Menu

 

A+ A A-

AKTIVITI OUTDOOR PADA HUJUNG MINGGU

HUJUNG minggu datang lagi. Semua orang berada dalam mood gembira, lepas bebas daripada buku dan kerja sekolah. Tak perlu lagi bangun awal subuh. Tak perlu lagi menggosok pakaian seragam sekolah. Tak perlu lagi menunggu bas dan hadir dalam perhimpunan pagi.

Lebih-lebih lagi tak perlu mendengar leteran guru. Tak perlu menahan mata yang mengantuk dalam kelas. Tak perlu bersusah hendak memahami isi pelajaran baru. Tak ada ujian dan peperiksaan. Tak perlu datang petang untuk latihan sukan. Malam pula tidak perlu mutalaah dan menyiapkan kerja sekolah.

Sebenarnya anda silap. Cuti hujung minggu sebenarnya masa untuk anda menyiapkan diri untuk berhadapan dengan minggu-minggu muka yang lebih mencabar. Pelajaran baru yang perlu difahami. Kerja-kerja rumah yang belum siap. Buku skrap atau projek yang memerlukan penyelidikan. Aktiviti kumpulan belajar. Ujian bulanan yang mendatang. Ini belum lagi termasuk aktiviti persatuan, pertandingan, latihan, lawatan, kelab dan sukan.

Untuk menghadapi cabaran yang kian pesat anda punya banyak masa pada hujung minggu untuk membuat persiapan diri yang lebih mantap.

Pemantapan diri Pada Hujung Minggu

Penguasaan bahasa; Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris atau Bahasa Arab.

  • Penguasaan ilmu pengetahuan am.
  • Penguasaan ilmu agama.
  • Penguasaan bidang kemahiran.
  • Penguasaan komputer.
  • Penguasaan alat untuk berkomunikasi seperti pengucapan awam (public speaking), pidato, berforum dan debat.

Persiapan anda harus lebih umum, bukan seperti hendak masuk kelas. Namun aktiviti hujung minggu anda harus tersusun dan berjadual. Minta abang, kakak atau ibu bapa membantu.

Mungkin ada kelas yang perlu dihadiri seperti kelas tuisyen bagi mata pelajaran yang anda sangat lemah. Mungkin ada buku rujukan atau buku kemahiran yang perlu dibeli. Tetapkan paling kurang senaskhah akhbar harian yang wajib dibaca setiap hari. Perisian komputer anda perlu ditingkatkan. Kamus perlu dicari. Kursus perlu dihadiri.

Cuti hujung minggu ini bukanlah masanya untuk anda:

  • Tidur sepanjang hari.
  • Bangun lewat sehingga meninggalkan solat Subuh.
  • Lepak di rumah kawan atau di pasar raya.
  • Melayari Internet atau bermain game di komputer hampir 24 jam.
  • Merayau di kampung nenek

 

Bagaimana menyusun agenda hujung minggu anda

  • Senaraikan rancangan yang anda cadang untuk lakukan.
  • Dapatkan perincian program yang anda hendak ikuti. Kursus pendek? Kem Motivasi? Kursus? Ekspedisi?
  • Tetapkan masa, berapa hari?
  • Isi ruang-ruang kosong dalam sehari dengan aktiviti pendek seperti membaca, menyelidik dan mengkaji.

 

Aktiviti Luar (Outdoor)

Jika anda memilih untuk merancang aktiviti luar, anda boleh membuat pilihan antara aktiviti berikut.

Aktiviti yang memakan masa panjang:

  • Mengembara; berbasikal atau berjalan kaki.
  • Berkelah atau berkhemah.
  • Fotografi luar (outdoor photography).
  • Memancing.
  • Merentas hutan (jungle trekking).
  • Kembara saintifi k (scientifi c expedition).
  • Menaiki bot (boating).

 

Aktiviti luar jangka pendek untuk mengisi masa kosong antaranya:

  • Joging atau berjalan (strolling).
  • Melihat burung (bird
    • Melakar (sketching/pastel/crayon).
    • Melukis (drawing/water colour).
    • Mengecat (painting).
    • Bermain mainan kawalan jauh seperti kereta lumba, helikopter atau kapal terbang.
    • Bermain wau (layang-layang).

     

    Aktiviti lasak yang lebih mencabar:

    • Roller skating, ice skating atau ski.
    • Mendaki gunung (mountain climbing) atau cliff hanging.
    • Berkanu (canoeing).
    • Menyelam skuba (scuba diving).
    • Berakit (rafting).
    • Memandu pesawat ringan.
    • Terjun lelabah (bungee jumping).
    • Berenang merentasi laut.
    • Pacuan 4-Roda (4-wheel driving – 4WD).
    • Kemandirian (survival) di hutan.

