Menu

 

A+ A A-

JUNGLE TREKKING

UNTUK menjalankan aktiviti Jungle Trekking, tidak semestinya kita perlu menunggu atau menyertai sesuatu kem. Kita boleh melakukannya pada bila-bila masa bersama kawan atau adik beradik. Sebagai pengetahuan, Jungle Trekking mempunyai beberapa bentuk aktiviti yang biasa dilakukan, antaranya:

Merentas Hutan (Jungle Trekking)
Dengan aktiviti ini kita dapat melihat dan merasai keindahan dan kepelbagaian flora dan fauna ciptaan Allah s.w.t., menikmati udara dan persekitaran yang segar, menguatkan fizikal dan mental, merapatkan ‘team-work’ dan mempraktikkan ‘survival’ mudah.

Menyusur Sungai (River Trekking)
Semasa menyusur, kita akan dapat melihat betapa jernihnya air sungai dan damainya suasana jika dibandingkan dengan sungai-sungai yang biasa kita lihat di luar dari hutan. Dengan sendirinya kita dapat menghargai erti kebersihan yang sebenar yang dituntut dalam Islam.

jungle-trekking-1

Berjalan Malam (Night Walk)
Latihan keberanian, merasai dan melihat flora dan fauna pada waktu malam, ‘team-work’, kepekaan, menikmati alam semula jadi serta menguatkan fizikal dan mental.

Berjalan Malam Menyusur Tali (Night Rope Walk)
‘Teamwork’, kepercayaan, keperhatinan, kepekaan, ketabahan dan kekuatan fizikal dan mental.

Selain itu, ada juga beberapa aktiviti dan hobi yang boleh diintegrasikan dengan Jungle Trekking antaranya, ‘bird watching’ (mengintai burung), ‘jungle photography’ (fotografi) dan ‘painting’ (Melukis).

Perkara-perkara yang Perlu Dititikberatkan Semasa Aktiviti Jungle Trekking

1. Teknik ‘trail’ – Persiapan sebelum bergerak:
• Sarapan pagi.
• Barang keperluan di dalam pek diikat kemas.
• Botol minuman dipenuhkan.
• Kompas dan peta berfungsi dengan baik.
• Kelengkapan ‘first aid’.
• Makanan tambahan pemberi tenaga seperti coklat.
• Dengar taklimat ketua ekspedisi dengan teliti.

2. Organisasi pergerakan:
• Berjalan dalam satu kumpulan.
• Setiap anggota perlu diberikan nombor peribadi.
• Ketua kumpulan berjalan paling hadapan dan penolong paling belakang.
• Jarak antara peserta tidak terlalu rapat.
• Jangan tertinggal terlalu jauh daripada kumpulan.
• Rakan yang lemah atau cedera ringan hendaklah berada di tengah-tengah.
• Formasi satu barisan pada laluan yang sempit atau di hutan rimba.

jungle-trekking-2

3. Teknik Melangkah:
• Posisi Tapak Kaki – hendaklah melangkah rata di atas permukaan.
• Rentak – melangkah dengan setara.
• Melangkah Tanah Licin – tapak kaki mesti rapat ke tanah.
• Mendaki Lereng – condongkan badan ke hadapan sedikit.
• Turun Lereng – pacakkan tumit kasut kuat dan berhati-hati.
• Posisi Tangan – bebaskan tangan daripada memegang barang atau beg.
• Pandangan Mata: sentiasa ke hadapan sambil mengawasi sekeliling.
• ‘Take Five’ – Berhenti kira-kira 5 hingga 30 minit.

4. Panduan ‘river crossing’ (menyeberang sungai):
• Lakukan tinjauan terlebih dahulu.
• Tempat yang baik ialah kawasan cetek, sempit and arus airnya tidak laju.
• Elakkan tebing tinggi.
• Tali yang dipasang merentang sungai hendaklah menyerong ke arah arus mengalir kira-kira
45 darjah ke tebing yang hendak diseberangi.
• Menyeberang menghadap ke arah hulu sungai.
• Buka tali pinggang pek supaya mudah ditanggalkan, jika berlaku kecemasan.
• Condongkan badan ke hadapan sedikit supaya dapat mengimbangi badan.
• Anggota yang mahir berenang perlu membantu mereka yang tidak tahu berenang jika diperlukan.
• Elakkan menyeberang sungai sejurus selepas hujan lebat.

Haji Muhammad Zakaria
Sumber artikel daripada majalah Gen-Q isu No.2


Haji Muhammad Zakaria

Lulusan University of Tasmania dan University of Newcastle, Australia, berpengalaman sebagai pendidik, pensyarah, CEO kolej swasta, master trainer, kolumnis, penulis, editor dan usahawan. Beliau kini menjawat sebagai Pengerusi Yayasan Antarabangsa Sri al-Ain-Aceh, Presiden Persatuan Belia Sri al-Ain (BERSAMA), Timbalan Presiden Persatuan Usahawan dan Pengurusan Islam Malaysia (URUS) dan Mudir Tahfiz Sri al-Ain. Sering muncul di kaca tv sebagai perunding motivasi, antaranya TV3, RTM1 dan juga Radio Ikim.fm. Beliau juga sering ke luar negara mengetuai misi kemanusiaan, antaranya ke Aceh, Jakarta, Kemboja dan juga masyarakat orang asli.

 

Klik imej di bawah untuk mendapatkan koleksi buku penulis ini di Addeen Online Store.

  

 

Kembali ke atas