Menu

 

A+ A A-

KAWAN BUKAN LAWAN

Tak  sangka dia buat  aku macam ni. Aku anggap dia tu kawan yang betul-betul ikhlas...tapi, kenapa dia tikam aku dari  belakang?

Amat sedih, terlalu kecewa apabila seseorang yang dianggap teman sejati akhirnya bertindak menghancurkan persahabatan antara kita dan dia. Pada zaman Rasulullah s.a.w., terdapat tiga kekuatan utama yang menjadi tunjang dalam kalangan masyarakat:

kawan1Muhajirin dan Ansar

Mari soroti kisah persaudaraan yang berlaku ketika peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w. dari Makkah ke Madinah. Peristiwa ini memperlihatkan jalinan ukhuwah antara  golongan Muhajirin dan Ansar. Golongan Muhajirin yang berhijrah dari Makkah menerima bantuan dan pertolongan daripada penduduk di Madinah. Mereka ini digelar golongan Ansar iaitu yang membantu dan menolong. Mereka mencintai saudara mereka melebihi diri sendiri. Segala rezeki yang  ada dikongsi bersama dan harta yang mereka ada diberikan kepada golongan Muhajirin.

Terbukti nilai ukhuwah islamiah yang terjalin antara mereka sangat berkesan dan baik untuk dijadikan teladan masyarakat selepas itu. Apabila ukhuwah yang terbina berlandaskan keindahan dan kecantikan apa yang digariskan dalam islam, persahabatan itu menjadi sesuatu yang manis untuk dilalui. Persaudaraan dan persahabatan berlandaskan islam turut menerapkan budaya saling memberi dan menerima. Pemberian itu bukan tertumpu pada harta dan kekayaan semata-mata bahkan pada nilai budi dan ilmu yang ada pada diri seseorang.

Seorang sahabat itu sayang akan sahabatnya yang lain, maka dia mahu sahabatnya itu menjadi seseorang yang terbaik dan jauh daripada melakukan apa yang dilarang dalam islam. Manakala penerimaan itu jangan dibiarkan berlaku hanya satu hala sahaja, iaitu menjadi seorang sahabat yang hanya menerima perkara yang baik daripada sahabatnya. Tetapi, berusaha untuk mencari perkara yang baik untuk diterima oleh sahabatnya.

Ukhuwah dalam Kehidupan

kawan2Filem Lasykar Pelangi sangat mengesankan penonton andai mereka memahami jalan cerita dan maksud tersirat daripadanya.

Kesusahan perjalanan 10 orang pelajar miskin untuk mendapatkan ilmu menambahkan lagi keutuhan ukhuwah dalam kalangan mereka. Mereka diuji dalam kehidupan mereka dengan kemiskinan dan kepayahan sepanjang melalui dunia sebagai seorang pelajar muda.

Apa yang ingin ditekankan melalui filemini adalah dua elemen penting; ukhuwah dan perjuangan menuntut ilmu. Berada di tahap mana sekalipun, perjalanan meraih ilmu dengan sebanyak-banyaknya perlu seiring dalam diri setiap yang bergelar pelajar. Bahkan, jika semangat ini betul-betul tersemat dalam hati, maka sepanjang kehidupannya bergelar manusia akan cintakan ilmu.

Namun, ukhuwah itu tidak boleh dipandang sebagai elemen kedua. Tanya kepada diri sendiri;  masihkah wujud dalam kalangan pelajar atau masyarakat hari ini yang sama-sama mengejar kejayaan seiring persahabatan? Semua orang berlumba-lumba untuk mencari kehidupan sama ada dalam dunia pengajian atau alam pekerjaan, tetapi melepaskan kekuatan ukhuwah sesama rakan-rakan dan orang sekeliling.

Kemanisan persahabatan hanya dapat dirasai apabila kita ditimpa kesusahan dalam meneruskan perjalanan sebuah kehidupan, ada tangan yang menghulur untuk mengurangkan kesusahan yang kita alami. Ya, tangan tersebut adalah seorang teman sejati yang mahu melihat kita berjaya bersama-samanya.

Kawan makan kawan

Unsur penting dalam persahabatan adalah kepercayaan dan kejujuran. Menghuraikan makna percaya dan jujur, seharusnya dalam berahabat itu kurangkan rasa syak wasangka dan prasangka buruk. Cuba untuk membina pemikiran yang positif terhadapnya. Andai terzahir kesalahan yang dilakukannya, selidiki dan selami diri mereka, kerana mungkin ada alasan munasabah di sebaliknya.

Jika kesalahan itu berlaku tanpa alasan yang benar, bina semula kepercayaan antara satu sama lain dan jangan sekali-kali memutuskan kesucian silaturahim ini.Apabila ‘kawan makan kawan’ terjadi, guna rasional akal untuk menyelesaikannya. Ya, sudah pasti kesedihan melanda kerana sahabat yang selama ini dipercayai telah melakukan perkara yang menyakitkan.

Rasional akal tidak akan membalas dendam terhadap kejahatan dan kesalahan yang dia lakukan terhadap kita, bahkan menjadikan kita lebih berhati-hati dan dalam masa yang sama berusaha untuk mengubah sahabat itu ke arah kebaikan.


Khadijah Khalilah Abdul Rashid
Sumber artikel daripada majalah Gen-Q isu No.7


Khadijah Khalilah Abdul Rashid

Khadijah Khalilah Abdul Rashid dilahirkan pada 20 Mei 1987 di Serdang, Selangor. Kini menetap di Sepang, Selangor. Mendapat pendidikan di Sekolah Islam al-Amin Bangi, Sekolah Agama Menengah Hulu Langat, Sekolah Agama Menengah Bestari Subang Jaya, Universiti Mohammed V, Rabat Maghribi, Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Kembali ke atas