Menu

 

A+ A A-

JUJURLAH KERANA KITA MUSLIM

Yang baik makin dipijak, yang jahat makin berkuasa. Lalu di mana untungnya menjadi seorang yang jujur? Persoalan seperti ini kerap bermain di fikiran kita kerana dunia hari ini menyaksikan kejujuran sesuatu yang janggal. Untungnya menjadi seorang yang jujur terdapat dalam sabda Rasulullah s.a.w., maksudnya: “Tetap berpegang eratlah pada kejujuran, walaupun kamu seakan-akan melihat kehancuran dalam berpegang teguh pada kejujuran, tetapi yakinlah bahawa dalam kejujuran itu terdapat keselamatan.”

 1

Kisah-kisah Kejujuran

jujur kerana islamJelas, kejujuran sangat penting dalam kehidupan seorang Islam yang ingin berasa selamat didunia dan akhirat. Dek kejujuran jugalah yang menjadikan Ka’ab bin Malik mendapat keampunan langsung dari langit sebagaimana Allah jelaskan dalam surah al-Taubah, maksudnya:“Dan (Allah menerima taubat) tiga orang yang ditangguhkan (penerimaan taubat mereka) hingga apabila bumi yang luas ini sempit bagi mereka (kerana mereka dipulaukan), dan hati mereka pula berasa sempit (kerana menanggung dukacita) serta mereka yakin bahawa tidak ada tempat untuk mereka lari daripada (kemurkaan) Allah melainkan (kembali bertaubat) kepadaNya; kemudian Allah (memberi taufik serta) menerima taubat mereka supaya mereka kekal bertaubat. Sesungguhnya Allah, Dialah Penerima taubat lagi Maha Mengasihani.”

jujur kerana islam2Begitu juga kisah khalifah Umar dengan kanak-kanak penggembala. Ia menunjukkan kepada kita contoh gambaran peribadi yang jujur, menjalankan amanah dengan disiplin yang tinggi dan tidak melakukan pembohongan walau dibayangi keuntungan.

Ada sebilangan daripada kita tergamak mengorbankan kejujuran demi kepentingan peribadi, pangkat, harta, nama, pengaruh dan sebagainya. Dengan mudah kebohongan demi kebohongan dicipta untuk kesenangan dan kenikmatan yang sementara.

Tingkatan Kejujuran

Adakah kita tidak pernah berbohong sama sekali dalam hidup ini? Adakah kita bertoleransi untuk berbohong dalam hal-hal tertentu disebabkan kepentingan tertentu? Lalu bagaimanakah kita dapat menjalani hidup ini yang mahu tidak mahu kita harus ‘bertopeng’? Maka jawapan untuk menjawab persoalan di atas adalah berdasarkan tingkatan kejujuran.

                                             ADA 3 TINGKAT KEJUJURAN

jujur kerana islam1

Sama-samalah kita menjadi manusia yang jujur, baik dalam ucapan, perbuatan mahupun niat kerana perilaku jujur merupakan perhiasan berharga bagi seorang Muslim.

 

 

SITI ROHANI SURANI

Sumber artikel daripada GEN-Q 10


 

Siti Rohani Surani

Bertugas selama enam tahun sebagai DJ Radio IKiM FM. Merupakan penyampai radio bagi slot Warna Pagi Ikim FM dari pukul 6 hingga 10 pagi. Pernah menggalas tanggungjawab sebagai Pengacara bagi program realiti Astro Oasis iaitu Ustazah Pilihan yang bermula pada 6 Oktober 2011.

Kembali ke atas