluddin (Akidah dan Falsafah) di Universiti al-Azhar, Mesir. Antara guru beliau Syeikh ‘Ali Jumaah (mufti Mesir) dan Syeikh Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki. Antara buku yang beliau hasilkan iaitu buku mengaji Kaedah al-Matien bersama Ustaz Zamri Zainuldin. Kini beliau bertugas sebagai Editor Majalah di syarikat penerbitan Telaga Biru Sdn. Bhd.

 

Klik imej di bawah untuk mendapatkan koleksi buku penulis ini di Addeen Online Store.

 

Kembali ke atas