Menu

 

A+ A A-

MANGSA KECANGGIHAN GAJET!

Cikgu, saya cukup minat dengan facebook. Saya akan ‘update’ status kalau ada peluang online’ di asrama. untuk pengetahuan, ramai kenalan fb saya adalah dari sekolah yang lain dan ada yang sudah bekerja. Saya seronok berkawan dengan mereka sehingga ada yang datang melawat saya dengan kereta dan kadang-kadang bertemu di ‘shopping complex’. Soalan saya, ada rakan yang mengatakan fb ini membawa gejala negatif…betul? Dan rakan saya mengatakan juga bahawa saya sangat mudah ‘jual diri’ disebabkan fb…betul? apa pandangan cikgu?

JAWAPAN:

Ada pendapat yang mengatakan facebook membawa masalah, ada pula yang mengatakan ia bagus dan ada juga yang mengharamkannya. Lain orang, lain pula pendapatnya walaupun yang dilihat itu adalah perkara yang sama. Macam kita tengok kotak mancis – kalau kita tengok dari tepi, kita akan kata kotak mancis itu nipis, tapi kalau kita tengok dari depan pula ia menjadi lebar – pokok utamanya ia tetap kotak mancis!

Zaman remaja adalah zaman mencari kawan. Contoh di fb, kita akan berasa megah dan bangga kalau kita mampu mengumpul ramai kenalan. Tapi berkawan ada hadnya. Tidak semua yang jujur. Apatah lagi jika umurnya jauh lebih tua dari Lin – logiknya bukan kenalan yang mereka cari, tapi perkara lain.

Pada pandangan cikgu, tindakan Lin keluar bersama kenalan fb (walaupun perempuan) adalah agak bahaya. Biarlah betul-betul kenal baru keluar…itupun Lin mesti ditemani rakan- rakan rapat. Tapi… jika rakan fb itu adalah lelaki, maka Lin telah melakukan kesilapan yang sangat besar! Cikgu mohon Lin hentikan.

Memanglah kita bangga apabila kenalan kita dari luar (asrama) datang melawat kita, naik kereta pula. Tapi kena ingat, untuk menarik perhatian Lin, tidak mustahil dia sanggup pinjam kereta orang dan bercerita perkara-perkara yang hebat kepada Lin. Selalunya lelaki begitu.

Jangan marah cikgu ye, ini kajian. Apabila Lin sudah mula percayakannya, Lin setuju untuk dibawa keluar dari asrama. Ini lagi parah. Kalau saya ayah Lin, pasti saya marah. Saya pasti ayah Lin juga berperasaan begitu. Kerana apa? satu, Lin salah di sisi agama kerana keluar dengan lelaki bukan muhrim (walaupun berteman).

Kedua, jika kenalan lelaki itu berniat serong pada Lin, apa Lin boleh buat? Pastinya Lin tak terdaya buat apa-apa. Memang dia belum buat apa-apa dan pada pandangan Lin, dia adalah lelaki yang baik, tapi semuanya mungkin berlaku, Lin.

Ketiga, cuba Lin fikir akan kejadian-kejadian yang berlaku setiap hari yang dilaporkan di akhbar dan televisyen. Dirogol di rumah sewa, di hotel, dibunuh dan sebagainya. Cuba Lin fikir secara logik, kalau si perempuan tidak setuju, adakah lelaki yang berniat jahat itu akan mengajak perempuan itu ke hotel atau rumah sewa? Pasti ada orang nampak. Pasti perempuan tu menjerit dan meronta. Maksudnya, kebanyakan kejadian seperti itu berlaku atas persetujuan perempuan. Apabila sampai di lokasi kejadian (tempat yang sesuai untuk lelaki bertindak ganas), barulah mangsa tadi tidak dapat berbuat apa-apa kerana terkejut dan tidak sangka. Kajian menunjukkan 90% daripada mangsa rogol dilakukan oleh orang yang dikenali mangsa. Sebelum terjadi sebegini, tolonglah Lin jangan ulangi.

Jika Lin sekadar melayan fb sahaja, tiada masalah dan terima saja apa rakan-rakan sekolah Lin hendak kata. Sebab Lin pandai jaga diri. Lagipun fb adalah satu tempat untuk memberi maklumat pantas, tempat meluahkan rasa hati dan sebagainya. Pepatah inggeris menyebut, “sharing is caring” tapi cikgu nak tambah lagi, “but not everything”.

Diingatkan, apabila sudah mula bercampur gaul dengan golongan yang tidak sepatutnya, maka itu timbullah istilah ‘jual diri’. Percayalah, jangan bercampur lagi dengan kenalan sebegitu dan tidak perlu keluar ke mana-mana…cukup hanya di fb sahaja. insya-Allah, Lin akan selamat dan rakan-rakan keliling pun akan berdiam seterusnya tekanan pun hilang.



Cikgu Yaser Mohd Akhir

Sumber artikel daripada majalah Gen Q isu No.4


 

Yaser Mohd Akhir

Motivator Telaga Biru Training & Consultancy

 

Klik imej di bawah untuk mendapatkan koleksi buku penulis ini di Addeen Online Store.

 

Kembali ke atas