Menu

 

A+ A A-

DILEMA MUSLIMAH BERKERJAYA

Saya seorang wanita yang sudah berkahwin dan bekerja untuk membantu suami menstabilkan kewangan keluarga. Boleh ustazah jelaskan apakah hukum wanita bekerja dalam Islam?

Jawapan

Perbincangan hukum wanita keluar bekerja bukanlah isu yang baru dalam masyarakat Islam di Malaysia. Sebenarnya beberapa orang ulama telah pun menjawab persoalan ini dan ia sudah difahami oleh kebanyakan umat Islam.

Saya suka untuk mengambil pandangan Dr. Yusuf al-Qaradawi yang menyebut secara langsung mengenai perkara ini dalam kitabnya Fatawa Muasarah. Beliau menegaskan bahawa pada asasnya harus bagi wanita untuk keluar bekerja. Namun dalam keadaan tertentu, ia boleh menjadi wajib. Hukum harus bekerja berdasarkan kisah Asma’ binti Abu Bakar yang turut membantu suaminya, Zubair bin al-Awwam di kebun dengan membawa barangan di atas bahunya.

dilema-muslimah-berkerjaya-2

dilema-muslimah-berkerjaya-3

Al-Quran juga turut menceritakan kisah dua orang wanita yang keluar bekerja disebabkan bapa mereka yang sudah sangat tua. Kisah tersebut diabadikan dalam surah al-Qasas ayat ke-23.

Keharusan ini tidak bermakna seorang suami boleh memaksa isterinya bekerja atau mengambil keuntungan dengan hasil titik peluh isteri lalu duduk di rumah bersenang lenang. Tuntutan nafkah untuk isteri masih lagi ditanggung oleh suami walaupun isterinya bekerja.

dilema-muslimah-berkerjaya-4

Walaupun dibolehkan mencari kerja untuk menampung keluarga, ia tidak bermakna wanita boleh melupakan tugas sebagai ibu dan penyambung warisan keluarga. Kemiskinan, kekayaan, kebahagiaan dan kesengsaraan tidak ditentukan oleh kegigihan seseorang itu bekerja tetapi ditentukan oleh keberkatan rezeki yang diperolehnya setiap hari. Dalam statistik di atas, golongan yang dihimpit dengan masalah ini adalah kelompok yang subur pada usia 18-49 tahun. Ini bermakna, golongan yang paling ramai bekerja menganggap keluarga sebagai bebanan hidup.

dilema-muslimah-berkerjaya-7

dilema-muslimah-berkerjaya-5Jika fahaman ini dibiar kan dalam fikiran umat Islam, dikhuatiri akan ada yang beranggapan bahawa mempunyai keluarga besar akan membawa kepada kemiskinan.

Ambil Gaji Isteri

Saya ada beberapa orang kawan wanita yang turut bekerja. Ada antara mereka yang diabaikan nafkahnya oleh suami, malah suami mereka mengambil sebahagian gaji mereka untuk perbelanjaan harian. Bagaimana pandangan ustazah?

Jawapan

Dalam Islam, isteri dibenarkan bekerja untuk membantu meringankan beban yang ditanggung oleh suami. Namun, kebenaran ini tidak menggugurkan kewajipan suami sebagai ketua keluarga untuk menyara keluarganya.

Konsep hidup berkeluarga perlu difahami sebaik-baiknya sebelum seseorang lelaki berniat untuk mengahwini seorang perempuan. Setiap pasangan perlu memahami bahawa perkahwinan adalah perkara pertama dalam mengharungi hidup berkeluarga. Oleh sebab itu, berbelanja besar untuk kenduri sehari dilarang dalam Islam kerana perbelanjaan selepas perkahwinan lebih banyak dan lebih panjang masanya.

dilema-muslimah-berkerjaya-8Niat dan azam untuk berkongsi segalanya bersama apabila sudah berumah tangga amat baik namun bersepakat untuk pembaziran adalah dilarang. Isteri tidak boleh meminta sesuatu yang melebihi kemampuan suami.

Bagi isteri yang bekerja, janganlah kedekut untuk sama-sama membantu keluarga sehingga memaksa suami meminjam daripada bank. Tidak cukup dengan itu, ada suami yang hingga terpaksa meminjam daripada kawan-kawan dan yang paling berbahaya, meminjam daripada “ah long”.

Kepakaran dalam bidang pengurusan atau tingginya jawatan yang disandang bukanlah penentu kejayaan sesebuah keluarga. Kekayaan bukan jaminan kebahagiaan, tetapi kemiskinan juga bukan PENGHALANG kebahagiaan. Yang penting dalam sebuah keluarga ialah persefahaman antara suami dan isteri serta keberkatan pada hasil pendapatan yang dicari bersama.

Wallahu a lam.

 

USTAZAH SHAMZITAH MUSA

Sumber artikel daripada majalah al-Ustaz isu No.19


 

Al-Ustaz

Majalah yang dilahirkan untuk merungkai segala persoalan feqah, akidah dan lain-lain perihal agama dalam kalangan masyarakat. Diwakili oleh pelbagai kolumnis pakar dalam pelbagai bidang. Majalah yang padat serta dikukuhkan berdasarkan Al-Quran & Hadis. Sesuai dijadikan sebagai sumber rujukan kepada persoalan-persoalan dan menjawab segala kekeliruan permasalahan di kalangan umat islam.

 

Dapatkan majalah Al-Ustaz keluaran terbaru di Addeen Online Store!

Kembali ke atas