     

    Bahaya-bahaya yang perlu diambil perhatian dalam Aktiviti Luar

    Aktiviti melibatkan air – lebih dalam, lebih luas atau lebih deras air lebih berbahaya:

  • Berakit di jeram yang ganas (white water rafting).
  • Berkanu di jeram yang ganas.
  • Bot laju atau jet-ski.

 

Aktiviti melibatkan kelajuan seperti perlumbaan kereta, bot atau motosikal – lebih laju lebih berbahaya.

Aktiviti melibatkan ketinggian/udara– lebih tinggi lebih berbahaya:

  • Demonstrasi udara.
  • Penerjunan lelabah (bungee).
  • Payung terjun.
  • Hang gliding.
  • Belon panas.
  • Memanjat gunung dan cliff climbing.

Aktiviti melibatkan senjata tajam – lebih tangkas gerakan lebih berbahaya:

  • Seni mempertahan diri mengguna kan senjata seperti keris, pedang, lembing, parang dan pisau.
  • Memanah.
  • Lontar lembing.
  • Baling tukul besi.

 

Aktiviti melibatkan mesin/jentera– lebih banyak bahagian bergerak yang terdedah lebih berbahaya.

Aktiviti melibatkan penggunaan senjata api – lebih tinggi kekuatan senjata itu lebih berbahaya:

 

  • Sukan menembak (pistol atau raifal).
  • Bahan letupan.
  • Berkhemah

 

Jenis Perkemahan

  • Tidak bermalam atau day camp. Sifatnya seperti berkelah.
  • Kem jangka pendek (2-4 hari).
  • Kem jangka panjang (lebih dari 4 hari).

 

Lokasi yang mungkin anda boleh rancang:

  • Padang atau tempat lapang.
  • Kawasan perkhemahan yang disediakan.
  • Dalam atau pinggir hutan.
  • Tepi pantai.
  • Atas atau lereng gunung.

 

Namun faktor keselamatan sekali lagi memainkan peranan terpenting. Lokasi yang dilarang berkhemah dan jenis bahaya yang mungkin dihadapi:

  • Tepi sungai dikhuatiri banjir kilat terutama pada musim hujan.
  • Bawah pokok tinggi atau rimbun dikuatiri dahan sekah, dahan mati jatuh atau pokok tumbang.
  • Tepi paya dikhuatiri serangan ular atau lain-lain haiwan berbisa.
  • Di tepi tebing tinggi atau kawasan licin dikhuatiri terjatuh ketika hujan atau pada malam yang gelap.
  • Di dalam hutan atau di tempat-tempat tertentu yang diketahui ada gangguan makhluk halus.

 

Faktor Keselamatan

Antara langkah yang anda perlu peka:

  • Periksa dua atau tiga kali langkahlangkah keselamatan.
  • Jangan ambil risiko.
  • Jangan abaikan amaran awal.
  • Ikut undang-undang dan peraturan sukan/aktiviti berkenaan.
  • Jangan mementingkan diri sendiri.
  • Kawal perasaan dan tekanan.
  • Cepat bertindak apabila berlaku kemalangan.
  • Bertindak dengan bijak mengikut peraturan yang telah dilatih apabila menghadapi saat-saat genting.
  • Selamatkan diri sendiri sebelum cuba menyelamatkan orang lain.
  • Jangan membahayakan diri sendiri apabila memberi bantuan kepada orang lain. ¤

 

Haji Muhammad Zakaria

Sumber artikel daripada majalah Solusi isu No.3


Haji Muhammad Zakaria

Lulusan University of Tasmania dan University of Newcastle, Australia, berpengalaman sebagai pendidik, pensyarah, CEO kolej swasta, master trainer, kolumnis, penulis, editor dan usahawan. Beliau kini menjawat sebagai Pengerusi Yayasan Antarabangsa Sri al-Ain-Aceh, Presiden Persatuan Belia Sri al-Ain (BERSAMA), Timbalan Presiden Persatuan Usahawan dan Pengurusan Islam Malaysia (URUS) dan Mudir Tahfiz Sri al-Ain. Sering muncul di kaca tv sebagai perunding motivasi, antaranya TV3, RTM1 dan juga Radio Ikim.fm. Beliau juga sering ke luar negara mengetuai misi kemanusiaan, antaranya ke Aceh, Jakarta, Kemboja dan juga masyarakat orang asli.

 

Klik imej di bawah untuk mendapatkan koleksi buku penulis ini di Addeen Online Store.

  

 

Kembali ke atas